Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Movement Control Order : Part 2



Korang, macam mana life sepanjang 14 hari? Untuk kakak 11 hari la since hari pertama hingga ketiga kakak dipaksa kerja. Hari ke-4 MCO kakak takde buat apa-apa, rehat je. Start hari ke-5 baru kakak start aktiviti mengemas dan menghias rumah.

Part paling pening ialah nak memasak sebab masak bukan forte kakak. Makanya bab membeli bahan mentah juga kacau bilau. Main agak-agak je apa yang nak dibeli. Lepas tu pening kepala bab masak, kena tanya resepi dekat En. Google. Tapi kakak kagum dengan diri sendiri, memasak setiap hari macam-macam menu walaupun menu simple jah. Tak pernah lagi berlaku kejadian 11 hari straight kakak memasak ye. 

Walaupun barang masak ada dan masih berkemampuan beli barang, kakak masak sekali sehari je. Sebab pertamanya bimbang berat mencanak naik masak macam-macam. Ala... macam la reti pun. Keduanya bimbang RCO berterusan. Ketiganya bila suami kakak start duty, kakak rasa tak selera mengenangkan keselamatan dia.

Setiap kali berdoa lepas solat kakak berdoa sambil menitis air mata. Teringat mak abah kat kampung. Kalau kakak ada at least kakak boleh jadi runner yang keluar beli barang. Teringat adik-adik yang di KL dan Shah Alam. 

Paling terutama teringat suami yang sedang duty. Lagi pulak terkenang kata-kata dia yang dia rasa sakit jiwa bila terkenangkan kakak bersendirian urus segalanya dalam keadaan sukar ni. Lagi pulak tiga hari pertama kakak kerja. Syukur bila dah #stayathome. Suami kakak less stress dan agak ceria setiap kali buat video call lepas kakak duduk di rumah. Tak henti-henti remind kakak untuk stay at home. 

MCO dan Covid-19 memberi kesedaran  kepada kakak tentang beberapa perkara yang kakak tak sedar selama ni.

Pertamanya, kakak panjatkan syukur disebabkan Allah belum kurniakan rezeki untuk ada anak sendiri lagi, di waktu yang sukar macam ni, setidaknya kakak boleh catu makanan untuk diri kakak, jaga diri kakak sorang je. Bayangkan kalau ada baby, suami pulak on duty, kakak nak kena cari barang, nak pikir baby lagi. Allahu. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.


Keduanya, nikmat kebebasan. Selama ni kita bebas ke mana-mana. Duduk di mana yang kita suka, buat apa yang kita mahu. Sekarang ni, hanya mampu bergerak dari porch sampai ke dapur je. Nak jenguk orang tua pun tak mampu. Syukur ya tuhan sebelum MCO mak abah dan adik-adik ada datang tidur di rumah kakak.

Ketiga, nikmat makan. Dulu kita-kita ni makan pun memilih nak yang sedap aje, yang mewah, yang banyak, yang branded. Saat macam ni makan aje la apa yang ada. Kalau sebelum ni hari-hari kakak beli makanan, musim duduk rumah kakak terpaksa belajar masak, belajar portion makanan, cari tips masak untuk seorang makan supaya tak membazir.

Keempat, sikap ambil mudah ataupun take for granted. Terutamanya dengan orang-orang yang penting dalam hidup kita, yang kita sayang, yang menyayangi kita. Untuk kakak, kali terakhir jumpa suami ialah November 2019, bayangkanlah perasaan kami berdua bila situasi macam ni. Tak tahu bila pula dapat jumpa. Hiba betul hati. 

Parent pulak biasanya kakak akan jumpa setiap minggu sebab almost every week outstation dekat dengan kampung. Bila jadi macam ni susah hati la pikir macam mana parent kakak nak buat urusan beli barang. Dengan dua-dua dah tua, sangat risky. Rupanya mak kakak lagi canggih, call kedai bagi senarai semua barang lepas tu ayah kakak pergi ambik dan bayar terus balik. 

Last but not least, tiga pekerjaan yang dulu di politikkan, dikecam oleh netizen, kini kesemua pekerjaan inilah menjadi tunggak negara di saat ini. Kini semua membuka mata. Kepimpinan yang lepas mengecilkan kuota pekerjaan dalam bidang perubatan, elaun di cantas. Sekarang, kakitangan perubatan yang berhenti/pencen turut diseru untuk sama-sama menabur bakti. Yang sedang menganggur menunggu posting dipanggil masuk bertugas. Begitu juga dengan askar yang dikatakan hanya makan dan tidur, saat suasana darurat seperti ini kalau mereka tak sentiasa siap siaga, macam mana mereka nak perform? Sama juga seperti polis yang sentiasa dikecam ketika bertugas, ada sebab kenapa pekerjaan-pekerjaan ini diwujudkan dalam dunia. 

MCO diteruskan lagi hingga 14 April 2020. Kakak berharap frontliner semua bertabah, kuat semangat dan semoga Allah lindungi kalian, beri kesihatan serta kekuatan, limpahkan rahmat kepada kalian yang berkorban di musim Covid-19 ini. 

Btw, kakak berharap semuanya cepat berakhir. Kita semua dapat bekerja semula. Sama-sama menjana ekonomi negara. 


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites