Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Selamat Berangkat Ke Alam Abadi

Pakcik masih berada di kubur walaupun hujan lebat turun selepas selesai talkin

Mengakhiri bulan Januari dengan peristiwa sedih bila sepupu dari side sebelah En. Suami meninggal dunia. Usianya baru sahaja 22 tahun. Arwah di diagnos mengalami pembuluh darah pecah di dalam otak yang akhirnya mengakibatkan kematian otak.

Saat menerima berita bahawa sepupu berada dalam fasa kritikal lima hari sebelumnya, kakak kemas barang, urus apa-apa kerja yang urgent dan terus bertolak ke KL. Mujur juga arwah di transfer dari Hospital Sentosa Klang ke HKL. Tak jauh kakak dan En Suami datang mengulang dari rumah.

Lima hari kami meneman keluarga pakcik dan makcik. Samada di hospital mahupun rumah. En.Suami memang kepenatan kerana ulang alik time kerja, kakak keep bagitahu En.Suami supaya bersabar dan kuatkan semangat. Walaupun tak de apa sangat yang boleh kami bantu, tapi kehadiran kita ini perlu supaya pakcik, makcik dan anak-anaknya yang lain tak rasa menanggung sedih secara sendirian. Kalau kami letih, bayangkan perasaan pakcik, makcik dan anak-anak. Bukan je letih fizikal, tapi emosi juga terjejas.

Kakak sebenarnya menahan hiba bila melihat pakcik yang boleh dikatakan hampir sepanjang masa tidak berjauhan dengan arwah dari mula arwah sakit. Sedih lihat makcik lemah tak berdaya, tak mampu menjenguk lama arwah yang terbaring atas katil hospital kerana merasa terlalu pilu. Sedih melihat adik-adik sepupu yang masih terkejut dengan kejadian yang tak disangka.

Dalam peristiwa duka ini, kakak belajar perkara baru iaitu membantu memandikan jenazah. Ini adalah kali pertama untuk kakak.  Nak jadikan cerita, keluarga arwah menyangkakan ada SOP Covid dalam pengurusan mandi dan kafan jenazah di surau hospital. Jadi mereka semua tunggu di surau dekat dengan rumah untuk solat jenazah. Kakak pula menemankan En.Suami menguruskan van jenazah untuk gerak dari hospital. Tiba-tiba ustazah yang urus proses mandi dan kafan panggil dan ajak kakak turut serta, menjadikan kakaklah satu-satunya waris perempuan yang membantu memandikan dan mengkafankan arwah. Pengalaman yang cukup menginsafkan.


Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dari yang Esa, ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, soleh-solehah. Semoga pakcik, makcik serta adik beradik arwah tabah dengan dugaan ini. 

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites