Punya la jauh memusing eropah, ke Indonesia juga kami berlabuh wakakka. Macam mana ramainya orang Malaysia dia England, macam tu le orang Indonesia di tanah Belanda ni. Even nama kawasan, nama jalan pun nama tempat-tempat di Indonesia.
Okey, rumah tempat kami stay di Amsterdam ni bukan di tempah melalui Air BnB, tapi my travel partner booking melalui FB, since Azul selalu mengiklankan khidmat sewa rumahnya. Azul merupakan orang Malaysia yang menemani isterinya further study di sini. Since booking pun melalui saluran berbeza berbanding dengan penginapan kami di negara-negara sebelum ni, pengalaman yang kami lalui juga berbeza.
Hari pertama ke Netherland, kami dari Prague, tuan rumah menghubungi Ella minta kami datang ke rumahnya lewat sedikit, minta kami berjalan-jalan dulu kerana dia ada hal katanya. Fair enough flight kami delay 2 jam. Sampai di Amsterdam dah keletihan dan tak mahu le kami berjalan-jalan dengan beg besar. Maklumlah, Netherlands adalah destinasi terakhir kami.
Kami tiba depan rumah, tuan rumah tak de!! Cuaca sangat sejuk, maklumlah makin petang dan Amsterdam sangat berangin, dan sekali sekala bintik air hinggap pada kami. Kami lemparkan je bagpack kami atas lantai dan duduk je lepak depan rumah. Penat giler ko.
Dalam pada menunggu kat luar tu jiran sebelah pintu mempelawa kami masuk ke rumahnya, mengajak kami minum teh dan panaskan badan di rumah mereka sementara tunggu tuan rumah kami. Katanya cuaca sejuk di luar tak elok untuk kami. Jiran tu remaja perempuan. Yang tinggal di rumah family, dia dengan adiknya yang menjenguk kami di luar.
Dah puas menunggu, barulah pasangan tuan rumah tiba dan memaklumkan kepada kami yang disebabkan cuaca hari kami tiba ni tersangatlah molek dia dan isteri mengambil keputusan untuk bersiar-siar. Sebelum mempelawa kami masuk ke rumahnya. Azul bawa kami tour rumah dan berikan kunci rumah, katanya if anything bagitau je dia since dia pun stay di situ.
Eh, ingatkan bagi kunci je. Rupanya duduk sekali? Saya dengan Ella dah berpandangan sebab kami berdua akan pilih penginapan berdasarkan privacy dan aurat bila stay di AirBnB or apa jenis penginapan pun.
Saya tanya Ella nape tak bagitau dekat saya yang kita kena stay dengan tuan rumah. At least mental well prepared. Ella bagitau, yang dia sendiri pun tak diberitahu tentang hal ni, berdasarkan gambar-gambar dan saiz rumah Ella beranggapan rumah ni sangat kecil dan kami saje yang akan duduk di sini. Dah booking nak buat camne kan?
Syukurlah bilik kami kemas dan bersih seperti yang Ella tunjukkan pada saya masa dia survey gambar-gambar rumah. Bilik air pun sebelah aje.
Tapi kami sekali lagi dapat surprise bila Azul bagitau yang pintu bilik tak berfungsi, dah rosak ke apa enselnya, jadi tak boleh tutup. Makanya dia letakkan langsir tebal di pintu. Adoii..duduk dengan tuan rumah tapi tak de pintu? Aiyohh,walaupun tuan rumah kata dia takkan mengendap sebab selalu spend time dalam bilik tapi yela, mana privacy? Nak bercakap pun harus bisik-bisik ni, nanti ganggu host plak.
Mulanya kami cadang nak keluar pusing-pusing tengok Amsterdam waktu malam, tapinya sebabkan kami dah keletihan dengan flight delay dan bersejuk di luar rumah lagi, kami pilih untuk stay. Since bilik terlalu kecik dan space yang ada penuh dengan beg kami, kami lepak di dapur.
Malam tu hujan di Amsterdam. Untuk saya dan Ella berdarah melayu kulit sawo matang ni cuaca memang sejuk. Dalam bilik takde heater dan disebabkan takde pintu yang boleh tahan haba dari keluar dari bilik, bilik tu memang sejuk sikit.
Ada portable heater di dapur. Kami cadang nak guna untuk malam tu dan pagi-pagi akan pulangkan semula ke dapur since besoknya kami nak keluar pagi. Tiba-tiba Azul terjengul dari bilik dia dan minta kami tak gunakan heater sebab heater tu untuk dapur. Ella jelaskan kami akan letak semula kat dapur pagi-pagi esok, tapi Azul kata sekarang suhu belum single digit untuk guna heater, dia pun tak pakai heater dan minta kami gunakan comforter yang disediakan untuk hangatkan badan. Ahaiii teringat tuan rumah kami di Ljubljana, Slovenia, yang tetap sediakan portable heater walaupun Ljubljana dikategorikan sebagai panas masa tu.
Muka Ella memang berubah dan malam tu Ella berulang kali minta maaf dengan saya everything tentang rumah tu. Dia tau saya mudah kesejukan dan bimbang saya selsema. Dia kata dia tak sangka jadi macam ni. Sambil kami bergulung-gulung dalam comforter Ella asyik tanya "are you okey? are you okey?".
Sebelum saya lelap keletihan sangat, Ella bagitau yang dia tengah survey rumah lain if cuaca become worst dan kami tak tahan. Sambil-sambil tu dia kata dia cuba cari gak bad review dari guest lain tentang rumah ni. Kami je ke yang jadi macam ni atau orang lain tak kisah.
Kami bangun pagi keesokkan harinya, sarapan dan keluar awal. Cuaca tak berapa baik sebelah petang di Amsterdam, angin musim luruh kuat dan bisa sangat, tambahan pula dengan rintik hujan. Memikirkan pula keadaan rumah yang mesti punyalah sejuk sebab tak boleh guna heater, kami berdua pilih untuk lepak di cafe minum mocha dan latte instead of balik rumah. At least boleh hangatkan badan di cafe.
Dah malam kami sampai ke rumah dan memang sejuklah seperti yang dijangka. Tapi kami buat keputusan untuk stay memandangkan ini adalah destinasi terakhir kami sebelum balik ke Malaysia. Mujur 2 malam je yang sejuk melampau-lampau. 2 malam lagi agak hangat. Total kos adalah €110.
Kami juga dapati tuan rumah masuk bilik kami masa kami keluar berjalan untuk pasang bateri jam. Tak tahu si suami atau isteri. Tapi saya rasa hal ni sangat inappropriate, memandangkan kami tiada di rumah. Bayangkan kalau kami ni jenis letak panties bra merata? Mujur la bilik kecik jadi memang kena sentiasa kemaskan barang. Rasanya boleh bagi bateri masa kami ada, atau tinggal atas meja dapur untuk kami pasang sendiri or pasang je lepas kami check out. While hal host masuk bilik kami masa kami tak de tak pernah berlaku di rumah yang sebelum-sebelum ni.
Di rumah, since tuan rumah pun menggunakan dapur yang sama dan bilik air yang sama, kena la kita ni sebagai tetamu jaga sikit pakaian kita. Instead of tudung, saya pakai snow cap di rumah tu, walaupun tuan rumah kepelikan dan ada tanyakan saya kenapa pakai snow cap dalam rumah hahaha
The best part host sangat bertimbang rasa bagi kami guna in advance beras dan telur. First day tu terlalu letih nak keluar beli barang. Host mesej berkali-kali ingatkan kami untuk ganti. Maybe ada pengalaman guest yang tak reti nak ganti. No,no,no. Jangan buat camtu okey. Sian host, barang bukan free. Lagi pun beras sekilo, telur 10 biji dan lada besar 2 tangkai, tak sampai €4!
Pro
1) Tinggal dengan keluarga muslim senegara, so boleh guna dapur tanpa was-was
2) Kejiranan muslim
3) Selamat. Everyday kami balik lewat malam, since rasa kurang selesa di rumah
4) Banyak kedai runcit/barang basah muslim/halal yang berdekatan
5) Pengangkutan mudah (bas dan train)
Contra
1) Host tiada masa kami baru sampai dan perlu menunggu host balik bersiar-siar
2) Tinggal bersama tuan rumah
3) Tiada pintu bilik
4) Tiada privacy bilik
5) Tak boleh guna heater hingga suhu turun ke single digit
No comments:
Post a Comment