Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Chin Swee Temple, Genting Highland


Hai korang. Selalu naik Genting pegi GPO je ke? Apa kata nikmati perasaan umpama berada di negara China pulak. Ramai je pengunjung di Chin Swee Temple ni. Bukan setakat warga tempatan je tapi jadi tarikan kepada pelancong-pelancong dari luar negara.



Dari tempat letak kereta boleh nampak tangga naik ke Sky Terrace. Kawasannya luas untuk menikmati permandangan dengan feeling berjalan di atas awan dan juga dijadikan tempat pelbagai aktiviti seperti meditasi.


Yang paling menonjol haruslah bangunan pagoda 9 tingkat ni. Letaknya dilereng bukit memang dari jauh dah nampak dah.


Patung mendiang Lim Goh Tong, pengasas Genting Highland dan juga pencetus idea untuk membuka kuil ni turut diletakkan di kawasan Sky Terrace ni.


Di sini juga diletakkan dengan 8 Immortals yang sedang bermain catur. Tak dapat nak ambik gambar yang elok-elok since sentiasa ada pengunjung yang duduk melepak kat sini.


Haa amacam memang betul duduk dalam awan kan? Kabus tebal menambah cantik pemandangan di sky terrace ni.


Actually di sini pun ada banyak bahagian yang dibina untuk tujuan ilmiah samada kepada penganutnya mahupun kepada pengunjung. Antara bahagian yang mengerikan ialah 10 Chambers of Hell.


Selepas habis bahagian neraka, kita akan bertemu dengan figura Seven Fairies yang menggambarkan perjalanan mereka menuju syurga.


Yang ni paling saya kenal. Journey To The West team. Lupa pulak nak ambik gambar si Wukong.


So, korang yang still terfikir-fikir mana lagi nak pergi di Genting tu boleh la ke Chin Swee Temple yang dibuka setiap hari. Kepada penganutnya boleh berdoa dan beribadah di sini dan kepada pengunjung lain boleh menikmati pemandangan atas awan.

NOTA
1) Seperti di mana-mana kawasan ibadat yang lain, sila berpakaian sopan dan jaga tingkah laku. 

2) For ladies, please cover up your cleavage, kalau boleh jangan pakai singlet dan make sure pakai seluar/skirt sekurang-kurangnya level lutut. Tak manis berseluar terlalu singkat di kawasan ibadat.

3) For gent, juga kalau boleh jangan bersinglet dan seluar terlalu pendek. 

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites