Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

The Grato by Chef Yasser


Punya la lama teringin nak makan di The Grato by Chef Yasser ni, asyik tengok co-owner dia upload menu-menu di FB dia, sampaila The Grato by Chef Yasser ni dibuka di KL. Alang-alang nak meeting dengan travel partnerku si Ella, petik terus nama restoren ni. Lagipun biasanya memang kami cari tempat-tempat makan untuk kami try.  

The Grato by Chef Yasser
Lot 531 Jalan AU 1/4D
Taman Keramat Permai
Kuala Lumpur

The Grato by Chef Yasser ni restoren yang menyajikan menu barat dan Italy. Dibuka setiap hari dari pukul 5 petang hingga 11.30 malam. Lagi baik kalau korang nak pergi tu check dulu Instagram The Gratomy (gambar Chef Yasser) atau FB The Grato Original untuk dapatkan info takut-takut mereka ada private event atau apa-apa pengumuman tentang waktu operasi. Ahh nak senang call sendiri Chef Yasser 010-938 4728, boleh juga PM co-owner The Grato by Chef Yasser di FB Wynn Yasser untuk location atau waktu operasi.

The Grato by Chef Yasser ni diuruskan sendiri oleh Chef Yasser & isteri beliau sebab tu senang terus contact mereka berdua je. Saya pun PM Wynn je mintak location. Cawangan lain The Grato by Chef Yasser takde ye, diulangi TIADA. Makanya landmark paling mudah nak ke restoren ni ialah LRT Setiawangsa. Waze je. Ala, area KRU Production tu. 



Restoren ni pun pernah jadi pilihan Jalan-jalan Cari Makan TV3 tau. Now Cik Fariha pulak nak jalan-jalan cari makan kat sini.


Suasana dalam restoren ni bersih dan kemas serta boleh katakan sebagai family oriented. Di sebelah tepi di susun meja untuk 4 orang dan bahagian tengah untuk 8 orang. Ruang antara meja pun luas sesuai la kalau yang datang bawak anak kecik dalam stroller tu. Tidakla menghalang laluan orang. Untuk pelanggan muslim, surau juga disediakan, so jangan risau kalau sampai ke restoren dalam pukul 7 malam tu, boleh duduk order dan terus tunaikan solat di restoren.


Selain chef sendiri yang menyapa masa kami tiba, waiter pun cepat je datang ke meja kami hantar senarai menu dan ambik order. Lets order! Ella pilih jus oren tanpa gula dan saya pulak Soda Citronella. Soda Citronella ni yang saya suka sebab tak terlampau banyak sodanya. So tidak la banyak sangat gas.


Menu pertama yang kami pilih ialah Chicken Steak. Sekali waiter minta kami pilih side dishes. Wow sangat! Ingatkan comfirm dapat fries dengan coleslaw macam makan chicken chop. Rupanya tidak. Boleh pilih ye. Kalau nak fries dengan coleslaw boleh. Kalau feeling diet nan hado cam kami ambiklah coleslaw dengan potato salad. Kalau ko tak makan dari pagi membawak ke tengahari inilah makanan pertama korang nak order, haa order je extra ayam. Ada pelbagai lagi pilihan side dishesnya tau.

Sampai je chicken steak ke meja kami first haruslah nak rasa sos lada hitamnya. Memang umph! Memang rasa bertaraf hotel tapi ko boleh makan dengan harga mampu bayar. Ko tengok ayamnya? Lain gaya grillnya kan?



Next, The Grato Nachos. Maklumla musim hujan ni memang teringin je nak makan jenis kudap-kudap macam ni. Mujurla ada nachos. Nachos pun ada macam-macam pilihan, dari yang paling simple sampai yang paling heavy. Cantik ajekan nachos susun dalam aluminium foil dan di bakar hingga cheesenya mencair.


Next order ialah pizza. Ni yang nak cerita lebih sikit. Kalau korang sampai je di restoren ni, dekat tangga masuk tu korang akan nampak satu benda berbentuk half sfera. Tau benda apa? Dapur kayu untuk bakar pizza. Inilah keistimewaan pizza dekat The Grato by Chef Yasser ni. Pizza bakar pakai  sumber kayu api tau. Nak kenal mana satu owner cum chef, haaa kat sini la Chef Yasser bertugas. Dialah yang sediakan doh, uli sendiri, canai, letak bahan segala dan bakar untuk kita. Chef sendiri bikin!

nampak tak chef tepi dapur?
gambar dari FB The Grato Original

Kami order Don Pizza, hot item. Ada 9 jenis pizza yang berharga antara RM15-20. Dapat 8 potongan tu. Kami sampai direstoren sekitar pukul 8.30 malam tu pun 3 jenis dah habis. Mampu? Laku keras ye pizza-pizza kat sini.


Paling berkenan ialah dohnya yang nipis dan rangup. Mula-mula tu fikir jugak habis ke kami berdua makan pizza 8 potongan ni. Habis! Sebabkan dohnya nipis rangup, memang tak muak dan tak liat walaupun dah sejuk. Tu pun gigih kami off kipas takut pizza cepat sejuk. Looking forward nak try vegetarian pizza dengan amigos pizza pulak nanti.


Total damage adalah RM62 sahaja. Kami balik yang paling last orang dah nak tutup kedai hehehe. Cuti sekolah dah nak tiba ni kalau yang sedang mencari-cari tempat nak bawa family makan datanglah ke sini. Yang nak buat event berkumpul-kumpul dengan family or kawan-kawan pun boleh hubungi je Chef Yasser sendiri. Mereka ni dah banyak pengalaman buat event.

Banyak lagi menu barat dan itali yang ditawarkan The Grato by Chef Yasser, ada salmon steak, beef steak, pelbagai jenis pasta dan desserts.

Ni gambar close up Chef Yasser. Tak clear kan dekat gambar board restoren? Siapa yang teringin nak makan pizza bakar dengan kayu api air tangan chef sendiri mesti datang sini tau, only in The Grato by Chef Yasser, Taman Keramat Permai, KL. Makesure restoren yang signboardnya ada gambar chef sendiri tau.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites