Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

North Borneo Railways


Kalau datang ke Sabah dan ada buat budget lebih serta inginkan sesuatu yang relax, lagi pula bawa parent boleh cuba ambil trip dengan North Borneo Railways (NBR). Merasai sendiri menaiki keretapi wap/stim yang original tau. 

Throwback tahun 2015, tiket masa ni RM300 untuk seorang dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak. Sekarang mungkin dah berbeza dengan GST segala bagai. Sebab train hanya beroperasi dua kali seminggu iaitu hari Rabu dan Sabtu. Nak secure tiket, booking siap-siap. NBR ni pengurusannya di buat oleh Sutera Harbour, so makanan yang di hidangkan dalam trip ini dari Sutera Harbour juga.

Dalam pukul 9 pagi mesti ada dah di stesyen Tanjung Aru , Kota Kinabalu ye. Tak jauh dari lapangan terbang je. Kalau lambat tinggallah korang. Lets! 

papehal gi kaunter tiket dulu
teruja tengok petugas kaunter berpakaian ala era British. suka tak?
selain dapat tiket, kita juga dibekalkan dengan passport

dah ada tiket & passport, boleh la ke kaunter ni untuk semakan tiket
passport juga akan di cop
tadaaa
ruang boarding yang sangat kemas dan bersih
kami dapat gerabak kinarut
gerabak kami. setiap orang dapat satu seat
family on board
deco atas meja memang macam hotel dah
ini adalah menu yang bakal di hidang kepada kami dalam perjalanan ni
teh o ais limau di hidangkan kepada kami sebagai refreshing
tak lama lepas tu ada petugas datang bawa sarapan guna dulang wahhhh tengok ler muka pelancong tu
tu dia...pais ubi kayu paling sedap, siap rembat abah punya
kopi juga akan di hidangkan panas dari termos. memang klasik habis
walaupun sibuk makan, make sure passport sentiasa ada dalam pegangan kita. kenapa?
bila kita melalui setiap stesyen, passport kita akan di cop
di cop lagi
melalui Putatan
dari Station Putatan ke Kinarut kita boleh menyaksikan pemandangan indah laut china selatan
Station Kinarut
cop Kinarut 

Tiba di Sation Kinarut, keretapi berhenti sekejap dalam 20 minit lebih kurang. Penumpang yang ingin menikmati pekan Kinarut dipersilakan. Tapi, saya pilih untuk tengok sendiri proses memasukkan kayu ke dalam relau oleh abang-abang sado untuk keretapi ni berfungsi.
tengok lengan, tak payah pergi gym ko
macam Thomas tak?
sempat jenguk bahagian dapur, petugas sibuk menyediakan tiffin
perjalanan di teruskan melalui Station Kawang
kami diberikan tuala sejuk untuk lap muka yang dah mula berhabuk hahaha
dari station Kawang menuju Papar kita akan lalui satu terowong yang dipanggil Terowong Pengalat
dalam terowong gelap gelita. lampu akan di pasang dalam keretapi
kami seterusnya melalui Sungai Papar. cantik kan?
akhirnya sampai juga di station Papar
Papar

Di station Papar sekali lagi keretapi berhenti, lebih kurang sengah jam. Bolehlah kalau nak ke Pekan Papar yang popular dengan tamunya. Saya dan adik-adik pilih untuk stay je di station Papar untuk menyaksikan sendiri proses memusing kepala ketapi untuk balik semula ke Tanjung Aru. Dengan tambahan sedikit bayaran, pengunjung boleh masuk dalam kepala ketapi untuk rasa sendiri prosesnya. 


pemandangan paling best nak tengok kepala keretapi dipusingkan dari jambatan tu le
kepala keteapi sedang dipusingkan atas turn table
dalam kepala keretapi. panas giler woi. cam sauna dah rasa

Lepas setengah jam, kepala keretapi pun dah siap di pasang semula. Petugas mengarahkan semua penumpang masuk semula dan sedia untuk perjalanan balik ke Tanjung Aru.

Meja siap
tiffin dan hinava di hantar kepada kami

Sedapkan menu-menu kami? Memang kompem kenyanglah. Tak lama selepas itu kami diberikan pula dengan ais krim potong. Cuaca dah la panas dapat ais krim potong memang superb!


Akhirnya keretapi selamat sampai ke Tanjung Aru lebih kurang 1.30 tengahari. Memang puas hati sangat dengan trip ni. Layanan petugas, makan, feeling-feeling cam jaman dolu-dolu semua ada. 

lets posing


NOTA

1) Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam
2) Perjalanan pergi diiringi lagu-lagu dari era Elvis Presley dan balik dengan lagu-lagu P.Ramlee

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites