Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Penang Pening [part 4: jjcm]


Mencari wall art di sekitar wall art street bukan calang-calang kerja ye. Panas, berpeluh, berlengas segala bagai. Nak ambil basikal malas la pula. Sampai jem jalan basikal parking sana-sini. Dah la basikal macam-macam jenis.

Tapi, bahagian yang paling menarik sambil melilau mencari wall art tu terjumpa la pula kedai 70's Ice ni. Ais kepal versi moden. Memang elok sangat buat basahkan tekak. 

pengunjung tak berhenti order sampai habis stok air sarsi

Alamat kedai ais kepal ini ialah:

No 78
Gat Lebuh Armanian
Georgetown
10300 Penang

RM3.00 setiap satu

Mula-mula saya minta perisa sarsi, malangnya kerana terlalu banyak permintaan, perisa sarsi habis la pula. Saya pilih perisa ribena aje la. Since ini ais kepal moden, ais telah dicucukkan pada lidi sate supaya mudah kita nak menyedut ais. Bekas plastik juga diberi agar ais tidak menitis merata-rata. Dalam ais kepal ini juga diletakkan dengan asam boi. Sedap tau, manis, sejuk, masam. Tapi memang kena sedut cepatla, ais mencair laju di hari panas lit-lit.  

lega sangat dapat basahkan tekak

Balik dari mencari wall art mula-mula ingat nak balik hotel dulu baru keluar dinner tapi bila di fikirkan semula, takut balik terus terbaring tido aje gayanya. Ella teringin nak ke Gurney Drive, saya tak de la teringin sangat. Pada saya tidak la menarik seperti yang digembar-gemburkan. Mungkin kerana saya bukan peminat pasembor?

Fair enough perjalanan menghala ke Gurney Drive jem tahap siput pun merayap lagi laju. macet mengalahkan Jakarta perasaannya (over tapi benar). So, tukar plan B, pilih Restoren Kapitan. Teringat pula menu Nasi Milani yang saya pernah saya rasa sewaktu ke Penang dulu.

Since Gurney Drive memang jem tak de la ke Restoren Kapitan di situ. Kami ke Restoren Kapitan yang sebenarnya dekat aje dengan tempat kami merayau mencari wall art. Alhamdulillah senang dapat parking. Alamat restoren ialah: 

No 93 Lebuh Chulia
Georgetown
10200 Penang 


Sikit punya penuh manusia

Harapan sikit punya menggembar-gembur nak makan nasi milani hancur berkecai bila dimaklumkan nasi milani dah habis. Huuuuu sedih. Sudahnya order saja cheese naan dengan ayam tandori. Kalau perut dah lapar memang sedap la kan. Tapi memang tiga-tiga sosnya sedap ya. walaupun makan dalam keadaan lapar, tunas rasa masih berfungsi dengan baik menilai sedap dengan tidak eheh.

nyumsss

Sekali lagi saya kecewa bila order air susu badam pun habis juga. Sabar aje la. Tapi kalau dah rezeki memang tidak ke mana, masa buat bayaran kelihatan pekerja restoren sedang memasak susu badam. Gigih tunggu sampai siap, bukan lama mana pun. Bungkus satu untuk saya. Ella tak minum susu.

susu badam di masak dalam kuali besar

Untuk pengetahuan, susu badam ini hanya disediakan pada waktu malam sahaja. Kalau datang siang memang comfirm la tak de. Harganya dalam RM2.50 kalau tak silap. Susu badam ini mungkin turut dibancuh dengan safron bila dilihat warnanya yang kuning tu. Rasanya? Untuk tekak saya, saya rasa sedap ye heheh selain susu turut diletakkan kismis, badam, gajus. Bahan lain? Tak perasan pula, or tak dapat dikenal pasti je. 



Penang Pening [part 3]


Lepas makan di Nasi Kandar Line Clear, kami bercadang ingin melawat ke Masjid Kapitan Keling. Bila tengok peta congak, tolak, tambah, rasanya lebih baik jalan kaki saja ke Masjid Kapitan. Masjid Kapitan Keling ini terletak di antara jalan Masjid Kapitan Keling (dulunya dikenali sebagai Pitt Road) dan Lebuh Buchingham. Berhampiran dengan Nasi Kandar Beratur.

Masjid ini telah di bina Syarikat India Timur pada tahun 1801 dan dinamakan bersempena nama Kapten Pedagang India Muslim iaitu Cauder Mydin Merican. Kapitan bermaksud kapten. Masjid ini merupakan masjid tertua di Georgetown. Saiz kawasan masjid ini telah dikecilkan berbanding dengan saiz asal ketika mula-mula pembinaanya dahulu.

Masjid Kapitan
sejarah masjid dilekatkan pada batu di bahagian luar masjid

Dari masjid yang bersejarah ini terus saja ke aktiviti yang berikutnya iaitu hunting for wall art. Wall art ni tidak la diletakkan sekelompok. Merata-rata dan bermacam-macam. Malah, selain dari wall art dalam bentuk lukisan berwarna, ada juga dibuat dari besi.

jangan cakap akak tak payung!

Kalau rasa tak larat nak jalan kaki mencari wall art, boleh juga menyewa basikal dari kedai-kedai basikal yang ada. Yang menariknya basikal pun ada bermacam-macam bentuk. Ada yang biasa untuk sorang naik, ada yang berdua kayuh, ada untuk bertiga, malah untuk empat orang pun ada! Sesuai untuk keluarga. Antara kedai yang menawarkan khidmat sewa basikal ini ialah:-

Chin Seng Leong Bike Shop
84, Armenian Street
10200 Georgetown, Penang

Bukan setakat menyewa basikal, kedai ini juga menyediakan pamplet yang menunjukkan kedudukan wall art untuk kita cari.

magic wall art ni kat sebelah kedai basikal tu.

So, jom tengok wall art mana yang berjaya saya jumpa (Tough betis uols, wall art punya pasal. Pheww)

Lebuh Armenian
Lebuh Armenian

Yang ni pula bertema kucing. Dah la tu, saya pun kebetulan pakai handbag kucing. Meooww.. 

Lebuh Armenian
Lebuh Armenian

Ni pulak bukan saja ada kucing, anjing pun ada. Part paling tak tahan tank tu warna pink. My favourite color!

Lebuh Victoria

Dalam gambar nampak la macam kita aje la yang datang bergambar kat situ, padahal ada 15 orang tengah tunggu turn ready nak terjah.


So, makesure sentiasa dalam keadaan bersedia nak lari ambik posisi posing dan partner kita pun kena ready nak ambik gambar

Canon Road

Macam orang lain juga la, wall art yang di cari mestilah yang famous, yang dah ramai orang bergambar di situ. Tapi, sambil mencari tu la terjumpa dengan macam-macam gambar yang lain.


Canon Road
Step by step Lane

Jika diperhatikan, kedai-kedai di sini pun dihias kreatif sekali.


Lebuh Armenian
unik kan basikal jadi burung hantu?
kedai poskad

Bila tengok gambar sumer nampak menarik dan cantik belaka. Tak tau masa mencari tu bukan main panas, penat, berpeluh bagai. Siap beli ais kepal lagi.


Haaa ni pula wire art yang ditemui sepanjang perjalanan

Campbell Street
Chulia Street
Acheen Street
Chulia Street
Victoria Street
Canon Street
Chulia Street

Pencarian wall art untuk hari ni berakhir di Weld Quay. Macam nak pengsan rasa penat gila. Siapa suruh cari penyakit kan?

petang di Weld Quay



Penang Pening [part 2: jjcm]


Ke mana hala tuju kita selepas check in hotel? Haruslah cari makan. Mengikut plan asal, makan tengahari yang di rancang ialah di Nasi Kandar Line Clear. Restoren ni terletak di Jalan Penang, Georgetown. Haaa seronokkan dapat hotel kat Georgetown. Tak jauh nak cari nasi kandar. Nasi kandar sebenarnya bukanlah kegemaran saya, tapi alang-alang dah datang ke Penang, cari nasi kandarlah kita.

Terima kasihlah kepada pencipta google maps, waze dan sebagainya, kalau tak jenuh juga la ye nak mencari tempat yang nak di tuju. Bila dah masuk aje ke Penang Road mata mula la terbuntang besar memandang kiri kanan jalan mencari restoren Nasi Kandar Line Clear ni. Tiba-tiba nampak ada ramai orang beratur dekat satu lorong, mesti la ini restorennya. Terus aje masuk parking private, tak pe la bayar mahal sikit. Bukan selalu datang pun. Kawasan parkingnya pun seberang restoren je. 

Dah parking, kami join beratur dengan orang lain. Nampak tagline pada signboard "Hanya di lorong ini, tiada di cawangan lain" (masa ni belum buka di Kuala Lumpur). Restoren ini beroperasi 24 jam tapi macam biasa waktu tengahari memang penuh lah orang kan.  


sampai ke luar lorong orang beratur

Eh tetiba nampak Johan Raja Lawak, isteri dan anak-anak dia baru nak keluar. Haish artis popular pun makan kat sini. Jangan main-main. Di dinding restoren juga dipaparkan gambar-gambar artis yang pernah singgah makan di sini. Sementara beratur mata ni sempat juga la memerhati keadaan restoren ni. Pada pandangan saya dari segi kebersihan memang out la. Tikus main kejar-kejar gitu. Golongan mak-mak tak tergamak rasanya nak masuk.


tu dia, jauh lagi nak sampai ke tempat ambik order
kepala ikan. ada berani ambik?

Sampai turn saya untuk order, saya cuma minta nasi separuh, ayam goreng, sotong dengan bendi celur. Air saya ambil teh o ais limau yang telah siap di isi dalam cawan-cawan atas dulang. Antara air lain yang telah siap disediakan ialah sirap limau, teh o ais juga teh ais. Mungkin air-air ini yang banyak permintaan.


alamak terliur plak tengok gambar ni. nyummsss

Dah dapat pinggan penuh lauk nak kena cari tempat duduk pula. Orang punya la ramai, jadi pandai-pandai la nak cari tempat duduk sendiri. Masing-masing pun faham orang menunggu seat, habis makan cepat aje semua bangun.


lega finally dapat seat

Total damage? RM20 sepinggan huuuuuuuuu...kuahnya memang sedap tapi ada juga kenalan dari Penang yang kata ada tempat lain yang lagi sedap. Tak kisah la kan? Janji hajat nak makan kat sini dah lepas. Next time datang Penang kita cuba yang lain pula. 

Penang Pening [part 1]


nice view!

Tengok gambar intro rasanya tau kan kali ni saya merambu ke mana? Yes! Penang. Lama tak ke Penang. Setiap kali pergi tak semua tempat dapat pergi, makanan dapat makan dan aktiviti dapat buat. So, tengok la kali ke mana saja la yang saya dapat jejak.

Bertolak awal pagi bagi mengelakkan jem, Alhamdulillah hanya terlewat sedikit dari yang dijangkakan, sedang elok boleh check in bilik hotel yang telah di book awal iaitu Cititel Express Penang

Hotel ini merupakan sebuah hotel baru yang menawarkan harga yang munasabah. Kedudukan hotel ini sangat strategik terletak di tengah-tengah bandar Georgetown di hadapan 1st Avenue Mall. Alamat hotel ini ialah:


 140, Lebuh Nordin
10300 Georgetown
Penang


reception [google]

Ruang menunggu selesa, bahagian reception juga memberikan layanan baik. Malah memberi tips dan panduan untuk berjalan-jalan. Oleh kerana kami datang pada hari bekerja di Penang, kami mendapatkan tiket parking dari kedai runcit yang terletak di hadapan hotel untuk aktiviti di bandar nanti. Hotel sendiri ada menyediakan parking yang selesa untuk penghuninya. 

Bilik yang kami pilih ialah standard twin yang pada masa itu kalau tak silap dapat dalam RM230 bagi setiap malam. Harga telah termasuk sarapan pagi. Jika tidak ambil sarapan pagi harga akan lebih murah.



ni le biliknya [google]
Bilik memang sempit tapi bersih. Maklumlah hotel baru. Kalau nak solat memang kena adjust solat depan almari ye. Bantal extra juga disediakan. Seterika tidak disediakan dalam bilik. Tapi, bagi kaki iron macam saya ni jangan la risau okey, di setiap floor,  di satu sudut foyer ada disediakan seterika lengkap dengan iron board dan tempat gantung baju untuk kegunaan umum. Yang penting selepas kita guna, jangan lupa kemaskan dan lipat board rapat ke dinding seperti asal. Gambar lupa nak snap. 

no filter. pemandangan dari bilik

Sejadah juga disediakan untuk tetamu beragama islam. Kalau lupa bawa sejadah tu kira bukan masalah besar. Kalau lupa bawa telekung? Haaa tu pandai-pandai la guna kreativiti sendiri macam mana nak tutup aurat untuk solat. Guna tuala ke, guna selimut ke hehehe

sejadah dan penunjuk kiblat disediakan untuk pengunjung muslim

Tapi pilihan sarapan di hotel ni terlalu sedikit dan juga ringkas. Masakan juga kurang enak. Kalau tak book berserta sarapan pun tak pe rasanya. Penang kan syurga makanan. Sarapan di luar lagi sedap.


Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur



Walaupun kita ni menetap di desa hikhik, tapi sekali sekala layan jugalah nak pusing-pusing KL ni. Selalunya kita tengok pelancong dari negara luar yang suka sangat posing dan bergambar dengan mercu tanda Kuala Lumpur iaitu Menara KL dan juga KLCC. Kali ni kita pula nak merasa jadi macam pelancong ni. Menikmati pemandangan Menara KL dan KLCC di waktu malam.

So, kemanakah hala tuju kita? Yess! Haruslah kita ke Helipad Lounge. Apatu? Ia adalah sejenis bar ye. Yang mana bar ini turut menggunakan rooftop tempat helicopter mendarat sebagai sebahagian tarikan bar. Pengunjung-pengunjung boleh juga minum di sini.  

KL's best keep secret!

Bar ini terletak di Menara KH, 34th Floor, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Ala, kalau korang dari Ampang ambik jalan ke Bukit Bintang mesti lalu Pavilion, Sephora bagai. Jangan la drive laju sangat nanti terlajak susur kiri Menara KH tu. Bangunan ni betul-betul tepi jalan.

Sampai di Menara KH sibuk mencari parking kat dalam bangunan. Tapi sebab tengah renovation makanya parking yang teramat terhad. Sudahnya parking kat depan bangunan aje la. RM20 okey!

Dah sudah parking dengan mewahnya barulah masuk bangunan dan naik lif ke tingkat 34. nak masuk tu ada security check dulu la ye. So, kat sini kita boleh order air. Pilihan halal yang ada for sure jenis jus. Saya pilih jus manga. Harga segelas? RM25 untuk jus mangga letak buah ceri sebiji! Dah dapat air barulah kita dapat naik ke rooftop. 

deco dalam bar
kapal terbang pun ada

Kalau pakai heel tu kena hati-hati tau, sebab kena naik tangga dalam 2 tingkat macam tu sebelum sampai ke rooftop. Tangga yang betul-betul naik ke rooftop tu dah open air. Haaa bila angin bertiup gayat aje rasa. Bar ni buka dari pukul 6 petang tau so kalau nak datang time tengahari memang tak de la ye. Helicopter nak landing okey. 

KL Tower di waktu senja
feeling jadi model jap 

Tu dia, cantikkan pemandangan Menara Kl lewat petang? Langit pun nampak cantik. KLCC dari Helipad ni agak terlindung dek bangunan apa pun tak tau. Tapi still nampak cantik pada waktu malam bila bangunan KLCC tu dah nyalakan lampu.

KLCC di waktu malam
sikit lagi boleh jadi werewolf hihihi
Kat atas ni ramai omputeh ye. Rasa cam kat oversea pula. Bezanya cuaca panas je. Tapi yang paling odd mat saleh jugala yang offer diri nak tolong snapkan gambar. Eh, siapa yang pelancong sebenarnya ni? Siap sorang tolong bagi light sorang tolong snap. Sabar ajela. Huhuhu

nak interframe jugak

Ni pula pemandangan nampak dua-dua Menara Kl dan juga KLCC. Guna Yi-cam. Siap dapat gambar kilat memancar gitu.Tengah sibuk-sibuk ambik gambar sana sini tiba-tiba dengan bunyi bunga api. Haish bergegas pulak nak aim bunga api. Cantikkan?

lucky me, dapat snap gambar fireworks

Well, jangan ingat saya sorang aje duk kat atas helipad tu feeling-feeling diva tau. Penuh umat manusia ya ampun. Kat atas ni yang ramai memang pelancong dari luar ye. Macam mana kita enjoy nak tengok pemandangan di negara mereka macam tu la mereka ni enjoy tengok pemandangan di negara kita.

behind the scene. penuh umat manusia uols

7 Days, 7 Favourites