Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kisah Temuduga


Kakak selalu terbaca fresh mahasiswa/i complaints tak dapat kerja dalam bidang yang korang study, tak dapat kerja perpadanan dengan lulusan. Patut bagi kami peluang la. Yada yada

Korang tahu tak antara faktor utama korang tak dapat kerja bukan sebab CGPA korang 2.01? Bukan sebab korang tak cantik or tak handsome?

Tapi mungkin sebab korang punya attitude pembawakan diri semasa sesi interview macam #£&%. Dan tak mungkin la HR or panel interview nak cakap korang tak dapat jawatan tu sebab korang macam #£&%? Mesti la korang kena reject atas alasan tiada pengalaman. Plus, memang pengalaman penting dalam membantu untuk dapatkan pekerjaan. 

Kakak cerita ceriti sikit pengalaman kakak mengendalikan sesi interview dan ingin nak kongsi tips yang mungkin berguna untuk korang nanti.

Mind you kakak bekerja di sebuah daerah yang sejam setengah je perjalanan kalau nak ke KL tapi daerah ini dikategorikan sebagai kampung/outskirt. Kakak dah lama bertugas di sini dan jaga cawangan syarikat di sini. Bos pun bagi kepercayaan pada kakak untuk buat sesi interview bila kami perlukan staff baru. Kebiasaannya kakak akan iklankan di facebook group penduduk di sini. Sambutannya lebih hangat, kami dapat banyak pilihan calon walaupun jawatan kosong ada dua je. 


Haaa ini adalah contoh iklan lama yang kakak buat dalam grup penduduk dan perbaiki dari masa ke semasa. Apa pendapat korang? Simple? Pelik? 

Saat korang nampak iklan jawatan kosong yang mengandungi pelbagai syarat macam ni dan korang ingin menyahut iklan tersebut, maka bermulalah sesi interview korang. Kehadiran korang ke sessi interview adalah 80% dari keseluruhan sesi temuduga.

Sebab apa? Mari kakak huraikan. 


BAB PERTAMA : IKLAN JAWATAN KOSONG 

1) Sekiranya berminat hantar resume di sini dan hubungi nombor ini untuk temujanji.

Mudahkan? Hantar aje resume dan fix temujanji. TAPI ada je yang tak reti bahasa. Ini iklan melalui facebook dan telah jelas nyatakan korang kena hantar resume dan call office untuk temujanji. Once korang private message aje admin yang buat iklan tu, konon nak tahu lebih detail la, nak dapat soalan bocor la, di situ korang gagal serta merta. Who are youuuuuussssss nak PM admin iklan tu? Jangat sesekali buat ye. Dalam situasi hakak memang ada yang berani PM, hakak ignore lalu stalk FB beliau, membuat nota reminder bahawa sila reject calon ini sekiranya beliau datang. 

2) Perempuan

Bukan kami ni gender bias, tapi disebabkan majoriti staff yang ada adalah perempuan dan mereka lagi selesa bekerja dengan staff perempuan juga dalam pejabat. TAPI!!!!!! Ada juga lelaki yang hantar resume atas alasan beliau ambil course yang bersesuaian dengan kerja-kerja perkeranian. Aduhai dikkkk, kakak tak dapat nak tolong. 

3) 23 tahun ke atas

Sebabnya kami cari individu yang sedikit matang. Malas dah nak deal dengan staff baru yang cengeng manja asik main hp, selfie memanjang dalam pejabat. Nak yang betul-betul berminat nak kerja

4) Item C-F tu biasalah kan apa yang korang akan hadap bila dapat kerja nanti

5) Resume beserta sijil

Excuse me! Korang hantar dekat pejabat hakak resume tepek gambar selfie? Selfie berwajah Cinderella yang hadir Fiona? Ini kisah benar korang jangan nak gelak. Kakak boleh lagi kalau gambar selfie tu duduk straight macam ala gambar passport. Ini gambar selfie macam nak post dekat IG. I cannot brain. Sila letak gambar proper ye. Walaupun scan hitam putih. Still lebih baik dari gambar selfie. Dan kepilkan salinan fotostate sijil-sijil yang berkenaan.

6) Hadir berpakaian sopan

Ko apply kerja kerani dik, siap ada arahan pakai sopan tapi boleh ko datang pakai baby-T lengan pendek ala nak nampak ketiak walhal engkau bertudung, dengan jeans dan berselipar? Kau rasa macam mana pemarkahan yang kakak akan bagi?

7) Hadir pada masa yang ditetapkan dan tidak bertindih dengan aktiviti anda

Spesifik dah kakak bagi arahan. Ko boleh pulak datang ikut suka waktu ko nak datang walhal ko yang setuju dengan waktu tersebut. Not even call office to reschedule jadual? Kau siapa? 


KESILAPAN SEPERTI DI ATAS DALAM MENYAHUT IKLAN JAWATAN KOSONG MENYEBABKAN KORANG AKAN DI REJECT SEBELUM SESI ORAL INTERVIEW

Interview yang kalau pun dibuat hanya sekadar melepaskan batuk ditangga je. Sebab apa? Sebab belum start kerja lagi dah tunjuk perangai memang jenis tak boleh ikut arahan majikan. 


BAB KEDUA : ORAL INTERVIEW

Eh again, disclaimer. Hakak ni cerita tentang situasi interview syarikat kecilan tau. Bukan company-company gah gittew.

Masa sesi oral interview ni jawapan-jawapan korang ni akan akan nilai. Sebab jawapan korang menunjukkan siapa diri korang. Serta attitude korang di depan kakak sewaktu sesi interview. Usually kakak akan tanya tentang latar belakang keluarga to know how desperate you want to have a job. Hakak jua akan tanya reasons nak berhenti kerja di tempat lama. 

Antara jawapan popular yang kakak terima ialah isu gaji, kahwin dengan orang sini, nak jaga parent. Ada juga jawapan pelik such as, sebab tak suka kerja mengira barang kat tempat lama. 

Kakak akan tanya juga pasal pasangan either suami/tunang or boyfriend dan ambil particular pasal pasangan. If anything happen senang nak cari. Ada juga yang sengal tersengih-sengih macam kerang busuk bila kakak tanya, nak tak nak je jawab. Hello! Ko ingat hakak teringin sangat nak berkenalan dengan bf ko? Laki hakak jauh lagi helok! Memang terus kena sembur. 

DAN, kakak jua akan bertanya soalan trick perkeranian. Boleh pulak dengan pandirnya ada yang tanya kakak pulak apa jawapannya? Harus la kena jerkah. 

Btw, korang mesti kata bengkengnya sikit-sikit marah. Ye, kakak memang tonjolkan sisi bengkeng masa inteview. Makanya boleh la kakak tanya soalan tentang emosi dan mental dia orang tu sedia ke tak nak kerja dengan syarikat kami. Kami ni syarikat guaman,  Kena deal dengan client yang pelbagai kerenah. Client datang mengamuk tu biasa.

Ko tau, apa antara jawapan yang kakak terima? Tak boleh stress, tak boleh kena marah, tak boleh panas, tak boleh outstation suami tak bagi, tak boleh O.T. Ini semua jawapan dari calon yang ada Diploma dan Degree yah! Ko duduk saje la kat rumah tak payah kerja. Bazir masa orang je. 

Bab attitude bawa diri depan kakak pun macam-macam. Ada yang panggil hakak ni KAK, memang terus hakak sound, bila pulak awak jadi adik beradik saya?! Ada yang suka menyampuk bila kakak bercakap (big no no). Ada yang asik nak jenguk apa yang kakak conteng pada nota (ko dah nape? makcik bawang?). Yang berangan pun ada walhal hakak tengah bercakap dengan dia (tepuk dahi). Belum lagi ada yang nak minta balik awal dari waktu pejabat kalau dia dapat kerja nanti (kau memang reject). 

Yang paling biadap sekali sorang calon ni tak nak interview dengan hakak sebab hakak ni tak sebangsa dengan dia. Nak interview dengan big boss terus.

Kau rase? 

Big boss reject dia suruh jumpa hakak juga, dan hakak arahkan staff hakak buang dalam tong sampah resume dia. Hakak pun tak hingin nak jumpa.

BAB KETIGA : SESI MENAIP

Yang ni trick sahaja. Hakak nak tengok kau reti ke tak guna komputer dan mesin taip letrik. Ada yang menaip lintang pukang, margin ke align ke apa ke, semua rempuh macam ribut je. Sakit kepala kakak.

.
.
.


TIPS

So, base on cerita kakak dia atas korang tau dah kan Do and Dont. Kakak boleh tambah sedikit tips untuk yang baru-baru mencari kerja terutamanya sektor swasta.

1) Ambik tahu syarikat tu menjalankan perniagaan jenis apa.
2) Ambil tahu skop tugas jawatan yang diiklankan
3) Hubungi syarikat untuk bertanya tentang sesi interview atau skop kerja, if lucky dapat staff baik mungkin dapat tips.
4) Baca betul-betul syarat yang telah ditetapkan syarikat, adakah kita berkelayakan atau mampu penuhi kehendak syarikat
5) Hadir sekurang-kurangnya setengah jam awal sebelum waktu temuduga
6) Bersedia untuk ditemuduga dalam BM atau BI atau dwi-bahasa
7) Berpakaian seperti pekerja pejabat, kemas dan sopan.

a) Lelaki, if korang hadir untuk jawatan pegawai, sila pakai kemeja lengan panjang. Say NO to lengan pendek. Pinjam baju ayah ke abang ke besar sikit tak pe janji nampak professional.
b) Perempuan, tolong JANGAN pakai sandal/seliper. Tolong jangan lilit tudung macam nak pergi fashion show. Simple dan kemas memadai. Jangan pakai tudung style macam budak sekolah. Sila pakai bedak dan calit sedikit lipstik untuk nampak presentable. Yang free hair sila ikat rambut. Yang berskirt pendek tidak boleh atas dari lutut. Tolong jangan pakai baju sleeveless melainkan korang pakai bersama dengan blazer.
8) Jujur dan telus bagi maklumat semasa sesi temuduga walaupun soalan yang ditanya bunyi macam tak perlu tanya pun tak pe.
9) Jangan nak berlagak pandai. Tak payah bagi cadangan pulak dekat calon majikan suruh susun fail or meja gitu gini. Lain la korang datang untuk jadi partner to the company. 
10) Bersedia. Mungkin korang akan di panggil untuk saringan akhir. Mungkin korang akan di bawa jumpa big boss, mungkin majikan nak korang mula bertugas pada kadar segera.

Semoga bermanfaat. Good luck uols.



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites