Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Ayam den lapeh


Musim cuti dah tiba. Cuti sekolah lagi la pulak parent duk memikir nak bawak anak masing-masing holiday before busy buat persiapan masuk sekolah. So, kemana kita? JJCM, jimba-jimba dekat-dekat aje la macam kami. Ke Port Dickson je.

1. PD Famous Coconut Shake Power

Sampai di PD pun dah tengahari lapar la uols, Tapi kami decide nak check in hotel dulu. On the way ke hotel nampak la PD Famous Cendol Coconut Shake Power ni. So lepas check in terus aje tuju ke sini malas nak pikir lagi dah. 


Melihat pada meriahnya pengunjung dan besar restorennya pasti restoren ni memang popular di PD ni. Antara menu famous di sini ialah asam pedas. Ada macam-macam pilihan asam pedas, ikan pari, ikan kembung, ikan keli salai, ikan tenggiri, daging salai dan kambing.

Ada juga menu masakan panas lain macam soto, nasi goreng, nasi ayam, mee bandung muar dan macam-macamlah.


Minuman paling famous haruslah coconut shake dan cendol. Nama pun PD Famous Coconut Shake.


Menu pilihan kami berdua ialah mihun soto , set asam pedas ikan keli salai dan set asam pedas daging salai. Nyummsss memang sedap asam pedas Melaka style. Air pula haruslah coconut shake. Pun sedap ala-ala coconut shake Klebang gitu.

Set asam pedas ikan keli RM8 & set asam pedas daging salai RM9

2. Cape Rachado Lighthouse

Dah kekenyangan kami ke Tanjung Tuan. Tanjung Tuan ni rupanya dah masuk dalam negeri Melaka. Apa yang menarik sangat di sini? Actually di sinilah letaknya rumah api yang masih beroperasi hingga hari ini yang dikenali sebagai Cape Rachado.


Tak boleh naik kereta tau nak ke rumah api tu. Korang kena daftar nama dulu then kena menapak lebih kurang 800 meter agaknya barulah sampai dekat rumah api. Sesak nafas maklum le lepas makan nasi dengan asam pedas. Merasaaaa..Di sini juga jadi tumpuan warga tempatan untuk berjoging dan boleh hiking ke Bukit Batu Putih yang terletak berdekatan.



Sampai area rumah api korang kena naik tangga tau, tapi tak boleh masuk ye rumah apinya. Hanya boleh berjalan keliling kawasan rumah api dan menyaksikan pemandangan indah Selat Melaka.


3. Pantai Tanjung Biru

Turun dari rumah api, depan sikit dari Blue Lagoon Resort, masuk di sebelah kanan korang akan jumpa deretan kawasan kedai makan. Haish cantik juga pemandangan di sini. Ramai juga yang mandi manda. Maybe dari resort-resort dan rumah penginapan yang berdekatan.


Paling menawan hati ialah satu tangga ni terus turun ke laut. Feeling macam dalam movie, ada dunia fantasi bila turun tangga tu masuk ke laut, boleh? Berangan itu free.


4. Restoren Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

Malamnya kami nak dinner di Restoren Mesra Ikan Bakar & Seafood. Google review, bercampur baur positif dan negatif. Takpela cuba aje ikut nasib.

NOTA
Restoren ni letaknya di Taman Mesra. Ada 2 restoren di situ. Restoren ni landmarknya ialah sebelah Klinik Mesra.


Restoren yang letaknya di corner lot ni besar ye. Agak ramai walaupun tak penuh. Maybe kami pun dan lewat sampai. Kalau peak hour tu tak tahu lah.


Kami dah feeling-feeling nak makan sotong goreng tepung. Sotong habis la pulak. Pengalaman makan-makan seafood yang lepas memang either nasi tak habis atau lauk tak habis. So, memang tak nak makan nasi la. Nak ratah lauk je.

Tom yam pok tek campur. Mewahnya lala dia letak. Mujur tak order lala. Sedap pulak tu. Reccommended
Udang buttermilk. Memang sedap hingga menjilat jari. Kalu pedas sikit lagi kaw!
Siakap bakar, boleh tahan sedap. Sambal kicapnya tak pedas sangat dan air asamnya pun boleh tahan sedap.

Memang rezeki kami agaknya, tak de masalah layanan yang slow, makanan lewat sampai. Staff yang bertugas cepat dan pantas, bila kami nak tukar style masakan cepat aje staffnya berlari betulkan order.


5. Kafe Kampung Kaw

Keesokkan harinya keluar tak la pagi sangat pun. Pukul 10.30 pagi baru keluar hotel, masa dalam kereta tu la baru nak pikir tempat nak breakfast. Breakfast la sangat. Kafe Kampung Kaw, iols petik aje nama hasil google secara sendu. Ella follow aje, tak de bantahan.

Kafe ni letaknya di Kampung Baru, Jalan Haji Mat Sirat. sebelah kem askar. Tak jauh dari Muzium Tentera Darat. Cuaca hari kami datang ni punyalah cantik. Tengok la langit, biru sungguh.

parking luas

Masa kami sampai memang tak de pengunjung lain melainkan kami berdua. Rupanya kata owner yang sangat ramah mesra, waktu packnya dalam pukul 8-9 pagi, mujurlah kami sampai lewat.


Kafe ni dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 3 petang sahaja. Jumaat off day ye. Makanya kena la rancang kedatangan anda ke sini.


Bila kami tanya menu apa yang still ada, maklumlah kami datang pun dah nak tengahari, owner kata semua still ada. Wahhh ini memang bagus.


Untuk air saya order teh tarik madu ais, Ella order kopi ais kosong. Menu pilihan kami ialah kuih gemok, bubur nasi, kambing bakar dan roti bakar dengan tulang rusuk. Mujur datang berdua, kalau tak banyak lagi nak order tu.

Kuih gemok, wajib try okey. pilihan cicah kami ambil cicah sambal dengan cicah sardin, boleh juga minta kari.
bubur nasi. Sambal bilisnya sedap, tak terlalu pedas & rangup sangat
kambing bakar. lengkap dengan salad. dagingnya lembut sangat
roti bakar dengan tulang rusuk. dagingnya lembut sangat tau. memang mandatori cuba.
muka kenyang. licin makanan tak bersisa

6. Muzium Tentera Darat

Siap makan hari pun makin tengahari dan sangat panas, dah memang dekat dengan Kafe Kampung Kaw, kami ke Muzium Tentera Darat. masuk adalah percuma ye. Dibuka hari Rabu hingga Ahad sahaja, Isnin & Selasa tutup,  dari 10 pagi hingga 5 petang.

Tugu Peringatan Tentera Darat
Bilik Kapsul Masa
Era Kesultanan Melayu Melaka
Era Pra-Kemerdekaan


Okey...tobat sayu hati baca seruan suruh jadi askar melayu ni. Simple yet touching. No wonder la dalam filem alahai sedihnya keluarga nak lepaskan anak masing-masing. Tak tau lagi jumpa semula ke tidak, terkorban atau selamat.

Era penubuhan askar melayu

Korbankan dirimu
bagi Raja dan tanahairmu
dengan masuk menjadi

ASKAR MELAYU

mintalah kepada Tuan District Officer
Jajahan masing-masing

Umur yang diterima 18 sampai 21 tahun 


fail Leftenan Adnan
Terowong PKM

Muzium Tentera Darat ni sangat infomative dan juga menarik. No wonder la ramai pengunjung di sini. Saya sangat galakkan pelajar-pelajar datang ke muzium ni, kalau belajar subjek sejarah dan datang ke muzium ni memang rasanya terus faham aje rentetan peristiwa sejarah yang dah berlaku di tanahair kita.

7. Eddy Cowboy Style PD

Lama kami spend time di Muzium Tentera Darat tau. Keluar muzium kami cari tempat untuk lunch la pulak. Iaitu Eddy Cowboy Style.


Menu popular di sini ialah nasi ayam kukus. Boleh juga order sayur-sayur goreng sebagai menu tambahan. Pilihan air sangat terhad. Maybe untuk memudahkan keadaan bila terlalu ramai pengunjung.


Portion setiap bahagian ayam not bad, tapi ayamnya dah sejuk. Bersama ayam diberikan sup dan sos untuk cicah. Rupa sosnya agak suspicious tapi rasa boleh tahan sedap. Air tembikainya memang out. Boleh panggil air masak berwarna tembikai mungkin. 


8. Kota & Muzium Lukut

Siap lunch kami ke destinasi seterusnya iaitu Kota Lukut. Apa yang ada? Tinggalan Kota Lukut dan juga Muzium. Letaknya sedikit atas bukit dan jadi pilihan penduduk setempat untuk berjogging. Disebabkan dalam kawasan muzium ada taman permainan, ramai kanak-kanak bermain di sini. 


Masuk muzium adalah percuma cuma perlu rekodkan nama je. Dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Ada empat galeri pameran di sini, sayangnya ketika kami melawat satu galeri di tutup.


Selesai melawat galeri muzium, kami naik tangga menuju ke tapak lama Kota Lukut. As usual, istana/tempat pentadbiran lama mesti atas bukit punya.

penerangan sejarah kota lukut

Sayangnya, tidak ada apa yang tinggal, selain semak samun dan perigi, juga benteng batu kawasan istana ini yang masih ada bersisa. Menara tinjau yang di bina juga kelihatan tak terjaga dan laluan ke situ sudah bersemak.

pemandangan dari atas bukit

9. Pasar Malam Batu 4

Dari muzium kami terus tuju ke pasar malam Batu 4. Apa yang ada di sini? Semua ada. Mak ayah je tak de jual. Haaa

lama tak makan gini

Jumpa aiskrim potong teringin pulak nak rasa perisa pandan. Tak pernah pulak jumpa sebelum ni. Habis stok la pulak. Ambik aje la perisa lain


10. Pantai Batu 4

Dah beli ais krim nak lepak makan kat mana? Seberang aje la jalan dari pasar malam tu ada pantai. Lepak kat pantai sambil menghabiskan aiskrim sambil tengok sunset. Cantik kan?


11. King's Char Kuey Teow

Dari pasar malam balik hotel ke? Tidak. Nak dinner siap-siap. Karang kalau balik hotel malas dah nak keluar. Ke King's Char Kuey Teow la kita. 


Kat sini bukan ada char kuey teow je. Macam-macam ada. Lamb chop, chicken chop, otak-otak dan pelbagai jenis burger pun ada.


Layanan pekerja di restoren ni memang tip top. Meja cepat aje di lap tanpa perlu minta. Begitu juga dengan yang ambil order. Beberapa pelayan lain yang lau dekat meja kami pun tanya dah order ke belum. Char kuey teow yang kami order pun tak perlu kami tunggu lama. 

CKT biasa & CKT Lamb

12. Corus Paradise Resort

Keesokkan harinya kami bersarapan di hotel je sebelum gerak pulang ke Kuala Lumpur. PD, jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites