Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

The Pines Resort


Sempena boleh merentas negeri teruslah keluarga kakak merancang percutian famili memandangkan tak dapat lagi berkumpul serentak tahun 2021. Mak kakak nak bercuti ke tempat sejuk memandangkan kita di landa musim panas sebelum tu. Maka kami sebulat suara setuju untuk bercuti di Fraser Hills je. Ye, tak keluar daerah la kakak, kerana memang kakak tinggal di Raub. Syukur Alhamdulillah semua dapat join.

balkoni yang sangat luas, majoriti akan buat makan-makan or bbq di sini

Setelah adik kakak duk survey, kebanyakkan tempat penginapan telah penuh dan tak sesuai dengan bilangan ahli keluarga kami. Kami avoid penginapan yang perlu menaiki tangga yang banyak berdasarkan keadaan emak. Mak cadangkan duduk di The Pine's Resort based on memorinya zaman selalu datang berkursus dulu.

The Pines Resort 
Jalan Pecah Batu
49000 Bukit Fraser
Pahang Darul Makmur

Tel: 09-362 2288


di ruang tamu
ruang tamu

Dengan tawaran lebih kurang Rm180 satu rumah with tiga bilik dan setiap bilik memuatkan dua katil bujang, adik telah buat tempahan dua rumah untuk dua malam melalui Agoda ke Booking ntah dengan penuh panik, takut kena scam sebab murah sangat.  Siap call ke pihak resort untuk comfirmation. Nasib betul, bukan scam.

ruang makan
dapur

Ada tiga bilik dalam setiap rumah. Satu master bedroom dengan attached bilik mandi. Dua bilik lagi boleh kongsi guna bilik mandi/toilet satu lagi. Jom tengok bilik-bilik pulak.

master bedroom
attached bathroom
bilik no.2
bilik no.3
another bathroom

Btw, untuk kaki iron seperti kakak, korang kena ke receptionist untuk dapatkan iron board dan iron ye. Kena angkut sendiri yach! Pihak resort juga menyediakan servis sewa basikal, karaoke selain board games, carrom, congkak yang kita boleh main di foyer main building.

Resort ni juga pilihan banyak agensi kerajaan/perbadanan/syarikat untuk buat kursus atau pun famili day memandangkan resort ini mempunya kemudahan restoren dan dewan yang bersesuaian. Masa kami datang ni ada satu company buat family day kot. Non-stop berkaroke dari petang sampai malam. Paling lawak punya la banyak lagu dia orang menyanyi sampai tahap keluar lagu zaman dulu kala, walaupun lagu dalam bahasa cina, hakak siap boleh nyanyi la intro lagu tu


Apa aktiviti kami? Takde apa. Mak dengan adik dah masak siap-siap dari kampung so makan je lauk apa yang ada. Lepas tu buat oden. Makan lagi. Potong kek sempena birthday my 3rd sister. Borak-borak dalam suasana yang nyaman.



Nak jadi cerita, tiba-tiba ada orang datang ketuk pintu. Apakah! Lain la kat rumah, rupanya ada Treat or Trick! Jiran dari tingkat berapa tah datang bagi gula-gula in Halloween costume! Maklumla la kebetulan minggu tu minggu Halloween. So cute. Cik Tijah menjerit ketakutan. Lepas dah pujuk-pujuk baru la dia ke depan ambik lolipop. Dia kata dia takut "alowin yang muka putih" hahahahha dia takut No Face. 


Dan, selepas itu. Ada lagi kejadian. Hujan la pula walaupun tak lebat tapi guruh dan kilat menyambar sampai tahap dengar bunyi letupan kuat. Blackout! Blackout ramai-ramai apa nak takut.  Suasana sejuk pulak tu. Lainlah kalau blackout kat rumah sendiri. Panas berkepam jawabnya. Pihak pengurusan resort memaklumkan blackout  berlaku di seluruh Fraser Hill dan menunggu pihak TNB dari Raub datang baiki. Sempat la bergelap beberapa jam. 

view pagi dari balkoni, cantikkan?
Ada orang pergi brisk walk
breakfast by bonda tercenta
view blok lain dari blok kami

Btw suasana di resort tenang je. Paling syok time lepak dekat balkoni tengok kabus turun. Mak kakak puas hati datang ke sini sebab dapat sejukkan badan, imbau kenangan kursus zaman jadi cikgu dulu dan spend time dengan anak, menantu,cucu semua. Dekat dalam town kemain hectic dan jem ye. Mujur la duduk jauh sikit. Aman.

Terakhir sekali sebelum berangkat pulang adalah sesi bergambar. Mujur tak payah pergi jauh port nak bergambarnya pun. Mak kakak tetapkan tema hitam. So pandai-pandai la masukkan elemen hitam pada pakaian masing-masing.

my parent
me & En.Suami. gambar hari sebelum. hari kejadian tak mau bergambar berdua dah
my siblings
all of us

NOTA 
1) Kalau dapat dengan parent yang berumur/sakit lutut bagitahu pihak pengurusan siap-siap. Nanti dia akan arrange bilik yang paling rendah.
2) Bawa dapur outdoor sendiri. Baru boleh masak di balkoni.
3) Kalau tak biasa datang, sila makan ubat mabuk, standby asam dalam kereta
4) Jangan naik atau turun Fraser Hill dalam keadaan perut terlalu kenyang.
5) Tiada stesyen minyak di Fraser hill




















 

Mee Udang Pak Nik Ramzi

atas matutes, bawah mee udang

Ni kakak nak rekemen satu kedai makan di Raub. Haaa mana yang menghala ke Sungai Koyan atau ke Cameron Highland melalui Raub boleh try singgah di kedai ni. Kedai Pak Nik ni letaknya di Sempam. Betul-betul luar Lorong Sempam Baru 7. Seberang jalan Masjid Sempam. Bukan la betul-betul seberang. Dari Raub sebelah kiri, kalau dari Sungai Koyan/Cameron Highland letaknya sebelah kanan. Kedai Pak Nik ni letaknya dalam laman rumah orang. Rumah Pak Nik kot. Entah. 

(gambar dari FB Mee Udang Pak Nik Ramzi)
(gambar dari FB Mee Udang Pak Nik Ramzi)

Buat masa sekarang, kedai ni beroperasi hanya pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Operasi bermula seawal pagi ye. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis sarapan serta pelbagai jenis kuih untuk sarapan pagi.

mee udang RM15, matutes RM20

Menu yang paling hakak suka di sini ialah mee udang, matutes (maggi+tomyam+udang+telur+sotong), roti tempayan dan roti cheese. Kena cuba tau sebab memang menu ni la yang kakak selalu order. Masakan panas pun sedap-sedap. Jenis-jenis nasi gorengnya memang fuhhh licin la pinggan.

nasi goreng udang RM15
roti tempayan dengan pelbagai pilihan kuah (gambar dari FB Mee Udang Pak Nik Ramzi)
roti cheese. yang ni pun sedap oiii. kakak makan roti ni tak payah cicah kuah dah (gambar dari FB Mee Udang Pak Nik Ramzi)

Fuhhh, lama tak makan kat kedai ni. Sekarang nak makan tak feeling betul kena take away. Yela...yang roti-roti tu sedapla kalau makan betul-betul lepas masak kan? Tapi apa boleh buat. Kita patuhlah pada SOP. 






Tadom Hill Resort


Nampak sangat cerita lama khen. Muka tirus je lagi. Tahun 2015 lah korang. Boleh la jadi content since tak tahu bila lagi boleh jalan-jalan jimbaan. Masa ni kawan kakak si Norish yang ajak join group ni pergi Tadom, ada orang anjur in group  katanya. Masa ni Tadom Hill Resort betul-betul baru buka. Sorang pun dalam kumpulan kakak tak kenal uols selain Norish. 

Masa tahun 2015 ni, untuk bermalam ada 3 pilihan. Dalam khemah, hammock dan  dorm. Since hakak ni datang in grup, kami semua stay in khemah. Satu khemah dua orang. Bayaran adalah RM90/head kepada team leader. Ni dah termasuk makan utuk 2 hari satu malam. Hakak dapat khemah betu-betul pinggir air ye. Heaven.

hammock hut
dorm
khemah kakak

Lepas tu kemudahan shower dan tandas memang tip top. Yang paling best suraunya sangat selesa. Pihak pengurusan sepertinya mengupah orang asal untuk bekerja di situ. In term of beraktiviti, selain dari terjun and bergayut cam tarzan, mandi-manda, boleh berakit and ber-ATV . Ko nak mandi wajib pakai life jacket yer, sebab lombong ni memang dalam.


Korang teka kakak terjun ke tak? Kakak gayat nak mati. Tapi kakak fikir, kalau tak buat memang rugi la sangat. Alang-alang dah sampai. Terjun aje la! Tapi sekali tu je la terjunnya. Yang lain semua turun ikut tepi tebing hahahaha


Malamnya selain makan-makan dengan jayanya. Kami berkenalan secara rasmi dengan Puan Penganjur, Kok Min. Yang join grup ni majoritinya kaki berjalan dan juga hiker. Fuhhh bukan kaleng-kaleng rupanya. Semua happy go lucky, gila-gila, sporting habis. Memang tak kering gusi duduk dengan diaorang ni.



Sebelum balik kakak, Norish dan Hawa pergi main ATV dulu. Hahaha first time you. Huru-hara di buatnya. Nasib baik okey je, selamat pergi, selamat balik.


Best part, kami semua masih baik sampai hari ni. Orang tu, orang ni, buat rumah terbuka ke, kenduri ke, sedaya upaya datang dari Raub ye, kalau berkesempatan. Sekarang borak dalam WA group ajela.

best group ever



7 Days, 7 Favourites