Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Another Year Wiser


41 tahun dah umur kakak. Korang nak tau tak, masa kakak di usia muda belia, kakak begitu malu atau sensitif bila orang tanya bab umur nak-nak masa masuk 30-an. Penghujung usia 30-an kakak mulai rasa dont care anymore. Age is just a number. Gittew. But wiser ke? Certain thing la kot.

Masuk usia 40-an ada a few rakan kakak ditimpa penyakit-penyakit yang menakutkan, ada yang dah meninggal, ada yang kehilangan pasangan samada melalui kematian mahu pun perceraian. Kakak insaf. My wise advise to myself dan reader blog hakak ialah...

Take care of your physical health
Take care of your spiritual/emotional/mental health
Take care of your family and close one

In the end, memasuki usia yang lebih matang apa yang penting dalam hidup adalah kesihatan fizikal dan mental, keluarga, rakan taulan yang rapat serta kehidupan yang menenangkan.

Hakak dalam usaha untuk menurut cadangan pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu suku,suku,separuh. Kakak jua cuba mengaktifkan semula gaya hidup. Kalau tahun 2017-2018 memang gila betul join fun run dan virtual run. Maybe kakak kena start semula. Buat masa ni kakak bersenam kat rumah je lah. 

Take care guys.



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites