Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

My Love


Behind every strong soldier, there is a strong spouse who stands behind him, supports him & love him with all of her heart

HAPPY BIRTHDAY CAPTAIN NOOR IZWAN

Night Beauty Regime


FYI, tahun ini rasmila kakak menyertai team 4 series. Walaupun muka dan body makin mengembang dengan jayanya, kakak tetap feeling shantek sampai tergamak nak share dengan korang  night beauty regime kakak. Kesaaaaahhhhhhhh

Tapi ni regime time rajin la ye. Harap mak long.

Untuk makluman korang, kakak memang hari-hari bermakeup kalau pergi kerja, time raya, dinner dan senang kata hampir setiap hari la bermakeup. Paling malas pun bedak  muka, pantis kening, eyeliner & lipstick. Done.

Hakak jua mengamalkan double cleansing yang kononnya di popular by K-Beauty regime, bagi mencapai ultimate beauty katanya. Tapi uols, hakak dah lama amalkan double cleansing ni, since kakak kat uni lagi, iaitu start kakak aktif menari. Maklumla makeup tebal nak matey, guna pencuci muka saje tak cukup nak bersihkan makeup. Kiranya dah 20 tahun dah kakak amalkan double cleansing ni. (wow tuanya ko kak, no wonder la masuk team warga emas)

Apa yang double cleansingnya? Okey first, lepas ko balik rumah ko kena cuci makeup guna makeup remover. Currently kakak look forward to K-Beauty, makanya kakak pilih The Face Shop Cleansing Lotion. Kakak memang suka dengan teknologi baru yang mana ko tak payah beria pump pada facial cotton, ko just pump kat tangan dan lumur seluruh muka sambil gosok-gosok macam tengah pakai pencuci muka.

Ye, hakak tak rajin, korang rajin lagi cermat guna la facial cotton. Kakak nak jimat wahahaha BTW, ada banyak jenis pencuci makeup, dari semurah-murah hinggalah semahal-mahalnya. Ikut poket korang. Kat Watson & Guardian pun banyak makeup remover yang harga mampu milik.

price around RM40

Then barulah ko cuci muka pakai facial cleanser biasa. Yang ni kakak punya brand Elizavecca. Hakak suka sebab sizenya besar 180ml. So tahan lama. Hakak beli online je via Althea masa Althea buat end year sale. Plus kononnya contain 24K gold. Setakat yang kakak pakai, memang rasa best sebab muka tak rasa tegang, tak kering lepas cuci muka. Lembab dan lembut je rasa. So untuk kakak yang U-Zone kering ni memang sangat best.  

P/S: Walaupun ada ayat piggy milk tu, tapi tak de pig punya bahan. kakak dah semak. Tapi kalau korang dapat info lebih yang kata ada piggy kolagen, tolong SEGERA info kakak hokey?

price around RM30 without sale

Then, dalam seminggu, hakak akan buat satu kali peeling. Kadang-kadang 2 kali kalau minggu tu muka berlemuih sangat. Kakak guna Milk Peel by Althea. Peeling cum masker. Tak boleh pakai hari-hari tau, apa jenis peeling pun tak boleh pakai kerap-kerap. Nama pun peeling.

price around RM36-40

Milk peel ni best sebab teksture dia lembut macam yogurt yang kental, so tak keras macam clay mask walaupun sekali tengok macam sama je. Pump la beberapa kali, kalau muka lebar dah tentu kena pakai banyak banding muka kecik.


Lepas tu korang ratakan kat seluruh muka macam pakai mask. Nanti dia akan berbuih macam buih sabun mandi kat badan kalau kita biar lama-lama tu. Tapi pakai milk peel ni tak boleh biar lama, dalam 2-3 minit je. Agak-agak bunyi bubble tu dah senyap je, boleh la korang cuci. Caranya, korang ambik sikit air then gosok-gosok ratakan satu muka macam pakai facial cleansing lepas tu bilas.

nampak tak bubble?

Tadaaa...bersih muka uols. Rasa lembut, dan rasa cerah aje kulit lepas bilas muka. Dah settle dua step iaitu peeling dan mask. 2 in 1 gitu.


Langkah seterusnya ialah toner. Hakak ni jarang nak pakai toner dulu-dulunya tapi since aritu rasa muka kusam sangat kakak try pakai set jenama ni Nacific. Rasa macam dah less kusam. Toner/penyegar ni fungsi dia nak tutup balik pori muka yang terbuka lepas cuci.

price around RM40-60

Dan permasalahan ramai umat manusia, terutama yang dah meningkat usia iaitu bahagian mata. Kalau bahagian mata ni teruk memang kita nampak kertu 10 tahun dari umur sebenar kita. Antara yang kakak suka pakai untuk mata ialah eye mask. Yang gold lagi la suka sebab selalunya yang gold ni sesuai untuk kulit matang plus ada effect glowing. Hakak beli brand Petitfee ni sebab masa tu ada sale kat Althea dapat la murah.

price RM40 without sale
pakai camni, lepas tu boleh buat kerja lain sementara dia meresap habis, jadi nipis je mask tu
Bagi mendapatkan kecantikan mata ke tahap maksimum every night kakak akan pakai eye cream dari jenama Innisfree ni. Kakak jenuh baca review sana sini pasal eyecream yang mana yang okey. Yang jenis ni antara yang dikatakan bagus.

P/S: korang boleh guna uncang green tea, sejuk kan dalam peti then letak kat mata

Harga RM80
Seterusnya kakak akan lumur muka dengan Raya Kashmiri Saffron Cream ni. Tak tahu ni krim siang ke malam. Kakak selalu pakai malam je. Hadiah dari travel partner kakak si Ella. Harga tak pasti la ye. Sedap sangat bau dia macam brand dulu-dulu tu, Hazeline Snow. Effect dia, bangun pagi muka lembab je rasa. 


Then kakak jua menjaga bibir sebab selalu kering, (ini kes running in the blood, dari mak kakak dan adik beradik memang ada masalah bibir kering) kakak akan pakai lipbalm. Lipbalm adalah produk wajib ada untuk kakak ye, macam-macam brand dah kakak try, tapi Nivea ni la yang paling unggul kesannya untuk bibir kakak lalu kakak tidak berpaling lagi.

kat Watson harga dalam RM10.90 kot

Disebabkan kakak sudah menjengah 4 series maka kakak jua sedang mencuba suppliment yang sesuai dengan umur kakak. So sekarang ni tengah try Kinohimitsu Collagen Diamond. Harganya wey...fuh kiri fuh kanan. Minum selang sehari. Nasib baik. Tapi kan naik jerawat la, ke korang pernah try? Lepas seminggu effect yang pertama kakak nampak tangan kakak less kering.

beli masa sale kat Watson RM239 untuk minum 2 bulan. tapi lupa total dalam ni ada berapa botol

Belum habis lagi ye. Last sekali kakak akan pakai lotion. Brand kesukaan kakak adalah Rosken yang di recommend masa kakak pergi umrah dulu. Lepas tu pakai pulak masa pergi Europe, lepas tu memang jadi favourite la. Sebab memang betul-betul sesuai untuk kulit kering dan tak melekit.


Okey, habis dah merawat diri, jom la tidur. Harap bangun esok jelita la hendaknya. Nanti kalau kakak rajin, cerita morning beauty regime pula.


Kebaya Ungu


Apa ni? Apa ni? Hari tu janji konon nak upload content yang berfaedah untuk korang baca. Sudahnya senyap sepi sekuntum mawar merah. 

Maaf la uols kakak busy bertugas. Kakak jadi jurulatih untuk Kelab Raden supaya bersedia ke pertandingan tarian 2nd Summer International Youth Art 2019 di Kuantan Pahang. Kategori bawah 14. (Youth kan belia, bukan ke belia umur 15 ke atas? kakak ke tak tahu? Ohhh maaf la kakak warga emas) 

Btw, kakak bukan koreografer. Koreografer ialah Cikgu Ferdaus. Kakak hanya polish budak-budak supaya menari elok sikit. Disebabkan kategorinya bawah 14, makanya semua penari yang ada sebelum ni tak boleh join. 

Kaedahnya kena la rekrut penari baru. Umur 13 & 14. Besar-besar diaorang ni macam tingkatan 4, 5. 

Minggu pertama latihan sangat la hazabedah uols, sebab semuanya tak de basic menari. Macam kuda kepang mabuk dah gaya masing-masing. Ada yang lompat kijang, ada yang kuak lentang, yang menari je tak de. 

Kakak buat keputusan mandatori buat latihan intensif setiap hari dan terus menjawat jawatan Mak Petir. Hari-hari kakak menjerit dan bertempik sebab diaorang langsung tak faham arahan kakak. Sian muka masing-masing asyik terkulat-kulat. Ye la, tak de basic, apa istilah tarian or disiplin tarian semua tak tahu. Kena ajar from basic yang teramat sangat iaitu start dari cara-cara mendengar rentak lagu, dan mengira. 

3 minggu pertama kakak sangat rasa tertekan. Ada hari yang tak boleh tidur sebab fikir kalau budak tak faham apa kita cakap macam mana nak mengajar? Hari-hari merempan kat laki kakak, mujur ada laki hahaha. Emosi, psikologi, fizikal, mental kakak ranap. Nak pergi mengajar pun tak de mood. 

Selepas 3 minggu masih ada yang tak hafal step dan tak boleh lentur gerakan badan menari ikut arahan kakak. End up sorang tarik diri (syukur), dan setelah berbincang dengan koreografer dan setiausaha kelab, kakak terpaksa membuat keputusan untuk ketepikan seorang lagi dari grup, dan last chance pada seorang lagi. Mujur la yang last chance tu dapat buat betul-betul. 

Makanya tinggal 6 orang penari. Pertandingan tinggal lagi 2 minggu. Mujurlah dapat pengganti. 2 penari yang agak experience dan very fast learner. Nyaris sujud syukur kakak dekat dalam dewan latihan. Nak nangis rasa lega sangat-sangat. 

Banyak lagi la drama yang kakak harung sejak lepas raya puasa berkait dengan persediaan ke pertandingan. 


Part yang menarik pulak lagu yang koreografer sediakan sedap, floor patern letops, baju canteekkkk. Actually baju kebaya ni, kainnya kami beli hujung tahun lepas. Hakak minta kelab hold jangan buat baju baru sampai dapat event besar. Ye la, duit kelab bukannya banyak sangat. Haaa kena la pula warna baju dengan tajuk lagu, Inang Kebaya Ungu. 

3 Hari 2 malam kami berkampung di Kuantan. Pertandingan diadakan di RTM Pahang. Sebanyak 22 team bertanding termasuk kami dan team-team luar negara iaitu dari Indonesia, Uzbekistan & Kazakhstan. 

Keputusannya, kami berjaya dapat Anugerah Perak!!!! Alhamdulillah, bangga sangat sebab budak-budak tu dari tak tahu beza kiri kanan boleh menari elok. Bangga jugak dengan diri sendiri sebab boleh train budak yang tak de basic perform di pentas antarabangsa dapat Silver Award! 


Nak tengok ke bebudak Kelab Raden menari? Ni link tarian Inang Kebaya Ungu. Live by JKKN. 

Eh korang, follow la FB Page kami, kelabraden & Instagram, kelabraden. 




7 Days, 7 Favourites