Mencari wall art di sekitar wall art street bukan calang-calang kerja ye. Panas, berpeluh, berlengas segala bagai. Nak ambil basikal malas la pula. Sampai jem jalan basikal parking sana-sini. Dah la basikal macam-macam jenis.
Tapi, bahagian yang paling menarik sambil melilau mencari wall art tu terjumpa la pula kedai 70's Ice ni. Ais kepal versi moden. Memang elok sangat buat basahkan tekak.
pengunjung tak berhenti order sampai habis stok air sarsi |
Alamat kedai ais kepal ini ialah:
No 78
Gat Lebuh Armanian
Georgetown
10300 Penang
RM3.00 setiap satu
Mula-mula saya minta perisa sarsi, malangnya kerana terlalu banyak permintaan, perisa sarsi habis la pula. Saya pilih perisa ribena aje la. Since ini ais kepal moden, ais telah dicucukkan pada lidi sate supaya mudah kita nak menyedut ais. Bekas plastik juga diberi agar ais tidak menitis merata-rata. Dalam ais kepal ini juga diletakkan dengan asam boi. Sedap tau, manis, sejuk, masam. Tapi memang kena sedut cepatla, ais mencair laju di hari panas lit-lit.
lega sangat dapat basahkan tekak |
Balik dari mencari wall art mula-mula ingat nak balik hotel dulu baru keluar dinner tapi bila di fikirkan semula, takut balik terus terbaring tido aje gayanya. Ella teringin nak ke Gurney Drive, saya tak de la teringin sangat. Pada saya tidak la menarik seperti yang digembar-gemburkan. Mungkin kerana saya bukan peminat pasembor?
Fair enough perjalanan menghala ke Gurney Drive jem tahap siput pun merayap lagi laju. macet mengalahkan Jakarta perasaannya (over tapi benar). So, tukar plan B, pilih Restoren Kapitan. Teringat pula menu Nasi Milani yang saya pernah saya rasa sewaktu ke Penang dulu.
Since Gurney Drive memang jem tak de la ke Restoren Kapitan di situ. Kami ke Restoren Kapitan yang sebenarnya dekat aje dengan tempat kami merayau mencari wall art. Alhamdulillah senang dapat parking. Alamat restoren ialah:
No 93 Lebuh Chulia
Georgetown
10200 Penang
Sikit punya penuh manusia |
Harapan sikit punya menggembar-gembur nak makan nasi milani hancur berkecai bila dimaklumkan nasi milani dah habis. Huuuuu sedih. Sudahnya order saja cheese naan dengan ayam tandori. Kalau perut dah lapar memang sedap la kan. Tapi memang tiga-tiga sosnya sedap ya. walaupun makan dalam keadaan lapar, tunas rasa masih berfungsi dengan baik menilai sedap dengan tidak eheh.
nyumsss |
Sekali lagi saya kecewa bila order air susu badam pun habis juga. Sabar aje la. Tapi kalau dah rezeki memang tidak ke mana, masa buat bayaran kelihatan pekerja restoren sedang memasak susu badam. Gigih tunggu sampai siap, bukan lama mana pun. Bungkus satu untuk saya. Ella tak minum susu.
susu badam di masak dalam kuali besar |
Untuk pengetahuan, susu badam ini hanya disediakan pada waktu malam sahaja. Kalau datang siang memang comfirm la tak de. Harganya dalam RM2.50 kalau tak silap. Susu badam ini mungkin turut dibancuh dengan safron bila dilihat warnanya yang kuning tu. Rasanya? Untuk tekak saya, saya rasa sedap ye heheh selain susu turut diletakkan kismis, badam, gajus. Bahan lain? Tak perasan pula, or tak dapat dikenal pasti je.
No comments:
Post a Comment