|
6/1/2021 |
Uols, maybe reader blog kakak ada yang tau kakak ni asal dari negeri Pahang. Awal tahun 2021 ni, hujan lebat 3 hari melanda negeri Pahang dan daerah tempat kakak mencari rezeki banjir teruk. Teruk yang mana selepas 50 tahun baru banjir sebesar ini. Tempat yang tak pernah banjir pun banjir. Kakak, Alhamdulillah duduk di bandar, akan tetapi masalah tak de air pula akibat air loji yang terlalu keruh.
|
6/1/2021 |
Susut air bah di area kakak, makanya air akan naik di area Pahang Tengah pula iaitu kampung kakak. Saat kakak menaip ni, air dah sampai mata tangga paling bawah di dapur. Air dah masuk dalam stor (luar rumah). Yang ada di rumah, mak abah dan adik bongsu. Barang-barang di dapur (dapur rendah sikit) mana yang boleh di pindahkan, mereka kemas dan letak di tengah rumah.
|
8/1/2021 |
Ye, rumah keluarga kakak memang betul-betul di pinggir sungai. Tapi rumah kami ni kedudukannya di atas tebing. Tinggi jaraknya dari sungai Jadi kalau nak turun ke sungai memang kena guna tangga turun ke bawah. Jadi bayangkan betapa besarnya air bah. Kakak tiap kali banjir akan rasa gayat tengok level sungai Pahang separas dengan jalan. Beberapa kali juga kakak merasa keluar dari kampung balik ke daerah kakak tinggal dengan air sungai dah separuh atas jalan raya. Rasa nak menangis kenangkan perjalanan sendiri nak menangis juga tinggalkan parent di kampung. Tahun ini kakak tak sempat nak melalui fasa ini kerana daerah kakak tinggal banjir teruk dan jalan kampung serta LPT menghala ke kampung kakak dilanda banjir.
|
tengok level air masa bukan musim tengkujuh |
Kalau ikut keadaan, banjir tahun ini lebih teruk berbanding tahun 2014. Ada kawan-kawan kakak yang total lost, ada yang sedang bergelap di rumah. Ada yang sedang memindahkan barang dan ada yang telah pun berpindah ke PPS. Air naik perlahan tetapi keep on naik. Paras air Sungai Pahang setakat 8/1/2021 ialah 30.88. Melebihi tahap bahaya. Paling takut kalau air naik time tengah malam/dinihari.
|
Walaupun banjir, pemandangan di belakang rumah tetap antara yang terindah di mata dan di hati kakak. Buat terkenang zaman kecil tinggal dengan arwah wan (nenek) |
Mak dan adik keep on update keadaan setiap hari. Paling risau kalau line telefon terputus macam tahun 2014. Bab makan tak de apa yang dirisaukan. Masa tahun 2014, ibu saudara siap kayuh perahu hantar makanan melalui tingkap. Most of penduduk di pinggir sungai biasanya buat persediaan awal dengan menyimpan pelbagai makanan tahan lama/tin/kering sebagai persediaan menghadapi banjir. Ini memang amalan dari zaman dulu kala lagi.
|
Pagi 9/1/2021 |
|
Petang 9/1/2021. Air naik paling tinggi penuh dalam longkang dah |
|
10/1/2021 petang. Air mulai surut sejak pagi. Ni dua pupu biasa datang naik motor musim banjir kena la datang naik motorbot |
|
Pagi 11/1/2021. Alhamdulillah air makin surut |
|
11/1/2021 petang. Air surut menuju tebing. |
Korang, kita doakan semua mangsa banjir iye? As at to date, Chenor tengah banjir teruk dan hujan lebat di Kuantan. Rumah sepupu iols di Chenor nampak atap je.
No comments:
Post a Comment