Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Mental Awareness


Tahun 2020 ini merupakan tahun yang sangat mencabar yang tidak pernah kita bayangkan. Serangan pandemik Covid-19 bukan alang-alang. Bagi kakak sendiri, firma kami kehilangan seorang kakitangan di musim PKP pertama (bukan sebab Covid) dan rasa sungguh ralat kerana tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Adik kakak terpaksa diberhenti kerja. Rakan-rakan kakak ada yang bergelut meneruskan kelangsungan hidup. Ada juga yang jatuh sakit.

Ustar


Kita juga turut bergelut dengan pelbagai perasaan dan emosi bila diminta melimitkan pergerakan, berkurung di rumah dan berbulan-bulan terpisah suami isteri serta berjauhan dengan ahli keluarga. Kewarasan fikiran dan kawalan emosi kita dalam pertaruhan antara waras dan gila.

Etude House

Kakak juga tidak berkecuali. Kakak juga turut terkesan. Bersyukur masih bekerja dan menerima gaji bulanan, tetapi kakak dah masuk fasa menyedari diri ini juga terkesan dengan akibat pandemik. Awalan bekerja semula, kakak berasa takut untuk memandu. Sedangkan sebelum PKP lebih sebahagian hidup kakak di habiskan dengan memandu di jalan-jalan. 

Colourpop

Kakak juga agak tertekan bila balik kampung dan berada lama di kampung, memandangkan kakak hampir tiga bulan sepanjang PKP tinggal bersendirian di rumah. Terpisah 7 bulan dengan suami dan 3 bulan tidak berjumpa mak abah di kampung lagi pula adik-adik di KL. Panggilan telefon dan panggilan video tidak sama dengan hubungan secara dua mata. Ya, setiap hari suami kakak membuat panggilan kepada kakak, sahabat taulan turut kerap bertanya khabar. Tapi, tetap tak sama.

Wet & Wild

Diperingkat awal dapat balik kampung kakak amat teruja tapi dalam diri kakak pula terasa bagai ada makhluk yang ingin melompat keluar dari dalam dada, perasaan kakak meronta-ronta untuk menjerit sekuat hati, rasa tidak selesa, lemas dan tak boleh tidur. 

Missha x Line Friends

Syukur, bila kakak mula bekerja seperti sebelum PKP, mula keluar daerah sana dan sini. Ketakutan kakak ketika memandu mulai pudar. Sempat juga bercuti beberapa kali di daerah-daerah berdekatan menghilangkan rasa lemas dan sesak perasaan. Kakak rasa makin pulih.

Etude House/I Heart Revolution

NOTA
Sekiranya kawan-kawan ada pelbagai gangguan emosi walaupun tak sama macam kakak alami, sila berjumpa dengan doktor untuk dapatkan bantuan. Ianya normal. Ramai dari kita yang alami pelbagai gangguan emosi. Ramai juga yang ke klinik mendapatkan bantuan perubatan.

Rom&nd

Kini (November 2020), seluruh negara sedang melaksanakan PKPKPKP. Alhamdulillah, negeri Pahang tidak terlibat. Kakak boleh bekerja serta bertugas ke luar daerah dalam negeri Pahang seperti biasa.

Holika Holika x Peko-Chan Milky Candy

Kali ini, kakak berazam untuk bersenam di rumah supaya kakak lebih sihat dan aktif. Musim tengkujuh tidak memberi peluang kepada kakak untuk beraktiviti di luar. Kakak juga menyalurkan kekecewaan kakak tidak dapat melancong ke luar negara kepada make-up. Cliche untuk perempuan bila bab make-up, setidaknya ia dapat membantu kakak mengawal mental dan emosi. 

Perfect Diary x Abby's Choice

Makanya, mari kita bagi sokongan pada saudara, rakan taulan kita yang selalu muat naik di pelbagai media sosial tentang aktiviti mereka. Mungkin itu sahaja yang dapat mereka buat bagi mengekalkan kewarasan fikiran dengan aktiviti anak-anak, berkebun, memasak, dekorasi dan pelbagai lagi.

Kita ringankan jari tekan butang "Like" atau "❤️". 






No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites