Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Berkahwin Dengan Bukan Warganegara


Kakak ada menerima soalan dari salah seorang pembaca blog kakak, yang pada kakak sangat menarik untuk dibincangkan. Kakak juga telah menjawab seringkas dan semudah mungkin agar yang bertanya mahupun yang membacanya mudah faham.

Soalan:

Salam Kak saya nak tnya sikit harap kak dapat bg jawapan untuk saya...dan soalan ni xberkaitan dengan list2 yang di atas..cuma saya masih ragu2 dan telah hampir smua blogger dan platform di caru tp xjumpa jawapan....Adakah seorang Anggota Tentera(Darat/Laut/Udara) boleh berkahwin dengan Orang Warga Asing(Bukan Rakyat Tempatan)...dan kalau boleh boleh tak tak bagi keburukan dngn kebaikan An Army bila nak berkahwin dngn Orang Asing ni...salah 1 nya KAGAT/JAIM TAK LULUSKAN PERMOHONAN...masih ragu dan daya masih lg mncari jawapan...Sekian Terima Kasih


Jawapan :

Salam. Tentera juga warganegara Malaysia seperti yang lain, juga berhak untuk berkahwin dengan bukan warganegara, sekiranya itu adalah pilihannya. Tentera tersebut tetap perlu ikut permohonan lebih kurang seperti yang di atas, manakala pasangannya yang bukan warga negara perlu buat prosedur yang berbeza, serta melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Kedutaan Negara berkenaan serta Jabatan Imigresen. 

Dan sekiranya tentera tersebut adalah wanita, prosedur pasangannya lelaki bukan warganegara akan jadi lebih rumit, berbanding dengan tentera lelaki berkahwin dengan wanita bukan warganegara (keadaan ini terpakai untuk semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara) 

Kesan perkahwinan dengan pasangan bukan warganegara (terpakai kepada semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara):- 


Dari sudut UNDANG-UNDANG 

1) Visa pasangan perlu sentiasa diperbaharui mengikut tempoh dan syarat yang telah ditetapkan undang-undang 

2) Sekiranya bertugas di luar Negara, melahirkan anak di luar Negara, bagi lelaki Malaysia, boleh dapatkan taraf warganegara anak dengan membuat pendaftaran di Kedutaan Malaysia menggunakan borang tertentu. Manakala bagi wanita Malaysia pula perlu pulang ke Malaysia jika ingin anaknya mempunyai kewarganegaraan Malaysia 

3) Sekiranya berlaku perceraian, dan mempunyai anak bawah 18 tahun, pasangan bukan warga negara mungkin ingin membawa anak pulang ke negara asal. 

4) Sekiranya berlaku perceraian, mempunyai anak usia bawah 18, bekas isteri atau bekas suami mungkin ingin bertukar semula kepada agama asal, serta ingin menukarkan agama anak 

5) Pasangan bukan warganegara terutama lelaki boleh meninggalkan isteri serta mengabaikan tanggungjawab pada isteri atau anak dengan pulang ke negara asal begitu sahaja 

6) Sekiranya berlaku kematian pada warganegara Malaysia tersebut, pasangannya yang bukan warga Negara tetap berhak menuntut harta si mati walaupun tidak boleh memiliki tanah (terpakai kepada muslim & non muslim) 


Dari sudut SOSIAL 

1) Perbezaan agama 

2) Perbezaan budaya 

3) Kemungkinan pasangan enggan belajar budaya Malaysia, (sekiranya dari agama yang berbeza pasangan mungkin enggan belajar agama yang baru) 

4) Kemungkinan tidak mahu bergaul/bersosial dengan ahli keluarga yang lain (dalam kes tentera, tidak mahu terlibat dengan apa-apa program yang ditetapkan) 

5) Pasangan bukan warganegara bukan semuanya ingin kekal tinggal di Malaysia 

6) Kos perbelanjaan yang tinggi untuk pulang menjenguk keluarga pasangan di luar negara 


Ini adalah antara sebahagian ringkasan kesan-kesan berkahwin dengan bukan warganegara dari sudut undang-undang mahupun sosial. Sekira anda ingin berkahwin dengan bukan warganegara, bolehlah pertimbangkan kesan-kesan di atas, sebelum membuat keputusan. Harap dapat membantu





Ramadan 2021



Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk beribadah.
Semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya.



 

Coming Home


Syukur ke hadrat Ilahi, finally En.Suami dapat bertukar dari seberang laut. Walaupun masih PJJ at least jarak dah makin dekat dengan kakak. Lagi pula musim Covid ni, jarak seberang laut terlalu sukar untuk kami yang pernah tak dapat jumpa lebih kurang 7 bulan.


En. Suami menyewa bilik bersama kawan-kawan. Part paling best tak jauh dari office dia, tak jauh dengan adik-adik kakak dan roomatenya juga kahwin dengan orang Pahang, jadi boleh la En Suami carpool balik ke sini. Alhamdulillah.

Semoga kalian semua yang masih terpisah akibat pandemik juga dapat bertemu dengan pasangan, anak-anak dan keluarga masing-masing.


Puja Delima


Sepanjang musim Covid 19 kakak develop satu habit yang lama dah ditinggalkan iaitu membaca novel. Pilihan kakak genre seram wakakaka. Makanya kakak join Kelab Cerita Hantu Malaysia, Arkib Anker Negara dan Fiksyen Shasha untuk feed ketagihan kakak pada serita seram, mistik dan seumpama dengannya.

Dari banyak-banyak cerita, kakak melekat dengan tiga cerita bersiri. Satu kisah benar bertajuk Mak Teh, satu kisah inspirasi dari kisah benar bertajuk Cinta Sang Iblis ~ Ramona dan satu lagi fiksyen berasaskan research iaitu Puja Delima. Btw, kakak berkenan sangat dengan cerita Moyang, tak pasti kisah benar atau fiksyen. Lama juga dah siri Moyang dalam Fiksyen Shasha.

Berbalik pada tiga siri kegemaran kakak, kakak agak obses dengan cerita-cerita dari ketiga-tiga penulis hingga mengakibatkan berlaku sedikit gangguan. Teeettttt start dah Cik Fariha masuk alam angker. Setelah kakak baca dalam group, tentang komen pembaca lain serta kenyataan dari penulis, kakak rasa gangguan datang dari siri Cinta Sang Iblis.

Antara gangguan yang kakak lalui ialah ketika hampir terlelap (masa ni belum baca Fatihah & Ayat Qursi baru nak pusing-pusing badan ambik angle best atas katil) ada suara yang menyergah kakak. Sergah manjahhh je. Suara lelaki. Mujur masa tu suami ada kat rumah. Kejadian kedua berlaku ketika masa nak tidur juga, kakak rasa tapak kaki kakak di gores dengan benda tajam macam kuku panjang gitu. Mula-mula ingatkan tergesel dengan selimut tapi tak selimut kaki, lepas tu fikir kot nyamuk, tak kan nyamuk gigit bergerak dari atas ke bawah lebih kurang camtu. Masa kejadian pun suami ada di rumah dan lampu bilik je tutup, luar bilik masih terang. Means bilik kakak pun masih agak terang. Bila jenguk kaki tak de pape. So baca Al Fatihah dan Ayat Qursi berulang-ulang kali je la. Selain dari dua kejadian ni tiada gangguan lain.

Habis siri Mak Teh dan Cinta Sang Iblis, kakak still follow Puja Delima. Then penulisnya, Suzy La umumkan akan sambung cerita dalam novel pula. Bila keluar senarai harga, kakak agak terkejut, maklumla lama tak beli novel. Setelah baca penjelasan penulis kakak pun join the bandwagon order novel ni.

Apa sebab kakak gigih follow Puja Delima ni? Selaku remaja purba yang dilahirkan dan membesar di era sastera kakak sangat hargai cara Suzy La menulis. Bila tiba part istilah tertentu yang kakak sedia maklum dan tahu, kakak mula sedar yang Suzy La bukan buat cerita hentam keromo. Dia study. Kakak support penulis macam ni.

Dan, Alhamdulillah. Kakak secara rasmi merupakan pemilik batch pertama Puja Delima. Tahniah Suzy La. Kakak quotes di sini sinopsis kisah Puja Delima.


Wirda yang kecewa akibat putus cinta telah membawa diri ke Bali untuk melancong seorang diri demi mengubat hati dan jiwanya yang lara. Tanpa disengajakan, sewaktu di pantai dia telah mengutip dan membawa pulang seutas gelang delima merah yang berpenunggu.
Si penunggu yang jatuh cinta pandang pertama memperkenalkan diri sebagai Dante. Pada mulanya Dante hanya sekadar hadir menunjukkan diri di dalam mimpi, akhirnya menjelmakan diri menjadi lelaki tampan yang menemani Wirda setiap malam.

Setelah bertahun-tahun berdamping bersama, dicintai dan dimanjakan oleh Dante akhirnya Wirda tersedar bahawa dirinya hidup dalam keadaan tidak normal dan mula mencari jalan keluar untuk melarikan diri dari cinta Dante yang tiada hala tuju.
Kehadiran Fahdi yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Wirda dari zaman universiti telah membuka matanya untuk berubah. Akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Namun sikap Fahdi yang cemburu buta menyebabkan Wirda kembali merindui perhatian yang diberi oleh Dante.

Setelah sekian lama memujuk dan mencuba, akhirnya Dante berjaya membawa Wirda ke alam astral dengan kerelaannya. Fahdi bersama Ustaz Jamal yang merupakan kenalan keluarganya cuba menjejaki Wirda yang di sembunyikan dan lupa kepada asal usulnya.

Kedatangan Wirda ke alam astral tidak di sukai oleh golongan jin pendengki yang diketuai oleh Ratu Inanna dan sekutunya yang melakukan pelbagai perkara untuk mengusir Wirda dari alam mereka. 

 

“Gelang delima itu telah aku berikan kepada Wirda sebagai mahar cintaku kepadanya. Aku jatuh cinta kepadanya dari mula aku terpandangkan dia. – Dante

 

“Dia sudah lama tidak mengangguku. Aku yakin dia sudah menjauhiku. Ustaz Jamal berpesan agar aku jangan tinggal solat dan teruskan berzikir. Mungkin kerana itu dia tidak lagi cuba menghampiriku seperti dulu. Aku kuatkan semangat. Dante sudah tiada. Bagaimana boleh 10 tahun aku hidup dengannya? Siang bekerja, malam bercinta dan dipeluk syaitan. Kehidupan apa begitu?" – Wirda

 

"Allah je yang boleh bantu Di dan Wirda sekarang. Ustaz Jamal pun bukan tak buat apa-apa, dia dah banyak tolong Di. Sekurang-kurangnya Di tahu Wirda masih hidup. Di akan tunggu dan berdoa moga Allah mempermudahkan semua dan izinkan Wirda balik dengan selamat. Di tak sanggup nak tengok Wirda jadi gila mak. Mungkin Allah nak Di belajar bersabar menunggu Wirda. Mak doakan kami ya.. " – Fahdi

 

“Kau buat dia lupa tempat asalnya. Kau padam ingatannya terhadap perkara lalu. Kau buat dia bergantung hidup kepadamu. Kau kurung dia di istana itu sedangkan kau tahu dunia kita tak sesuai dengannya. Itu yang kau namakan cinta? Kalaulah ingatannya pulih semula dan dia mahu pulang, bagaimana? "- Ratu Inanna

 

Dapatkah Wirda mengatasi ancaman dari golongan jin pendengki?

Berjayakah Wirda diselamatkan oleh Fahdi dan Ustaz Jamal kembali ke dunia manusia atau terus tenggelam dalam ombak cinta Dante yang tiada sempadan?

 

Pink April



April in Paris, chestnuts in blossom
Holiday tables under the trees
April in Paris, this is a feeling
No one can ever reprise




April in Paris
Ella & Louis







Jeragat (Pt. 1)


Seminggu lepas 1st treatment. Rasa cun sangat dah ni. Masih pakai beauty apps tapi no.1 je. Biasa pakai no.3 huhu

Uols...kakak nak share story perjalanan kakak untuk menghapuskan jeragat. Wahahah. Kakak tak de masalah jerawat, tapi ada masalah kulit kering, warna kulit tak sekata, kusam dan ada jeragat. Seingat kakak, jeragat dah start ada masa zaman sekolah lagi. Maklum la terdedah cahaya matahari, sunblock pun tak pernah dengar lagi masa tu. Akan tetapi menjelang penghujung 30-an dan masuk ke era 40-an makin la bertambah jeragat kakak. Pada sesetengah orang jeragat buat muka nampak cute, tapi untuk kakak menyakit mata kakak je. Kakak nak kulit flawlessssssssss!!!


*APA ITU JERAGAT?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.

Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

PUNCA JERAGAT BERLAKU

1) TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :

(i) Ultraviolet A – Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung seterusnya menyebabkan masalah kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

(ii) Ultraviolet B – Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

(iii) Ultraviolet C – Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.


2) PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.


3) PENGGUNAAN KOSMETIK

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.


4) FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.*

*...* - Sumber Google


Berbalik kepada diri kakak. Setelah memikir-mikir punca kakak berjeragat sudah tentunya sebab utama adalah akibat terdedah kepada sinaran matahari dan faktor keturunan (mak kakak berjeragat). Kakak tidak menggunakan produk timbang kati, mungkinlah ada juga pakai produk-produk yang low kualiti dan pernah mendapatkan rawatan pil perancang menahan period atas faktor kesihatan dengan nasihat doktor dan juga ketika menunaikan umrah.

Sepanjang PKP since tak boleh nak ke Spa kakak buat reseach dan berjumpa dengan The Broken Chemist (IG & FB). Alhamdulillah memang banyak tips dia bagi. Tu pun kakak tak follow semua dan kakak tak beli semua product, asyik sold out. Maklum la ramai orang Malaysia yang bermasalah jeragat ni. Kakak beli serum Glutathione sahaja dengan mereka ni.

Dan kakak pun cuba follow cara The Broken Chemist memudarkan sedikit jeragat beliau. Ini regime pemakaian product kecantikan kakak:-

Siang
1) Low PH Good Morning Cleanser (Cosrx)
2) Propolis Synergy Toner (Cosrx)
3) Serum Glutathione (Ze Light) 
4) Advance Snail 96 Mucin Power Essence (Cosrx)
5) Eyecream (Clarins) 
6) Pelembab Advance Snail 92 All in 1 Cream (Cosrx)
7) Aloe Soothing Suncream (Cosrx)

Malam
1) Low PH Good Morning Cleanser (Cosrx)
2) Propolis Synergy Toner (Cosrx)
3) Alpha Arbutin (The Ordinary)
4) Serum WR Effector (Its Skin)
5) Caffeine Sulution (The Ordinary) 
6) 9 Complex Cream (Guérisson) 
7) Ultimate Moisturizing Honey Overnight Mask (Cosrx)

Hasilnya? Kakak rasa tidak berkesan. Mungkin silap kakak kerana tidak menggunakan produk yang sesuai dengan masalah jeragat/pigmentasi tapi bercampur dengan produk untuk kulit kering. 

Kakak makin sakit hati dengan jeragat yang tanpa segan silu parasit di muka kakak. Teringin nak pakai bedak nipis-nipis je. Sekarang mesti pakai foundation antara satu setengah hingga dua pump untuk cover jeragat. Kesian liang pori kakak.

Lalu kakak ambil keputusan untuk keluar duit lebih sikit iaitu laser aje la jeragat ni. Setelah buat beberapa research kakak dapati Pico Laser adalah yang paling sesuai dengan masalah kakak. Lalu kakak mendaftarkan diri di MBH Spa dan yes memang betul, Pico Laser juga yang di sarankan oleh beautician. Kakak terus ambil pakej untuk 3x treatment jeragat for RM600. 

No makeup, no filter. Nampak tak warna kulit tak sekata terutama area dahi dan jeragat area pipi?

Setelah buat temujanji, kakak hadir ke spa dan beautician membersihkan muka kakak sebelum menyapu cream untuk membuat muka kakak kebas. Lama juga nak tunggu kebas, dalam lebih kurang 40 minit. Sempat terlelap.

Ni masa proses kebaskan kulit muka

Seterusnya barulah proses melaser jeragat dimulakan. Walaupun muka kebas tapi terasa juga pedih-pedih sikit ye. Terutama di kawasan bertompok jeragat bila laser di fokus di bahagian itu. Selepas siap di laser, beautician akan sapukan aloe vera gel untuk cooling down bahagian yang di laser dan akhir sekali menyapu sunblock. 

Betul-betul baru lepas kena laser, muka bengkak

Selepas lunch hour muka kakak dah tak rasa pedih walaupun rasa ubat kebas makin menghilang. Kakak perlu berpantang dalam tempoh rawatan antaranya:-

1) Tidak boleh kena direct cahaya matahari within 24 hours
2) Tidak boleh menggunakan sebarang produk penjagaan muka dalam tempoh seminggu
3) Cuci muka menggunakan air bertapis sahaja
4) Hanya boleh guna sunblock sahaja
5) Tidak boleh scrub muka dalam seminggu hingga dua minggu rawatan
6) Banyakkan minum air masak
7) Kurangkan minuman caffein
8) Jangan biar kulit kering
9) Tak boleh pakai makeup kecuali bahagian yang tak kena laser. 
10) Tidak boleh buat apa-apa rawatan dalam tempoh sebulan dari hari laser


Hari buat laser, sebelah petang 

Kalau tengok muka tanpa makeup before laser nampak macam ala...tak de sangat pun jeragatnya. Tapi korang tengok kesan laser. Tu le semua jeragat kakak yang menyakitkan mata kakak sendiri yihhh. 

1st day, muka bengkak lagi
2nd day, bengkak dah reda sikit
3rd day, getting better
4th day, bengkak dah susut sepenuhnya

Di hari keempat ni seriuosly kakak dah tak tahan Tak cuci muka pakai cleanser. Dengan hari panas melengit, memang melekit muka. Tobat sangat uols. Muka kelam sangat dah ni. So kakak guna juga pencuci muka, tapi area dahi, mata, mulut dan dagu je. 

5th day
6th day, muka makin clear

Bangun pagi terperanjat kakak jeragat atas hidung hilang. Ingatkan tak berkesan untuk atas hidung tu. Hidung kakak flawless uols!!

7th day, masih ada sisa kesan laser. Putih-putih tu bedak bertompok

Korang abaikan la muka-muka serempet kakak beserta tudung kerempoi okey? Yang penting dapat tunjukkan korang progress untuk 7 hari. Dan, selepas 7 hari, ini la resultnya.

Tinggal dalam 4-5 jeragat aje dah, dengan sisa kesan laser, yang lain gone case!

By the way kakak juga di sarankan untuk ambil supplement Oxithion. Kakak dah pernah ambik tahun lepas. Tapi sebab harganya mahal kakak tak de la continue. Akan tetapi alang-alang dah buat laser, baik la kakak ambil supplement. Kali ni kakak nekad nak makan bagi kaw-kaw operasi ambush jeragat kakak. 


Selain dari supplement beautician juga anjurkan kakak guna product rawatan muka yang ada Vit C. Kakak dah ada serum Vit C brand It's Skin.  

By the way, sekarang kakak pakai foundation hanya SETENGAH pump je dah. Tak perlu tepek tebal untuk cover jeragat. Tak sabar nak tunggu next treatment. Semoga muka kakak bebas jeragat lepas ni.



Citra Malaysia

Gambar kenangan bersama Pengarah JKKN Pahang, Puan Dayang Kartini serta Encik Yang Guanfu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tokong Guan Yin Sg Lui 

Setelah setahun sendu, event yang booking kami pun masih ditangguh-tangguh atau belum ada date baru, akhirnya Kelab Raden dapat projek yang tak di sangka-sangka di bawah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Pahang.

Program Citra Malaysia 2021 bertujuan untuk mengetengahkan kumpulan-kumpulam kesenian di platform JKKN mengikut norma baru iaitu di media sosial. Kami diminta membuat persediaan 6 kategori tarian iaitu, tarian melayu, tarian cina, tarian india , tarian sewang, tarian etnik Sabah serta tarian etnik Sarawak.

Hanya 6 orang penari kami yang dapat turut serta memandangkan ada yang tinggal jauh dan ada yang dalam persediaan peperiksaan. Tak pe, janji semua yang ada boleh bagi komitmen termasuk ibu bapa. 

time rehat latihan

Kami cuma dapat buat latihan dalam tempoh dua minggu lebih kurang, setiap hari kecuali Khamis malam Jumaat sahaja rehat. Syukur peserta kali ini semuanya ada basic, cepat hafal steps dan tahu bergerak mengikut floor patern. Tugas kakak tidak berat kali ni, tak perlu polish teruk. 

costume fitting

Dua hari ditetapkan oleh pihak JKKN untuk membuat rakaman bagi kesemua tarian. Tiga tarian di rakam di sekitar bandar Raub dan tiga lagi di rakam di Dong, Raub juga. Ini adalah pengalaman pertama untuk kami semua pihak pengurusan, koreografer dan penari-penari.



Hari pertama, kami memulakan rakaman tarian cina di dataran Tokong Guanyin Sg Lui Raub, kawasan tokong yang sangat cantik dengan datarannya dihiasi payung berwarna-warni dan berlatarbelakang pintu gerbang dan tangga yang juga dicat dengan pelbagai warna. Tuah kami, kebetulan En. Yang Guanfu, Pengerusi Jawatankuasa Tokong ada di situ dan beliau telah memanggil wartawan Sin Chew Daily dan China Press bagi merekodkan suasana rakaman tarian. Beliau sangat gembira dan turut berbangga bila JKKN memilih tokong ini sebagai lokasi penggambaran. 



Rakaman seterusnya dibuat di Taman Tasik Raub bagi tarian india diikuti tarian melayu. Cuaca sangat panas dan syukur sangat semua dancer bertahan sehabis baik bagi menjayakan rakaman untuk hari pertama, walaupun mereka kepenatan yang teramat sangat.


Hari kedua pula kami ke Pulau Chekas Dong dan rakaman pertama bagi tarian Alu-alu di buat di MS Chemerkaw Resort. Walaupun cuaca panas, tetapi suasana di resort ni nyaman sangat. Tambahan pula deruan air jeram yang agak kuat mendamaikan perasaan. Semua dancer nampak lebih tenang dan ceria berbanding hari semalamnya.


Bagi tarian kedua iaitu tarian Rambai dan akhirnya pula tarian sewang, rakaman dibuat di Chalet Pak Akob yang lebih privacy. Ikut hati nak je terjun dalam air punya la best suasana. Tapi tengah duty kan? Tabah aje la hati.


Akhirnya sempurnalah juga rakaman bagi kesemua tarian. Terima kasih sayang-sayangku Humairah, Alia, Hafnis, Hanna, Amani dan Ain yang terlibat dengan rakaman ini. Semuanya fokus, berdisiplin dan bersungguh-sungguh dari hari pertama latihan hingga tamat rakaman. Tak de sorang pun buat perangai. Sayang korang sangat! Duty kali ni, letih tapi tak stress.

Sin Chew Daily 14/03/2021
China Press 15/03/2021

Hari Isnin masing-masing kalut nak cari paper. Wahahahah. Kakak terus pergi borong on behalf of semua orang. Tak sabar tunggu tarikh siaran rakaman dari JKKN. Dikesempatan ini kakak dan semua warga Kelab Raden ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada JKKN Negeri Pahang yang telah memberi peluang ini kepada kami. Pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan.


7 Days, 7 Favourites