Berapa tinggi pucuk pisangTinggi lagi asap apiBetapa tinggi Gunung LedangTinggi lagi harapan hati
Haa..begitula tinggi dan besarnya harapan kami nak jejak kaki ke puncak Gunung Ledang, lepas tu boleh la jalan-jalan cari makan pulak.
Gerak konvoi dari Temerloh. Itu pun tunggu masing-masing habis kerja. Saya, Didie,Mijah dan Ain satu kereta. Memey, Paan, Min, Paih dan Hamid satu kereta. Kj, Syue dan Iwan satu kereta, Tiqah, Nazreen, Daus dan Nizam satu kereta. Anep dengan Huda gerak dari Muadzam . Malam la jugak semua sampai ke Tangkak. KA, Haji Abu gerak lewat dari KL tunggu Acu tiba dari Sabah.
Kami berlima stay homestay di Taman Gunung Emas. RM150 je semalam. Memang best, rumah luas la sangat. Bersih dan peralatan lengkap. Tuala, telekung semua ada. Cermin punya la banyak tak payah berebut. Bilik ada 3, boleh masuk 3-2-2. Kalau bawak toto tu bentang je kat living room. Memang luas. Yang kureng line internet area situ. Siapa nak menginap di rumah ni boleh hubungi +60 11-1632 4349. Memang rumah tu pun on the way hala ke gunung pun.
Lepas sarapan terus gerak ke kaki gunung. Berkumpul depan pintu gerbang dulu. Tunggu semua sampai.
housemate rumah Tangkak |
Kalau nak ikut berposing sampai petang belum tentu dapat naik. Jom la kita ke pejabat taman hutan dulu.
NOTA
Ada limit pendaki yang dibenarkan naik dalam satu hari
Lepas dah parking kereta, pegawai yang bertugas akan edar borang kepada kita. Declaration form barang-barang yang kita bawa naik, khasnya barang-barang yang berpotensi jadi sampah. Bawak turun barang kurang dari yang kita declare, RM5/item kena denda okey?
Pegawai kat situ akan bagi penerangan pula tentang trail yang akan kita lalui. Dari satu check point ke satu check point dan estimate masa bagi setiap check point dan assign guide kepada kami.
NOTA
Tolong dengar betul-betul taklimat masa ni. Sangat penting kerana tak semestinya kita akan lalui laluan yang digunakan orang yang 10 minit awal dari kita.
guide kami |
Sementara masing-masing tengah comey, cun dan ensem, kita bergambar berjemaah. Semua 17 orang kami naik. Huda dengan Min tawaf Tangkak. Syue jaga si Merah.
Laluan pertama dari pejabat hutan ialah tangga. Tangga yang disimen elok. Memang elok. Sangat elok. Lebih kurang 700 mata tangganya. Tangga mahligai. Memang tangga mahligaimu dari airmataku la sangat nak sampai habis semua mata tangga.
Ko rasa lepas lalu tangga sebanyak itu apa jadi? Peluh berjurai-jurai nak menyampai ke check point pertama. Tak bernapas rasa. Semput. Padanla dengan namanya Bukit Semput!
Eh..dalam pada dah rasa nak putus nafas semput naik tetap naik lagi. Sampai jugak ke check point ke dua. Paling win siap ada letak quotes kat situ.
"When you feel like quitting, think about why you started"
Dari check point 2 ke check point 3, semangat waja lagi. Kat sini kami berkumpul, dan berhenti lama sikit sebelum gerak semula. Briefing tentang next tempat pertemuan iaitu check point 5 sebelum melalui K.F.C. Setakat sampai sini pergerakan kami masih dalam anggaran masa normal kebanyakan orang yg naik gunung ni.
Dari check point 3 perjalanan makin mencabar, kami mula berpecah jadi grup-grup kecik. Grup depan sekali guide, Hamid, Paih, Memey, Anep, Iwan dan Acu. Grup kedua Tiqah, Nazreen, Daus dengan Nizam. Grup tiga, saya, Ain dengan KJ. Grup akhir Mijah, KA, Didie, Haji Abu dan guide.
Tengah duk jalan si KJ ajak berhenti makan sebab dia asyik teringat-ingat mamee monster dia. Sabo ajela. Makan jugalah saya roti bekal dengan Ain sambil kami semua merenung hutan.
Sesampai je kami ke Simpang Pedita lebih kurang pukul 11.30 pagi, simpang pertemuan laluan naik ikut Batu Hampar dan laluan turun, guide yang tunggu di situ bagitau laluan ke K.F.C dah ditutup (time and safety) dan kami kena ikut jalan short cut iaitu laluan turun untuk naik ke puncak.
NOTA
Makesure sampai ke Simpang Pedita lebih kurang jam pukul 11 pagi kalau nak naik puncak ikut K.F.C
K.F.C : Killing Fitness Center tau, bukan Kentucky Fried Chicken hokey. Hamboih...huntongla kalau KFC berniaga kat situ.
Short Cut Trail
So, saya, KJ dan Ain pun meneruskan perjalanan ikut jalan short cut. KJ pulak tak nak lepaskan kami sendirian kalau dia kejar geng depan ikut K.F.C bimbang either one dari kami injured nanti susah pulak.
Maka episod mental kami pun bermula di sini wakakaka
Rupanya kami grup yang terawal guna jalan short cut ni untuk naik. Makanya laluan memang cantik sangat lagi tak berusik. Even belum ada orang yang turun pun masa kami masuk.
Itu la yang mula mentalnya. Tak de manusia langsung melainkan kita orang bertiga! Tak tau berapa lama berjalan pulak tu. Lepas tu trailnya pulak mendaki, mendaki, mendaki. Bila pandang ke atas, nun sayup tak nampak ending mendaki sampai mana. Sudahnya pandang kaki sendiri.
KJ yang paling pengalaman antara kami bertiga pun boleh mental, ini pulak iols dengan Ain yang suam-suam kuku ni. Dalam hati rasa nak gulingkan diri sendiri turun semula ke base bawah nun. Setiap 10 minit nak berenti. Nak minum air. Lapar nak makan sampai rasa tak mampu nak jalan kalau tak makan. Rasa tak nak bercakap sebab nak jimat tenaga.
Rasanya masa pergi Pine Tree yang kami dipermainkan sampai berpusing-pusing kat tempat sama 3 kali, Bukit Kutu iols kena torture dengan En. Kapten pun tak de mental macam ni.
KJ dah komplen rasa pewai, dah start pikir nak buang semua air yang dia bawak dah. Lepas tu time duduk rehat dia dah membebel nak tinggalkan je beg kat situ biarla kena bayar denda pun.
Ni kalau NSA buat video call ni boleh buat gaduh ni! Mujur tak de line
~KJ
Muahaha sebabnya Syue a.k.a NSA pulak tiap kali join meeting trip Ledang mesti menyakat kata nak buat video call sambil minum-minum bergembira
Duk borak dengan KJ mesti geng-geng depan yang lalu ikut K.F.C dah nak sampai puncak. Mesti diaorang berjimba-jimba kat atas tu. Pfffttt. Mental. Lepas tu teringat pulak geng belakang. Mijah, Didie, KA dengan Haji Abu. Kami pun rasa cam mental nazak nak keep on berjalan, tak termampu nak pikir macam mana nasib Didie kat belakang.
At one stage, kami dengar bunyi tapak kaki orang. Dari jauh kami nampak seorang perempuan turun bersendirian. Dalam hati dah nak happy dah. Bila tanya jauh lagi ke tak, dia kata dalam 2 jam perjalanan lagi. Haaaa?? Tak pe la..at least dah jumpa orang.
By the way, sebenarnya trail yang kami lalu sangat cantik sebenarnya. Ala-ala mistik misteri gitu.
Lepas jumpa lady hiker yang pertama tu kami jumpa hiker kedua yang turun yang bagitau kami sejam lebih untuk ke water point.
Sambil duk mendaki tu sempatla iols feeling-feeling Puteri Gunung Ledang (versi mental). Nasib baik tak nyanyi lagu Asmaradana je lagi.
Akhirnya kami tiba jugak ke Kem Senget. Di sini boleh rehat. Ada pondok untuk solat. Even ada telekung disediakan. Since punca air dari gunung boleh la refill air di sini either yang naik ikut sini or masa turun nanti.
Masa kat sini saya rasa urat betis kiri macam dah nak tarik, nak cramp. Lumur krim panas, bimbang betul-betul cramp nanti susah pulak.
Tengah berehat ada satu grup baru sampai dekat Kem Senget ni and Haji Abu join sekali dengan grup ni. Maknanya tinggal Mijah, KA, Didie dengan guide di belakang.
Dari Kem Senget ni anggaran lagi setengah jam untuk sampai puncak. Cerah rasa dunia bila dapat info macam ni hahahah. Kami gerak berempat.
Malangnya tengah berjalan tu boleh pulak kaki kiri ni cramp walaupun dah lumur krim panas. Adeh. Dekat tengah-tengah laluan orang tu la saya terduduk. Tak boleh nak gerak. Lepas lumur krim panas urut-urut bagi betis lembut, mujurlah okey boleh berjalan semula.
Sampai la ke laluan memanjat tangga, berbatu-batu dan bertali. Tak tau berapa banyak tangga yang kami panjat, hikers yang turun semua duk kata dekat dah. Dekat sini KJ dah naik laju tinggalkan saya dengan Ain since Haji Abu ada dengan kami.
Di tangga yang terakhir rasa macam nak merangkak je atas tanah landai. Dengar hikers lain bertepuk tangan bagitau kami dah sampai, naik sikit je lagi dah sampai puncak. Nampak signboard puncak rasa bahagia bukan main.
Makin dekat ke puncak nampak KJ tengah cekak pinggang atas batu, tengah tunggu kami agaknya. Terus le tanya mana orang lain.
Takde! Kita je. Jom ambik gambo
Haaa?? Apa? Kami sampai dulu? Dengan berenti banyak kali, lama pulak tu, makan tak tau berapa kali, pewai, mental semua ada. Fuhhh kiranya pukul 2.15 pm kami sampai tu.
NOTA
Short cut trail jimat 1 jam perjalanan berbanding K.F.C
first 4 |
yours truly |
Ain |
KJ & Haji Abu. Like father like son |
Siap kami bergambar dekat batu merah dan rehat menenangkan diri grup Tiqah, Nazreen, Daus dengan Nizam pun tiba. KJ nak buat maggie tapi dapur tak sampai lagi. So apalagi bergambar aje la yang bolehnya.
Tengah nak pikir posing background Bukit Botak tetiba ada hiker bagi maruku. Thank you awak. Tangan dah la kotor,nasib la masuk perut sendiri je pun. Rupanya masa tu grup ketiga pun start sampai.
By pukul 3 kesemua kami dah sampai puncak. Syukur, takde sorang pun yang cedera teruk. Masing-masing recharge tenaga, makan dengan minum. Yang nak sangat makan megi kat puncak, makan. Saya memang tak nak selera makan berat. Haus je.
Sebelum pukul 3.30 petang pun lagi, guide dah remind minta kami start turun. Kabus pun dah start datang, cepat-cepat bergambar group dan start turun untuk berhenti di Kem Senget, solat dan refill air.
Grup depan sekali Tiqah, Nazreen, Daus dan Nizam sampai ke pejabat hutan dalam lebih kurang pukul 7. Kira hari cerah lagi. Kami semua yang lain sampai ke bawah dalam pukul 8.30 malam. Sejam setengah juga gap masa.
Dia orang punya la quiry kenapa lama sangat hahaha padahal sebenarnya dekat check point 3, guide ajak berenti minum-minum dulu. Siap bancuh air teh, air milo bagai.
K.F.C Trail
Well, walaupun saya tak lalu trail ni, tak merasai dan tak tau feeling lalu trail ni, still nak up jugak experience geng-geng lain.
Macam yang dah bincang di check point 3, siapa awal akan tunggu di check point 5, rehat dan makan sebelum melalui K.F.C
Malangnya, lepas pecah jadi 4 grup, hanya 2 grup je berjaya masuk ke laluan ni within time. Lepas tunggu kami tak sampai jugak, guide minta mereka gerak je ke K.F.C
Dari K.F.C gerak pulak ke Batu Hampar. Memang terhampar luas terbentang. Ko tak de pilihan melainkan naik guna tali nak melepasi batu ni. Total tinggi anggaran bangunan 4 tingkat tu.
Dari Batu Hampar akan melalui Taman Bongsai yang cantik ni. Dah tiba-tiba macam kat Jepun pulak ye
Dari Taman Bongsai akan naik ke Bukit Botak sebelum naik ke puncak. Ramai je hiker yang berhenti rehat dan bergambar-gambar atas Bukit Botak ni.
NOTA
1) Dah sampai bawah terus ke pejabat hutan untuk declare barang dan sampah
2) Boleh terus minta sijil dengan bayaran RM10
No comments:
Post a Comment