Penafian
SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
The School Of Good & Evil
The Corpse Bride
Haa siapa yang rajin jenguk blog kakak sure kata laa ada lagi pasal movie ni. Nak buat macam mana movie favourite. Time malam kerja kalau malas nak tengok tv tapi nak dengar movie, kakak pasang je movie ni. Since ni movie favourite, dah tentu kakak cuba dapatkan make up yang inspired dari movie ni as my collection.
NOTA
Kakak suka lagu piano solo si Victor & lagu piano duet Victor dengan Emily.
Movie ini berkisar era Victorian tentang Victor si anak orang kaya baru ni, yang bakal berkahwin secara arrangement dengan Victoria si anak perempuan golongan bangsawan yang dah jatuh miskin.
Pada hari latihan ikrar nikah, Victor jadi gemuruh melampau dan gagal melaksanakan raptai nikah. Victor terus lari ke dalam hutan bagi menghilangkan rasa panik dan gemuruh, dan cuba berlatih ikrar nikah dalam hutan. Tanpa di sangka, ketika latihan tu, Victor telah tersilap menyarung cincin ke jari mayat si Emily yang di sangkakan ranting kayu.
Akibatnya, Emily menerima ikrar kahwin si Victor dan menarik Victor masuk ke alam Land of the Dead. Di sini lah bermulanya usaha Victor untuk kembali ke Land of the Living dan bertemu semula dengan Victoria. Dalam proses ini juga Victor belajar mengenali Emily dan kisah tragisnya, dan Victoria sendiri juga terpaksa menghadapi dugaan di Land of the Living sementara menunggu Victor kembali semula.
Btw, dari jenama Revolution Beauty kakak beli Upstair Downstair eyeshadow dengan Victor & Emily lipstick. Dari jenama She Glam pula kakak dapat Beaming Butterfly highlighter dengan Rosy Cheeks & Beating Heart liquid lipstic.
The Nightmare Before Chrismas
Dari kiri : Eyeshadow, lipstick, eyeliner & highligter |
Actually banyak lagi koleksi cerita hantu yang kakak alami tapi malas nak taip. Penat. So, kakak share sini koleksi make up kakak yang bertema Halloween dan juga Christmas. Korang pernah dengar atau tengok movie The Nightmare Before Christmas? Kakak share koleksi makeup inspirasi movie ni yang kakak ada.
Movie ni tak lain tak bukan sebuah animasi dari Tim Burton jua. Animasi ni dari tahun 1993. Zaman purba dah uols. Tapi hanya dalam beberapa tahun ni la kakak dapat tengok pun. Kalau tak, tahu tajuk je.
Movie ni mengisahkan Jack Skellington yang dah rasa bosan dengan party Halloween yang setiap tahun dia anjurkan dengan success. Masa Jack masuk dalam hutan dia jumpa pokok-pokok yang terukir dengan pelbagai tema perayaan yang dia tak familiar. Masuk ke dalam Bandar Christmas Jack terpesona dengan tema perayaan tersebut dan ambil keputusan akan take over Bandar Christmas. Keputusan Jack ini telah menimbulkan 1001 kekecohan.
NOTA
Kakak suka betul lagu tema movie ni, This Is Halloween. Surprisingly lagu asal dinyanyikan Marilyn Manson.
Btw, koleksi makeup kakak dari dua jenama yang berbeza iaitu Revolution Beauty dan Colourpop. Kakak tak beli pun whole koleksi kalau tak berkenan or itemnya kakak tak pakai. Dari jenama Revolution Beauty kakak beli Jack Eyeshadow dan Misfit Love Highlighter. Dari jenama Colourpop pulak kakak ada Oogie Boogie Lipstick, Sally Lipstick & Scream Queen Black Liner.
Hantu Dari Hospital
Hey uols, masuk bulan Halloween dan banyak cerita hantu akan keluar di television. Gittew. As usual kakak tak sambut Halloween. Eh, tapi ada sekali dulu pergi vaccay kat Fraser Hill masa minggu Halloween tak pasal-pasal ada orang ketuk pintu "Trick or Treat!".
Btw, kakak nak menyumbang kisah hantu yang terjadi pada kakak beberapa tahun dahulu. En.Suami masa tu warded operate lutut di HAT. kalau korang pernah pergi HAT korang tahulah betapa eerie-nya hospital tu, sunyi tak de orang. Bila dah boleh discharge kakak datang jemput dan En.Suami refuse nak singgah mana-mana sebab nak balik rumah sangat-sangat. Kebetulan minyak kereta dah siap refill dan kakak dah siap makan, so balik aje la terus.
Kami tapau food pun di Raub je dan kat rumah siap mandi, makan tak lama lepas tu masing-masing terus pengsan. Penat wey. En.Suami penat bercampur sakit lagi.
Dalam pukul 3 pagi kakak terjaga sebab bunyi perempuan menangis mengongoi tepi telinga kakak yang amat kuat. Kakak dalam pada tu sempat jenguk En Suami kot dia mengaduh sakit ke walaupun tahu suara yang kakak dengar tu suara perempuan.
Tengok aje En.Suami tido lena, apalagi kakak terus naik angin sebab kakak tahu ada "benda" ikut kami balik dan tak lepas keluar sebab rumah tu dah "dipagar". Terus kakak jerkah arah suara tu datang. Bagi warning supaya "dia" jangan kacau kakak, kakak penat. Terus "dia" senyap. Kakak sambung tidur.
Esoknya, kakak bagitahu abah ada hantu ikut balik dari hospital agaknya. Abah datang rumah untuk cek apa yang patut. Abah kata memang tak de pun "benda" dalam rumah. Maybe ada yang follow kami balik dari hospital. Abah tanya kami ada singgah mana-mana tak balik dari hospital. Memang tak.
Abah bagi tips kalau balik dari tempat-tempat yang menyeramkan:-
1) Mesti singgah mana-mana before balik rumah.2) Sebelum naik kenderaan hentak kaki 3x macam kita nak buang tanah dari kasut tu.
Nak percaya, percaya. Tak nak ikut korang. Tapi lepas tu memang kakak beringatla, singgah mana-mana dulu. At least toilet RnR ke.
Paling kelakar kakak cerita pasal kisah ni dekat adik kakak yang no.2, bantainya seminggu dia susah nak tido sebab teringat-ingat. Sape suruh minta kakak lakon semula bunyi benda tu hahaha
Hei October
Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn away and slam the door
I don't care what they're going to say
Let the storm rage on
The cold never bothered me anyway
- Elsa
Subscribe to:
Posts (Atom)
7 Days, 7 Favourites
-
Sis kahwin dengan tentera. Sis asal dari pantai timur dan En. Husband dari utara. Both of us tak bermastautin di tempat asal masing-ma...
-
Yeehaaa merasa jua kakak nak attend messnite. Kali pertama encik husband ajak last minute nau. Maklum le jauh, mana boleh buat kerja la...
-
Google: peta daerah-daerah negeri Pahang Kebanyakan masyarakat luar Pahang beranggapan loghat Pahang adalah adalah sama saja denga...
-
Kakak ada menerima soalan dari salah seorang pembaca blog kakak, yang pada kakak sangat menarik untuk dibincangkan. Kakak juga t...
-
Antara tempat makan sempoi lagi santai yang kakak suka! Terliur pulak. Maklumla masa menaip ni kakak tengah puasa. Kedai ni terl...
-
scene from video by Plan A Film Untuk nikah sis, buat di KL walhal kampung sis bukan di KL pun. Venue nikah yang di pilih ialah Mas...
-
Pernah tak kita selalu memanjatkan doa then at one stage kita rasa letih dan dah tak larat lagi nak berdoa? Haaaa saya la yang selalu ras...