Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Jalan-jalan cari makan di Eropah



Semasa bercuti di eropah tahun lepas, saya memang kurang update di FB tapi travel partner saya memang aktif. Satu perkara yang saya perhatikan setiap kali dia upload gambar atau video tentang makan mesti ada soalan, HALAL KE? Ya ampun. Amboi...teruk sangat ke kami ni nak sangat makan makanan tak halal dekat luar negara? Kat Malaysia pun kalau nak buat boleh je tak payah ke oversea. 

Lagi satu, tak kan lah kami ni "bijak" sangat sampai nak makan makanan tak halal lepas tu upload di laman sosial. Mengundang kecaman namanya tu. Selain buat research, kami juga akan cuba makanan yang di syorkan oleh kenalan muslim juga. Bukan semborono ye.

Kalau nak tahu ini adalah guideline makan untuk trip kami ke Eropah:-


1) Halal

" Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. "
Al-Baqarah : 168 

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. 
(Riwayat Imam ad-Dailami) 

Sebenarnya banyak restoren-restoren halal yang dibuka di benua Eropah. Pilih sahaja samada Turkish, Iran, Pakistan dan pelbagai lagi. Malah ada juga restoren citarasa Malaysia/Indonesia yang halal. 

Walaupun restoren-restoren ini mempunyai lambang halal, tidaklah semua makanan yang dihidangkan halal. Kena tanya juga ye. Contohnya di Ljubljana, antara yang menarik perhatian saya adalah Horse Burger. Horse burger bentuk seperti burger biasa. tetapi menggunakan daging kuda. 

Saya pun tanyalah adakah daging kuda tersebut halal, jawab pengurus di situ "horse (tangannya menunjuk isyarat sembelih dileher) but no Bismillah no Allahuakbar" hahahhaha dia suruh makan daging lembu je sebab memang sah halal katanya.






2) Kosher

Bagi mereka yang hidup tidak sah tanpa memakan daging dan ayam serta jauh dari restoren/mini market/pasar yang halal, ayam dan daging berstatus Kosher adalah pilihan anda.


“pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik, makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al-Kitab itu halal bagimu dan makanan kamu halal pula bagi mereka.”
Al-Maidah : 5




Contoh logo-logo Kosher (Google)

Menurut cerita travel buddy yang kami temui di Budapest-Prague, Ryan, beliau kerapkali makan di Restoren KFC yang berstatus Kosher. Saya dan Ella pula tidak jumpa Restoren KFC kosher atau ada logo Kosher (atau kami tak perasan je itu adalah logo Kosher) jadi kami tidak merasalah makan KFC.  


3) Makanan Laut

Restoren yang menghidangkan makanan laut menjadi pilihan kami ketika di Vienna. Nordsee adalah rangkaian restoren segera makanan laut yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdapat banyak rangkaian restoren ini di Eropah. Restoren ini tidak berstatus halal ye.



Restoren Nordsee di Vienna berhampiran hotel kami


4) Vegetarian/Vegan

Kepada mereka yang tidak menggemari sayur mungkin terpaksa mempertimbangkan pilihan ini. Mujurlah saya boleh bertahan dengan makanan berasaskan sayuran. Sebagai contoh falafel, bebola campuran sayuran dan kekacang yang samada dimakan seperti burger ataupun dipenyekkan dan digulung dalam roti pita. Kesian travel partnerku yang merintih minta daging setiap kali nampak steak house. Nak buat macam mana, tak halal nokkk. Sudahnya sampai KLIA, Burger King tempat no 1 kami singgah.


falafel yang di makan seperti burger


5) Pilihan kami

Actually most of the time kami beli roti atau sandwich je. Senang. Pilih roti kosong, tak pun yang letak keju tak pun jem buah-buahan. Habis cerita. Kadang-kadang beli pizza. Of course la vegie ye. Part best di eropah ni kebanyakan makanannya dilabel dengan jelas jenis makanan tu. 

pretzel di Munich

burek (macam roti canai letak cheese) di Ljubljana
mushroom pizza di Bratislava

Di Amsterdam pula, sandwichnya siap ada gambar telur/keju/ikan dan lain-lain since mereka tak guna bahasa inggeris. 



Mujur menu wajib cuba di Holland adalah menu berasas ikan iaitu Haring, ikan mentah yang dimakan dengan bawang Holland dan juga Kibling, ikan yang dimasak secara deep fry dicicah dengan mayonis. Masa tanya pekedai dia siap cakap guna bahasa melayu okey, "kibling...ikan bakar". Deep fry sebenarnya hehehe gerai yang kami singgah makan hanya menjual makanan berasas ikan sahaja samada mentah, bakar atau goreng. Syukur memang kena dengan citarasa. 


haring di Den Hague

kibling di Den Hague

Kalau makan di restoren tapi tengok resepi menu ikannya meragukan kami akan pilih menu vegie. Pengalaman makan di Hard Rock Cafe Prague, bila waiter tanya kami dari mana, bagitau Malaysia terus dia cakap, "aahh...vegetarian" dan bagitau mereka ada set menu vegetarian yang baru!


ratatouille pizza di Hard Rock Cafe Prague

vegie pasta di New York Cafe, Budapest

Kami juga banyak kali mencuba kopi di cafe-cafe. Dengan €5 di sesetengah cafe boleh dapat satu set kopi dengan sepotong kek. Okey sangat buat alas perut. 

wiener melange (kopi vienna) di Vienna

mocha di Budapest

Selain kek kami juga pilih dessert lain macam crepe, maklumlah set dessert saiz european, kenyang uols. Tak percaya? Nanti korang cubalah sendiri.

crepe with warm cherry, vanilla ice cream & whipped cream di Amsterdam

kremna rezina di Bled

Selain dari tu, kami juga aim kedai-kedai yang jual fries. Bukan Mc Donald, KFC tu semua tau. Yang ni kira kedai bahan organik. Memang jual kentang goreng je. Musim sejuk makan kentang goreng panas, aish...sekelip mata je habis.  


kentang goreng dengan mayo di Haarlem

Walaupun kami ke eropah musim luruh, tetap gigih makan gelato tau. Yang best makan masa musim sejuk ni gelato lambat cair! Puas posing dengan gelato baru makan. Seronok! 


gelato rossa di Budapest. merah raspberry, kuning mango, hijau pistaschio
trdelnik di Prague

Diharapkan entri tentang makan ni membantu kawan-kawan yang bakal melancong ke eropah, dan memberi penjelasan pada rakan-rakan yang selalu tanya makanan kami halal ke tak.

NOTA

1) Kebanyakan ais krim tidak mengandungi bahan terlarang kecuali dengan jelas dinyatakan seperti ais krim berperisa rum.

2) Begitu juga dengan pastri atau roti. Jika intinya adalah bahan yang dicampur rum, label pastri/roti tersebut ada sebut perkataan rum

3) Tidak semua kedai yang menjual kebab itu halal.

4) Air kosong (tap water) boleh diambil terus dari paip (kecuali tandas atau dinyatakan pada board) kerana air paip mereka memang terawat bersih.

5) Sparkling water adalah air kosong yang mengandungi gas.

6) Ringankan mulut bertanya kepada pekerja restoren tentang bahan yang dimasukkan dalam makanan.

7) Sila buat carian/research tentang makanan (status halal/vegetarian/resepi) ditempat yang kita bakal pergi terutamanya tempat yang muslim adalah minoriti. 


2 comments:

  1. ingin juga pada mulanya saya nak bersuara ..nak tanye status halalnya makanan yg u tunjukkan tu..tp dgn penjelasan ini ..tak yah tanya le...do doubt about it..thanks sis

    ReplyDelete
  2. Sama².harap entry ni membantu

    ReplyDelete

7 Days, 7 Favourites