Since dah ada di Ljubljana, kami plan buat day trip ke Bled. Apa yang kami nak sangat pergi ke Bled ni of course la sebab viewnya yang macam dalam fairytales! Mini castle di pulau tengah-tengah tasik. Tak ke bunyi fantasi je tu? Kalau ikut research yang kami buat, tak perlu beli tiket awal. Boleh beli pagi nak gerak je. Okeylah kan?
Stesyen keretapi dan bas di Ljubljana ni letaknya sebelah menyebelah je. Senang la nak carikan? Kami cari bas yang akan ke Bled jumpa di laluan no 7. Dengan tiket berharga €6.80 sehala. Beli dari driver je. Bas yang kami naik ni bukan direct ke Bled tapi akan berhenti di satu tempat bernama Ratece.
Enjoy sangat perjalanan dari Ljubljana ke Ratece. Pemandangan cantik. Maklumlah Slovania ni sebahagian dari negara Balkan yang dah memang well known dengan nature yang awesome. Tuah kami, cuaca sangat-sangat cantik sedangkan hari sebelumnya hujan dari tengahari.
Di Ratece kami di arahkan turun oleh driver. Terpinga-pinga la kami ni ha. Rupanya kena tukar bas. Kena naik bas depan iaitu bas dari Ratece ke Bled pula. Habis je semua yang dari Ljubljana naik, bas terus gerak.
Turun di stesyen bas Bled kami terus mencari ejen untuk sewa basikal. Yup, nak naik basikal keliling tasik Bled ni. Jimat sikit masa dan tak la penat sangat memusing tasik. Sewa basikal €10.
berlatar belakangkan Bled Castle di atas bukit dan juga Bled Island |
Setiap kali jumpa tempat yang rasa cantik nak ambil gambar, kami pun berhenti. Masalahnya memang cantik area tasik ni, dengan cuaca yang elok panas di musim luruh ni, langit biru, awan seketul-seketul je memang ambil gambar tak payah edit.
map tasik Bled |
Tak tau la berapa banyak kali kami berhenti sepanjang mengeliling tasik. Lagi makin dekat dengan pulau lagi banyak kali kami berhenti. Kagum sangat dengan dengan view kat sini. Memang macam fairytales.
Cantik ke tak cantik uols pemandangan kat sini? Kalau memang cantik mesti masukkan Bled dalam itinerary korang tau. If saya ada masa lebih for sure saya akan hiking melalui signpost no 6 untuk dapatkan pemandangan yang lagi superb!
NOTA
Bawak air lebih, penat jugak kayuh basikal. Kering tekak.
Habis memusing tasik hari pun dah nak tengahari. Kami nak ke Vintgar Gorge pula. Tengok dalam blog-blog luar negara mereka naik basikal je ke sini. Saya dengan Ella bukanlah tegar sangat, kami ambil keputusan ambil tour van. Satu kepala €10, kongsi van dengan 2 orang pelancong lain.
Dalam perjalanan ke Vintgar Gorge saya dengan Ella memang bersyukur dan lega tak buat kerja extreme nak ke sini. Boleh tahan jauh wey kalau naik basikal! Belum lagi naik bukit turun bukit! Tapi view menghala ke sini memang cantik sungguh. Lalu pula celah kampung. Haish memang awesome.
Vintgar Gorge ni ialah gaung, sungai, jeram dan ada air terjun yang juga National Park di negara ini. Jangan lupa dapatkan tiket masuk berharga €4 di kaunter tiket.
Depan kaunter tiket ni disediakan tempat duduk untuk mereka yang menunggu bas atau van. Di bangunan kaunter tiket juga ada mini cafe. Bolehlah untuk minum dan makan. Ada juga tandas di bahagian bawah bangunan kaunter tiket ni.
Apa yang istimewa sangat tentang Vintgar Gorge ni ialah airnya yang berwarna kehijauan. Hijau zamrud tau. Cantik sangat! Semua la cantik kat Bled ni kan. Tak percaya jom saya belanja gambar.
Untuk kaki hiking dan nature lover, trail di Vintgar Gorge ni kategori light sangat. Laluannya dah dibuat kemas memandangkan ada laluan yang kena melalui atas sungai, ada pula menyusur di celah-celah batu. Jadi trailnya atas papan, siap pemegang lagi. Ramai juga yang datang ke sini bawa anak kecil.
Di hujung trail adalah air terjun. Tapi tak besar mana berbanding tempat lain. Since kami banyak berhenti dan masa yang diperuntukkan hanya 2 jam tak sempat kami jalan sampai ke air terjun. The best part bila kami tanya pelancong yang kongsi van dengan kami, mereka bagitau yang mereka sampai ke air terjun tapi tak mengujakan sebab air terjunnya kecik. Tak pe je kalau kami tak sampai ke situ pun. Sabar aje la.
NOTA
Bawa air dan roti/biskut untuk alas perut
Kami balik semula ke pekan Bled mencari cafe untuk alas perut. Aim kami adalah kremna rezina, kek traditional Slovania yang originalnya adalah dari Bled.
map pekan Bled |
Mana nak cari kremna rezina ni? Kami pilih untuk makan di Slascicarna Zima. Antara kedai pastry yang tertua di sini. Pekan Bled bukan besar pun, kedai ni dekat sangat dengan tempat kami sewa basikal.
Beroperasi setiap hari dari 7.30 pagi hingga 9 malam sebenarnya cafe ni juga menawarkan banyak jenis kek, manisan, dan minuman.
suasana dalam cafe |
pelbagai jenis pastri tapi... |
ini yang kita cari! |
Dah buat pesanan kami pilih untuk duduk di ruang luar. Silap besar uols. Angin bertiup bukan main lagi. Shawl melibas-libas muka pffffttt belum campur pastri dan gula icing bertaburan dan berterbangan.
Kremna rezina ni ialah cream cake. Layer paling bawah ialah custard, layer tengah krim dan atas sekali pastri yang sangat la rapuh. Perisa vanila, dan rasanya memang sedap uols! Gebu bergabung dengan rapuh meletop! Manis ke tak? Sedang-sedang aje. Harganya pun hanya €2.90.
Personally, Bled adalah salah satu tempat yang sangat mempesonakan dengan tasiknya, dengan pulau pula di tengah tasik, dengan berlatar belakangkan banjaran Alps dan tak lupa juga Vintgar Gorge.
Siap makan kami terus check jadual bas untuk balik ke Ljubljana. Mujur time balik dapat bas direct. Sampai di Ljubljana hari pun dah petang, kami balik ke rumah bersiap untuk ke Vienna pula.
Tak de tempat tunggu bas yang proper di stesyen bas utama Ljubljana, unless masuk dalam bangunan stesyen keretapi. Kalau ikut tiket kami kena tunggu bas di stop no 29. Puas mencari tanda macam bas untuk ke Bled. TAK DE! Rupanya nombor tu di cetak sebesar-besarnya atas jalan utama okey. Sabar aje la. Dah berenti dekat petak bersaiz bas barula nampak papan tanda no 29 kat tepi. Pengalaman sungguh.
No comments:
Post a Comment