Penafian
SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Merlion
Wey, last vaccay berdua dengan my travel partner Ella is last year, masa Chinese New Year. Kami berjimba ke Brunei. Lama tu, biasanya setahun minimum dua kali kot vaccay together tak termasuk JJCM punya aktiviti. Finally dapat juga berjimba berdua. Pergi jalan dekat je uols, ke negara jiran je. This is my second time datang ke Singapore.
BTW, sesampai je kat Singapore better korang cari flashpay card untuk MRT. Biasanya dijual di kaunter dengan harga SGD12. Deposit SGD5 dan dah ada SGD7 untuk korang guna. Before balik korang boleh pulangkan kad di kaunter, dan dapat balik SGD5.
Fisrt thing kami terus ke hotel. Bukan boleh check in pun sebab awal lagi. Tapi kami drop dulu bag di lobi hotel. Giler ko, rebeh bahu kalu nak heret merata-rata sementara tunggu check in.
Hotel tempat kami menginap ialah Marrison Hotel. Hotel ni tersenarai dalam TripAdvisor. Ella yang cari hotel ni. Ai follow je. Harganya antara yang munasabah la untuk menginap di Singapore. Korang jangan convert ke RM la pulak ye. Bilik lupa nak snap gambar. Masuk bilik time dah sakit kaki penat merayau. Memang terkapar terus.
Breakfast juga disediakan. Tapi kena pergi restoren di bangunan sebelah. Sebelum tu kena ambil voucher dari receptionist. Di restoren ni tak nampak logo halal so kami assume tak halal la ye. Makanya makan roti dengan buah aje. Air kopi 3 in 1. Ko bancuh la sendiri.
Part paling best dengan hotel ni ialah sepelaung je dari MRT. Sini Station Bugis. Ko nampak tak dekat pokok banyak-banyak tu? Situla pintu masuk ke MRT station. Dekat kan? Hakak ambik gambar dekat dengan pintu hotel je.
Habis cerita tempat tidur, jom cerita tempat kami merayau. 1st tempat kami lalu ialah Cavenagn Bridge. Satu-satunya jambatan gantung di Singapore dan antara jambatan tertua di negara ini.
Dalam perjalanan nak ke jambatan gantung tu, banyak sculpture dan statue menarik yang kami jumpa. Antaranya
![]() |
| Progress & Advancement Sculpture |
![]() |
| The River Merchant |
![]() |
| The First Generation |
![]() |
| From Chettiars to Finaciers |
Tak jauh dari hotel terletak Victoria Theater & Concert Hall. Kompleks yang terdiri dari dua bangunan dan menara jam yang berkongsi koridor. Bahagian bangunan yang paling awal di bina pada tahun 1862 dan siap pada tahun 1909.
NOTA : Di depan menara jam tu ada statue Stamford Raffles.
Dari situ kami gerak pula menghala ke Merlion Park nak mencari Merlion la apa lagi. Sepanjang jalan kami nampak plak tercatat SG50, yang beerti Singapore 50. Iaitu sambutan ulangtahun ke 50 Singapore merdeka dari Malaysia.
Finally dapat juga jumpa Merlion. Merlion ni maskot rasmi negara ni, sejenis makhluk mitos berbadan singa berkaki ikan. Mermaid+Lion=Merlion. Ada macam-macam size merlion di Merlion Park ni, tapi yang paling popular yang sembur air ni la.
NOTA: Manusia ramai gilos kat sini, pandai-pandai la ko nak ambik gambar. Kalau ko spesis lembab memang ada la umat manusia lain masuk posing dalam gambar ko.
Dari sini juga boleh nampak pemandangan cantik Marina Bay Hotel yang bentuknya rare tu, Art Science Museum yang bentuk macam lotus. Helix Bridge a.k.a Lefthanded DNA bridge dan The Singapore Flyers.
Walaupun masa kami ke Singapore musim jerebu tapi cuaca memang elok cantik , langit biru langsung takde tanda-tanda jerebu. In fact, panas lengit uols, sampai tersadai kami dekat Raffles Place, lepak dulu kat area sini sebab panas sangat wey nak jalan-jalan.
Disebabkan cuaca yang sangat panas, suka nau hakak beli Liho Tea. Maklumla jumpa dalam laluan MRT nak balik hotel. Memula beli Korea Fruit Tea (sedap! highly recommend) then try Singapore Fruit Tea pulak. Harga SGD4.90. Dua-dua sedap tapi hakak lagi suka Korea Fruit Tea. Eh! teh ni ada jual kat Malaysia jugak kan?
![]() |
| Korea Fruit Tea |
Dek kerana kepenatan lagi mengantuk, kami balik tidur kat bilik. Malam baru keluar semula. Lapar uols. Maka mencari la kami tempat nak makan sup tulang merah. Menu wajib cuba kalau ke Singapore.
Bila google ada a few restoren yang menyajikan menu popular ni. Tapi kami ke M.A Deen Biasa yang terletak di Jalan Sultan. Jangan risau, kalau kami makan tu tentula pilihan kami halal.
Ada macam-macam menu lain selain sup tulang merah ye. Boleh tengok kat menu yang hakak snap ni. Siap ada harga. Korang pilih aje ikut selera tekak korang.
Menu yang kami pilih, sup tulang merah size medium dengan nasi goreng ikan bilis. Biasanya, bila travel, kami berdua suka share makanan je, pertamanya of course jimat, keduanya tak membazir kalau tak habis, ketiganya boleh try macam-macam menu. Air je sendirian berhad.
BTW, untuk korang yang kebulur sangat memang nak melantak boleh la pilih size S untuk makan sorang. Untuk yang nak jamah je, better ambik size S kalau kongsi, or size XS kalau makan sorang. Dah la kami pilih size M, banyak uols tulangnya, roti plak sebakul. Adoi memang jenuh nak menghabiskannya.
NOTA: Warna sup tu merah sebab gabungan perbagai jenis rempah. Rasanya pun sedap. nasi goreng ikan bilis highly recommend
Lepas makan kami merayau ke Kampung Gelam/Kampung Glam. Melihat sendiri istana raja melayu suatu masa dahulu. Ye, dulu Singapore pun ada raja uols. Sekarang istana ni dah jadi Malay Heritage Centre.
Tak jauh dari istana letaknya Masjid Sultan. Nama masjid ni bersempena Sultan Singapore yang pertama. Okey ada fakta yang menarik ye tentang masjid ni. Korang nampak tak lingkaran kehitaman pada kubah masjid tu? Tu sebenarnya ialah tapak botol kaca yang diderma oleh orang-orang islam yang tak berkemamapuan masa pembinaan masjid ni. Kiranya masa tu, bukan je yang kaya, tapi yang kurang berkemampuan pun nak menyumbang pada pembinaan masjid ni.
Dekat area masjid ni kakak feeling macam duduk kat Istanbul dah uols. Dari segi dekor dan jenis makanan ehhhh memang tak rasa kat Singapore lagi dah. Siap ada kedai jual lampu-lampu cantik macam kat Istanbul tu le.
Dari sini barulah kami ke Garden by The Bay. Tempat tujuan utama harusla ke area Supertree Grove Garden, yang ala-ala dalam movie Avatar tu. Disebabkan kami lambat sampai, makanya terlepasla tengok light show. Tapi yang bestnya manusia dah takde sangat, syok la nak bergambar.
NOTA: Light show pukul 7.45 & 8.45 malam
Esoknya, iaitu Ahad kami pun balik. Lepak kat airport je. Cangi Airport is the best uols. Memang tak boring. Since kami fly dari Terminal 4, kami lepak dekat Heritage Zone. Punya cantik dia dekor shop lot kat sini ala peranakan.
NOTA: Dekat tengah-tengah rumah kedai ni akan ditayangkan movie pendek bertajuk Peranakan Love Story.
![]() |
| masa selfie ni tak tau pun ada movie tayang kat belakang ni |
Banyak dekorasi cantik dalam Terminal 4 yang boleh buat korang ralit hilang bosan sementara nak tunggu naik flight. Untuk yang suka bergambar macam hakak memang gembira sangat la.
Ops Pembersihan Berus
Guys.... korang yang suka makeup tu, tak kisah le makeup nipis or tebal, korang tau tak berus makeup kena cuci?
Haaa ni hakak nak share produk cuci berus yang paling fav la setakat ni. Sebabnya, mudah nak guna plus wangi.
Bila korang buka bekas dia kat dalam tu ada benda warna hijau. Yang ni korang guna untuk tenyeh berus korang.
Cara nak guna yang teramat la senangnya, basahkan berus, basahkan sabun. Hakak malas, so curah air terus dalam bekas tu then tenyeh berus kat sabun, gosok-gosok berus pada benda alah hijau tu sampai bersih. Kalau tak bersih, buat lagi sampai puas hati.
Note: Boleh juga guna shampoo/shower gel untuk bersihkan berus korang
Lepas tu bolehlah keringkan. Hakak anginkan bawah kipas je. Esoknya dah kering boleh simpan dah or guna semula
Jangan lupa cuci berus tau. Hopefully tak de isu naik jerawat dan makeup korang on point.
Sleeping Beauty
Sorry guys, kakak tengah kemaruk tido. Makanya walaupun kakak baru balik vacay dan niat di hati nak upload gambo dan story, tapinya tidur lebih menggoda kakak. Bukan la berjalan jauh mana pun, just letih bertimpa-timpa je sebab Kelab Raden non stop dapat job, then terus je kakak pergi holiday tu yang penat amat rasa tak cukup-cukup tidur ni. Nanti kakak up pasal vaccay hoccay
Hari Malaysia, Hari Bertanjak
16 September 2019 baru-baru ni juga di war-warkan sebagai Hari Bertanjak Malaysia. Alhamdulillah, Kelab Raden antara 20 NGO Melayu di Raub Pahang bersama-sama memeriahkan sambutan program Raub Bertanjak bertempat di Restoren Anak Raub. Macam-macam aktiviti ada, ada silat, buskers lagu rakyat, demo guna parang, demo tiup tetuang, demo memanah traditional dan lain-lain. Kami tak hantar team menari, tapi wakil kami Nas, membacakan sajak patriotik.
Nak ceritanya, hakak ni macam biasala. Kalau ada event bertema, memang akan diusahakan juga mengikut tema. Gigih la kakak gi Kamdar beli kain. Terus la paksa tailor buat baju. Dua hari je aunty boleh siapkan. Siap pesan jangan buat baju orang lain sebelum baju hakak siap.

Lawa dak? Kakak buat baju kurung Pahang berleher cekak musang. Kakak malas nak tebuk lubang cam baju melayu tu. Lambat nanti bersiap. So, letak butang ketap. Yang bling-bling tu brooch aje. Istimewa kurung Pahang ni lebar di hujung baju. Kalau ada masalah pinggul lebar tu memang sesuai dan sangat manis dipakai. Evergreen gittew. Tapi kali ni sebab nak nampak klasik makanya kakak pakai style kerudung guna songket mak kakak, then letak belt besi di pinggang. Belt pun sendiri punya, senang bila-bila nak pakai dengan kain lepas.
Untuk makeup pulak sebab klasik katanya, eyeshadow pilih gabungan gold dengan brown je la. Blusher ala-ala peachy sikit. Lepas tu lipstick merah bata. Done.
Selain kakak dan Nas, ada empat orang lagi ahli kelab yang join hadir ke program Raub bertanjak ni. Of course la kami semua pakai ikut tema. Letops tak? Haaa mana tau ada yang mencari idea untuk Hari Merdeka atau Hari Malaysia tahun depan. Boleh la cuba.
Insta Merambu
Korang, kakak pun sebenarnya ada IG tau untuk koleksi gambar-gambar travel. Nanti follow kakak hoccay?
Tanggal 31
Selepas sekian lama meninggalkan alam study, ini la plak kali pertama hakak join perbarisan sempena sambutan Hari Merdeka. Kakak join team Majlis Belia Raub. Tahniah MBR sebab menang tempat ketiga kategori sepanduk terbaik.
Awal pagi kakak dah bangun sebab nak kena siapkan Bendahari Kelab Raden yang akan terlibat dalam bacaan ikrar. Actually nak siapkan makeup sendiri tu la yang nak kena bangun awal.
Makeup simple aje cuma yang specialnya kakak buat eyeshadow inspirasi dari warna-warna jalur gemilang yer. Mana la tau next year korang nak masuk pertandingan ke, nak makeupkan anak ke, dapatla idea.
Kakak guna eyeshadow palette dari jenama U Can Be, Back To School. Lengkap uols warna jalur gemilang dalam palette ni. Ni ha kakak dah tanda warna yang kakak guna. Cumanya warna putih dekat inner corner tu kakak pakai eyeshadow lain. Dalam palette ni takde yang betul-betul putih
Selamat mencuba
Subscribe to:
Posts (Atom)
7 Days, 7 Favourites
-
Sis kahwin dengan tentera. Sis asal dari pantai timur dan En. Husband dari utara. Both of us tak bermastautin di tempat asal masing-ma...
-
scene from video by Plan A Film Untuk nikah sis, buat di KL walhal kampung sis bukan di KL pun. Venue nikah yang di pilih ialah Mas...
-
Ada particular reason ke suka berjalan time autumn? Entah la Tapi kalau berjalan time summer baik berjalan dalam Malaysia je wey. Panas. K...
-
Yeehaaa merasa jua kakak nak attend messnite. Kali pertama encik husband ajak last minute nau. Maklum le jauh, mana boleh buat kerja la...
-
welcome to Istanbul Seminggu lebih kurang selepas pulang dari umrah pada akhir Februari 2013, adik saya menghubungi saya dan memaklumk...
-
Lama betul tak bersiaran ye. Bersawang blog hakak. Thank you yang masih sudi singgah dan ambil manfaat dari blog ni.Berita baiknya hakak bar...
-
Kuala Lipis. Salah satu daerah yang ada dalam negeri Pahang. Famous disebabkan oleh penyanyi pujaan ramai Siti Nurhaliza yang berasal ...




































