Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Lagi Percubaan Nak Kurus



Tu dia akibat balik kampung 10 hari, naik semula ke 59kg! Keji. Maklumla lama tak berkumpul-kumpul dengan adik-adik, makanya acara makan aje la. Balik sebelah husband pun sama. MIL risau agaknya menantu ni tak cukup makan asyik disuruhnya makan wahahaha. Jangan risau MIL, menantu mu ini bab makan memang tak malu punya. Lepas  tu diet la 2-3 hari, balik pulak kampung outstation. Seminggu la pulak. Mak masak tak berhenti-henti lepas gian lama tak masak beria masa PKP, hakak apa lagi makan sampai lupa diri. Mujur statik, tak gerak tak turun dari nombor 59 tu herghhhh. Dan, bila masuk Aidil Adha, Tidakkkkkkkkkk

Makanya, wajib berdiet la kita sebelum lutut hakak ni kaput dan dapat penyakit pulak nanti.

Tinggi 154 cm
Berat as at 1 Ogos 2020,  59.6kg

Btw, kakak juga jumpa banyak artikel dan pendapat tentang inch loss. Okey, sebelum ni kan hakak ada buat senaman yang 11 Best Standing Exercises tu. Makanya walaupun berat naik, ukuran lengan dan pinggang yang turun sikit hari tu tetap maintain.

Day 1 ( 59.3kg)

Sarapan ~ Susu skim.  Makan tengahari ~ Ayam KFC 2 ketul + Coleslaw. Makan malam ~ Daging burger + telur (timun, bawang, coleslaw, mayonis,sos). Air masak ~ 5 mug. Senaman ~ Wey, kakak dah naik boring dengan bersenam yang 11 Best Standing Exercises. Kakak dancing pulak dalam setengah jam waktu pagi .


Day 2 ( 59kg)

Sarapan ~ nescafe o + gula kabung, peanut butter 1 sudu. Makan tengahari ~ Domino's Pizza Cheesy Four (1 cheese stick, 2 onion ring, 1 chicken bite, 2 sosej bite). Makan malam ~ Domino's Pizza Cheesy Four (2 cheese stick, 4 onion ring, chicken bite, sosej bite). Air masak ~ 6 mug. Senaman ~ Pagi, dancing satu round. Petang dancing 3 round.



Day 3 ( 59.4kg)

Sarapan ~ Green tea, cheese stick & 2 sausage bite. Makan tengahari ~ set talapia (nasi separuh). Makan malam ~ lamb chop, milo o kosong, kuaci. Air masak ~ 6 mug. Senaman ~ Dancing malam, Pencuri Hati 5 round

nasi tu makan separuh je. Set Talapia RM16 by Idea's Kitchen Temerloh


Day 4 ( 58.9kg)

Sarapan ~ granola with almond nut butter, milo o kosong. Makan tengahari ~ Sushi King egg mayo & salmon steak set, lemon houji cha. Makan malam ~ Jagung rebus. Air masak ~ 1 mug. Senaman ~ Dancing, pagi 3 round, malam 7 round (30 minit). Terbakar 367 kalori katanya.


Day 5 ( 59kg)

Sarapan ~ nescafe o gula kabung, jagung rebus. Makan tengahari ~ nasi separuh, telur itik masak lemak, rebung masak lemak, sayur kacang panjang goreng. Makan malam ~ tauhu sumbat. Air masak ~ 3 Mug. Senaman ~ dancing pagi 3 round. 


Day 6 ( 58.7kg)

Sarapan ~ roti prata with dendeng, nescafe gula kabong. Makan tengahari ~ nasi, udang goreng kunyit. Minum petang ~ Joytea Supreme Fruity. Makan malam ~ chicken chop, milo o. Air masak ~ 4 mug. Senaman ~ Pagi dancing 3 round


Day 7 (58.8kg)

Sarapan ~ roti phrata with dendeng, teh tarik. Makan tengahari ~ nasi ayam penyet (half portion), teh o ais. Makan malam ~ nasibayam penyet (hal portion) . Air masak ~ 5 Mug. Senaman ~ Dancing 3 round


Day 8 (58.9kg)

Makan tengahari ~ nasi, ikan sambal, bendi, taugeh, milo kosong ais. Minum petang ~ aiskrim sundae MacD, air nenas no sugar. Makan malam ~ chocolate rolled oat half jar, tauhu & timun letak sos. Air masak ~ 3 mug. Senaman ~ tengah mencuba tarian baru. So, ulang-ulang banyak kali


Day 9 (58.5kg)

Sarapan ~ teh tarik, milo kosong, lempeng kelapa dengan kuah dhal. Makan tengahari ~ nasi, egg taufu, sayur. Makan malam ~ nasi, sotong masak tomato. Air masak ~ 3 mug. Senaman ~ dancing


Day 10 (58.5kg)

Makan tengahari ~ nasi, sambal kentang tempe, hati goreng. Minum petang ~ teh tarik halia, kekacang. Makan malam ~ rolled oat. Supper ~ sup sayur. Air masak ~ 3 mug. Senaman ~ dancing


Day 11 (58.6kg)

Makan tengahari ~ nasi lemak, hazelnut coffee. Makan malam ~ mix fruit overnight rolled oat. Air masak ~ 3 mug.  Senaman ~ Dancing


Day 12 (58.3kg)

Sarapan ~ telur gulung, green tea. Makan tengahari ~ nasi suku, shellout. Minum petang ~ kekacang. Makan malam ~ overnight rolled oat, megi separuh . Air masak ~ 3 mug. Senaman ~ dancing


Day 13 (58.2kg)

Sarapan ~ hazelnut white coffee. Makan tengahari ~ nasi suku, ikan bilis goreng, sayur kobis & timun. Minum petang ~ kekacang. Makan malam ~ nasi suku, ikan bilis goreng, sayur kobis & timun. Air masak ~ 4 mug. Senaman ~ rehat


Day 14 (58.3kg)

Sarapan ~ granola peanut butter, teh tarik. Makan tengahari ~ lamb chop with grill vegies. Minum petang ~ kuaci. Makan malam ~ overnight rolled oat. Air masak ~ 4 mug. Senaman ~ kemas rumah, penat kemain uols.

Current weight as at 17/8/2020 : 57.7kg
Total weight lost : 1.9kg
Inch loss: Arm -1.5"/Waist -1"/Hip -0.5"/ Thight -1.5"


Very slow progress. Takpe. Next teruskan lagi. Sampai jadi life style and hakak boleh minimumkan minum air perisa. 



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites