Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Citra Malaysia

Gambar kenangan bersama Pengarah JKKN Pahang, Puan Dayang Kartini serta Encik Yang Guanfu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tokong Guan Yin Sg Lui 

Setelah setahun sendu, event yang booking kami pun masih ditangguh-tangguh atau belum ada date baru, akhirnya Kelab Raden dapat projek yang tak di sangka-sangka di bawah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Pahang.

Program Citra Malaysia 2021 bertujuan untuk mengetengahkan kumpulan-kumpulam kesenian di platform JKKN mengikut norma baru iaitu di media sosial. Kami diminta membuat persediaan 6 kategori tarian iaitu, tarian melayu, tarian cina, tarian india , tarian sewang, tarian etnik Sabah serta tarian etnik Sarawak.

Hanya 6 orang penari kami yang dapat turut serta memandangkan ada yang tinggal jauh dan ada yang dalam persediaan peperiksaan. Tak pe, janji semua yang ada boleh bagi komitmen termasuk ibu bapa. 

time rehat latihan

Kami cuma dapat buat latihan dalam tempoh dua minggu lebih kurang, setiap hari kecuali Khamis malam Jumaat sahaja rehat. Syukur peserta kali ini semuanya ada basic, cepat hafal steps dan tahu bergerak mengikut floor patern. Tugas kakak tidak berat kali ni, tak perlu polish teruk. 

costume fitting

Dua hari ditetapkan oleh pihak JKKN untuk membuat rakaman bagi kesemua tarian. Tiga tarian di rakam di sekitar bandar Raub dan tiga lagi di rakam di Dong, Raub juga. Ini adalah pengalaman pertama untuk kami semua pihak pengurusan, koreografer dan penari-penari.



Hari pertama, kami memulakan rakaman tarian cina di dataran Tokong Guanyin Sg Lui Raub, kawasan tokong yang sangat cantik dengan datarannya dihiasi payung berwarna-warni dan berlatarbelakang pintu gerbang dan tangga yang juga dicat dengan pelbagai warna. Tuah kami, kebetulan En. Yang Guanfu, Pengerusi Jawatankuasa Tokong ada di situ dan beliau telah memanggil wartawan Sin Chew Daily dan China Press bagi merekodkan suasana rakaman tarian. Beliau sangat gembira dan turut berbangga bila JKKN memilih tokong ini sebagai lokasi penggambaran. 



Rakaman seterusnya dibuat di Taman Tasik Raub bagi tarian india diikuti tarian melayu. Cuaca sangat panas dan syukur sangat semua dancer bertahan sehabis baik bagi menjayakan rakaman untuk hari pertama, walaupun mereka kepenatan yang teramat sangat.


Hari kedua pula kami ke Pulau Chekas Dong dan rakaman pertama bagi tarian Alu-alu di buat di MS Chemerkaw Resort. Walaupun cuaca panas, tetapi suasana di resort ni nyaman sangat. Tambahan pula deruan air jeram yang agak kuat mendamaikan perasaan. Semua dancer nampak lebih tenang dan ceria berbanding hari semalamnya.


Bagi tarian kedua iaitu tarian Rambai dan akhirnya pula tarian sewang, rakaman dibuat di Chalet Pak Akob yang lebih privacy. Ikut hati nak je terjun dalam air punya la best suasana. Tapi tengah duty kan? Tabah aje la hati.


Akhirnya sempurnalah juga rakaman bagi kesemua tarian. Terima kasih sayang-sayangku Humairah, Alia, Hafnis, Hanna, Amani dan Ain yang terlibat dengan rakaman ini. Semuanya fokus, berdisiplin dan bersungguh-sungguh dari hari pertama latihan hingga tamat rakaman. Tak de sorang pun buat perangai. Sayang korang sangat! Duty kali ni, letih tapi tak stress.

Sin Chew Daily 14/03/2021
China Press 15/03/2021

Hari Isnin masing-masing kalut nak cari paper. Wahahahah. Kakak terus pergi borong on behalf of semua orang. Tak sabar tunggu tarikh siaran rakaman dari JKKN. Dikesempatan ini kakak dan semua warga Kelab Raden ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada JKKN Negeri Pahang yang telah memberi peluang ini kepada kami. Pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites