Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Geno Hotel


Macam biasa, before hantar En Suami ke airport kami akan stay di KL atau Selangor untuk menjimatkan masa perjalanan dan less letih. Memandangkan kami ingin berziarah ke Shah Alam kami pilih untuk stay di Geno Hotel je. Letaknya di Taman Subang Mas (Batu 3 Shah Alam).


Tempahan dibuat menggunakan aplikasi Booking.Com je. Senang. Lupa pulak masa ni nak cek guna aplikasi lain. Kos satu malam adalah RM150.00 nett. Memandangkan kami stay musim PKPP, pihak hotel memang telah mengambil langkah melaksanakan SOP Covid-19. Best part tempat parking satu level dengan lobi dan kami jalan dalam 15 langkah agaknya dah masuk lobi.



Kemudahan asas lengkap termasuk seterika (essential untuk iols), bilik yang luas memang selesa untuk kami berdua menginap di sini. Walaupun lama hotel tidak meriah di musim PKP, bilik tak berbau kepam or berpengap. Means, staffs buat kerja mencuci la ye.



Untuk makan kami ke perumahan berdekatan iaitu area taman pinggiran USJ, di sini ada kedai makan, 7-Eleven, mini market, kedai dobi dan pelbagai kemudahan lain. Hotel ni juga tak jauh kalau nak je Seksyen 13, area Jaya Jusco/Stadium Malawati or nak ke U8 Shah Alam, senang kata kalau nak hangout sekitar Shah Alam memang sangat selesa stay di sini dan untuk kami yang memang nak ke Airport memang mudah juga la gerak dari hotel ni.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites