Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR Run Run Hippo Little 2018



VR under Another Running Club ni konsep dia cute miut aje semua. Ni ha tema hippo. Warna purple pulak tu, baik t-shirt baik medal. Tapi warna pada E-Bib ala-ala pink.


Tak banyak masalah pun masa menyudahkan larian ni. Tiga kali lari selesai. Submit larian pun mudah la sangat, PM dekat facebook je. Then tunggu medal dengan t-shirt sampai.

depan t-shirt 
belakang t-shirt & belakang medal
close up medal. so cute!

VR Diva Vengers 2018


Sambungan The Running Diva, daftar pulak virtual run Diva Vengers. Diva Vengers pun ada 2 kategori. 8KM & 5KM. So ada dua juga design baju dan medal. Medal lawa tau. Bentuk tukul Thor.


Tempoh masa yang ditetapkan juga sama macam Shopadiva. 2 minggu. Iaitu dari 1 May hingga 14 May 2018. Ironinya iols berlari pakai baju The Shopadiva. Berjaya menamatkan 8KM dalam satu run. Or must I say, slow run? Walk? By the way, thank you very much The Running Diva for the medal, t-shirt & certificate!

belakang t-shirt, medal & sijil
rare medal dia
depan t-shirt

VR You Only Live Once II 2018


Virtual Run saya yang seterusnya ialah You Only Live Once (YOLO) II anjuran UltraVRunner. Firstly kena daftar di laman web UltraVRunner la ye, so that kita ada akaun di situ. Untuk yang ini ambik 36.5KM je uols. Tempoh masa yang ditetapkan adalah dari 1 April 2018 hingga 30 April 2018. Lepas siap buat bayaran kita akan terima E-Bib melalui email.

E-Bib

Selesai menamatkan larian yang ditetapkan menggunakan Apps Strava, saya la guna Strava tu. Print screen semua rekod larian dan upload dalam akaun kita, di UltraVRunner web la. Done! Kita akan terima E-Certificate.


Lepas tu, adalah proses yang menyebabkan kita boleh jadi kurang sabar iaitu menunggu medal dan t-shirt! Medal dan t-shirt hanya akan diposkan setelah tamat tempoh larian iaitu selepas 30 April 2018. Bulan Jun baru dapat uols!

t-shirt (belakang), medal, kad ranking & ranking badge.

Yang menariknya medal dia ni ala-ala jam poket. Boleh buka dan letak gambar kat dalam tu.

depan
belakang
dalam

T-shirtnya warna indigo camtu. Belah depan simple je tulis You Only Live Once, pada lengan tertera jarak larian.


Yang rarenya dia bagi ranking kad dengan rank badge. Harusla iols level RECRUIT. Lambat lagi nak jadi Captain.

VR Wesak Day 2018


Virtual Run di bawah 42Race bertema Wesak Day. Larian cuma 3 KM sahaja. Syukurlah. Bulan puasa uolls. Pendaftaran percuma. Macam biasa kita akan dapat E-Bib. 



Settled on hari ke 12 puasa. Dah seminggu lebih masa ni tak walking ke slow running ke. Bagi kaki rehat. Btw, tak de medal ye. Dapat E-Badge.

VR Guardian Union 2018


Kali ni VR under UltraVRunner. Free je pendaftaran tapi kena run and submit dalam satu larian je iaitu 7km. Apa yang special tentang Guardian Union Run ni ialah runner akan terima code yang boleh digunakan untuk engraving nama pada medal larian I Care Run 2018. Code tu dicetak pada e-bib.


Once submit running result, penganjur akan emailkan kita dengan e-certificate dan lets ready for I Care Run 2018 pulak.


VR Talk To My Hand 2018


Kali ni mendaftar virtual run under Beestorm pulak. Macam biasa kena buat akaun dulu di laman web dia orang. Tengok gambar medal dia teringat Iron Man pulak. By the way cabarannya memang 50KM dalam tempoh sebulan dari 1 April 2018 hingga 30 April 2018. Settle pendaftaran dan bayaran kita akan terima E-Bib. Boleh download dari akaun kita di laman web Beestorm.

E-Bib

Dalam nak completekan Talk To My Hand ni 2 kali Strava buat hal. Sekali terus tetiba hilang, kali ke dua dah tekan on, after 4 km baru sedar dia tak gerak pun. Adesssss. Apa pun yang penting berjaya selesaikan juga.


Yang dinanti-nantikan. Medal dan t-shirt Talk To My Hand 50km. Akhirnya sampai jua setelah delay akibat cuti panjang (pilihanraya).


Yang paling unik tentang medal ni ialah dia ada lampu led. So kalau tetiba black out ke boleh la guna medal ni



T-shirt dia ala military pulak. Warna ijau tu pun memang hijau askar tu la. Siap ada corak camouflage dekat bahu.

7 Days, 7 Favourites