Kami tiba di Amsterdam dah petang bila flight dari Prague delay. Setelah melalui perjalanan yang memenatkan dan tidur malam yang sejuk, kami keluar dari rumah keesokkannya seawal yang boleh. Matahari pun masih malu-malu nak munculkan diri.
Dalam train kami nampak satu dataran yang penuh dengan patung-patung. Terus turun dari train walaupun plan asal nak ke bandar terus. Dataran ini ialah Rembrandtplein atau pun Rembrandt Square. Dataran ni di namakan sempena seorang pelukis ternama yang rumahnya terletak tidak jauh dari dataran ni sekitar tahun 1600+ dulu. Lama dah tu. Di keliling statue tu diletakkan dengan patung-patung dari lukisan beliau yang paling famous, the Night Watch.
Kami naik train semula menuju ke bandar. Tiba-tiba nampak la plak grup Free Walking Tour berkumpul. Sekali lagi kami bergegas turun, walhal langsung tak de plan nak join tour dah. Tempat kami turun ni tu namanya Dam Square. Dataran ni antara yang paling famous di Amsterdam. Tempat berkumpul, serta pelbagai event diadakan di sini.
NOTA
Bau weed sangat kuat area sini bila kedai-kedai mula buka
National Monument, de Bijenkorf, funfair, Royal Palace |
Dari Dam Square kami terus dibawa masuk Red Light District yang terletak berdekatan, dan berhenti di Oudekerksplein.
NOTA
Landmarknya permulaan masuk Red Light District dari Dam Square ialah kedai kondom, Condomerie.
Di Oudekerksplein ni ada sebuah gereja lama dan di depannya ada patung bernama Belle. Tercatat di situ "respect sex worker all over the world"
Dari area sini la permulaan tingkap-tingkap tempat wanita-wanita berkenaan memperagakan diri untuk menarik perhatian pelanggan. Since kami lalu dekat sini pun sebelah pagi, hanya beberapa tingkap sahaja yang ada wanita di dalamnya, sedang bersolek, berdandan siap sedia untuk memperagakan diri masing-masing.
Apa yang menarik, wanita-wanita ni semua membayar cukai tingkap mereka, punyai insuran, serta membuat medical check-up mengikut jadual yang ditetapkan. Pada tingkap mereka bertampal sticker bayaran cukai.
NOTA
TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI mengambil gambar wanita-wanita disebalik tingkap tersebut. Bak kata tour guide kami, korang tak tau betapa lajunya wanita berpakaian dalam serta ber-stilleto berlari atas cobblestone dan merampas hp/camera!
Habis kawasan tingkap-tingkap tu, kami masuk ke bahagian perniagaan. Ada pelbagai kedai berstatus dewasa, kedai runcit, coffee shop, pelbagai restoren dan juga cafe.
Kami terus je jalan ikut aje si Bas (tour guide free walking tour kami) sampai area Nieuwmarkt berhenti dekat dengan sebuah bangunan lama yang dikenali sebagai Cafe In The Waag. The Waag suatu masa dulu berfungsi sebagai pintu masuk utama ke dalam Amsterdam (city gate) kini merupakan sebuah restoren.
Destinasi seterusnya ialah University of Amsterdam. Kami masuk ke bahagian bangunan yang dikenali sebagai Oost-Indish Huis atau East India House, yang suatu masa dulu merupakan ibu pejabat kepada Dutch East India Company.
Dari universiti kami di bawa rehat di The Tara, sebuah cafe yang asalnya merupakan gereja. Dekorasi gereja dikekalkan dan dihias supaya lebih hipster, ikut trend. Tengok senarai air panas resepi istimewa dia orang. Yummeh kan?
Dah puas rehat, perjalanan diteruskan lagi hingga ke bangunan Amsterdam Muzium. Kisahnya, dulu-dulu bangunan muzium ni merupakan sebuah penempatan anak-anak yatim.
NOTA
Kita akan lalui The Coat of Arms of Amsterdam dekat dengan pintu masuk muzium.
The Coat of Arms of Amsterdam |
NOTA
Perhatikan juga plag-plag yang menunjukkan perkhidmatan yang wujud suatu masa dulu pada dinding bangunan muzium
Dari area hotel kami lepak mengopi di Illy Cafe yang banyak cawangannya kami jumpa di Amsterdam. As for me, tak de la rasa special sangat.
Dari area Waag kami di bawa pula ke kawasan Singel, di datarannya ada satu patung yang bernama Multatuli. Multatuli adalah perkataan Latin yang beerti, saya dah terlalu menderita. Multatuli adalah nama pena bagi Eduard Douwes Dekker merupakan pegawai pemerintahan Belanda yang bertugas di Indonesia (era penjajahan), penulis serta penentang penindasan terhadap rakyat Indonesia.
Di kawasan Singel ni juga ada sebuah apartment yang sangatlah sempit. Bersaiz satu pintu je korang. Tak tahu la kat dalam rumah ni macam mana tuan rumah susun barang.
Antara perkara menarik yang korang boleh cari di Amsterdam jugak ialah secret courtyard! Sebab apa jadi secret? Sebab korang tak akan nampak dari jalan. Kena masuk ke dalam bangunannya. Antara yang masih wujud ialah di Sint-Andrieshof. Untuk sampai ke laman ni korang kena lalui pintu masuk yang kiri kanan dindingnya ditampal dengan tile biru putih. Laman ini di kelilingi oleh rumah yang penghuninya adalah terdiri daripada wanita sahaja. Wanita yang kematian suami, yang telah berusia dan hidup berseorangan dan yang hidupnya terlalu susah.
jangan betulkan screen anda, pintunya memang dah senget |
Kami akhirnya di bawa ke area Jordaan, sebuah kejiranan yang sangat cantik di tengah-tengah Amsterdam ni. Banyak rumah-rumah yang cantik, cafe-cafe yang menarik ada dikejiranan ni. Yang paling menonjol haruslah di sini banyak jambatan, kerana ada canal. Kaki bergambar memang puaslah dapat posing-posing di jambatan yang ada berlatarbelakangkan apartment, cafe dan juga canal.
Tour kami berakhir di sini dan si Bus mencadangkan kami makan/minum di Cafe Sonneveld. Antara cafe yang terlama di sini dan menghidangkan banyak menu tempatan. Cafe ni merupakan penghormatan kepada Wim Sonneveld comedian yang paling terkenal dan versatile di negara ini.
Dekorasi cafe memang betul-betul tentang Sonneveld. Setiap penjuru dinding diletakkan dengan gambar-gambar dan berita tentang beliau.
Apa yang iols order? Ala macam biasa la desserts je hahaha crepes with warm cherries, vanilla ice creamand whipped cream. Air order epal jus je. Ella pun pilih epal jus tapi partner dengan apple pie. Habis cerita.
Sekali crepe tiba dalam pinggan besar uols! European size sangat. Sungguh memang kenyang makan desserts aje pun. Cherries-nya pun bukan main fresh bila kunyah meletup-letup dalam mulut. Memang puas hati.
€6.95 |
Apple juice |
Asalnya kami nak ambik bicycle tour yang servisnya ditawarkan oleh tuan rumah untuk ke Jordaan ni tapi kami akhirnya decide untuk jalan-jalan sendiri je ikut langkah kaki dan research yang kami dah buat. Dari Hilletjesbrug (Jambatan Hillens) di Jordaan kami dah nampak tersergam Westerkerk (Western Church) yang terletak di Graschtengordel yang terletak bersebelahan je dengan Jordaan.
Kami lalu di depan gereja yang binaannya sangat menarik dan menyerlah ni. Kononnya nak ke Anna Frank House. Sekali tengok umat manusia yang beratur fuhhhhh tak mampu rasanya nak menunggu giliran.
Makanya kami decide untuk ke Amsterdam Central station keretapi yang terbesar di sini untuk check tiket-tiket ke tempat lain dari Amsterdam. Cantik sungguh bangunannya. Rekaan renaissance dibina sekitar tahun 1880-an.
Dari situ kami ke Victoria Hotel. Nak check in hotel? Eh tak dela. Korang tengok gambar ni betul-betul. Perasan tak kat tengah-tengah bangunan hotel ni ada rumah. Haaaa itulah yang rare tentang hotel ni. Developer bina aje hotel keliling 2 rumah ni bila tak berjaya beli. Currently rumah-rumah ni adalah kedai cenderahati.
hati-hati dengan penunggang basikal ye |
Dari area hotel kami lepak mengopi di Illy Cafe yang banyak cawangannya kami jumpa di Amsterdam. As for me, tak de la rasa special sangat.
Dah rasa warm lepas mengopi kami balik semula ke tengah bandar dan turun di area Singel. Tak de plan pun nak turun sini mula-mulanya.
Tapi kami stop di sini sebab nampak area market. The ever famous Flower Market di Amsterdam. Dah ko turun di pasar bunga, haruslah macam-macam yang berkaitan bunga ada di sini.
Bukan benih bunga je yang dijual di sini, benih cannabis pun ada. Cannabis atau ganja dalam bahasa kita.
NOTA
Sama seperti pelacuran, penjualan cannabis bukan 100% dihalalkan oleh pihak berkuasa. Tertakluk kepada amaun tertentu, di kawasan tertentu dengan syarat tertentu.
Kami terjumpa pulak kedai The Magic Mushroom Gallery. Dalam kawasan Flower Market ni jugak la. Kalau tengok dari depan, dia dah siap-siap declare product apa yang dia orang jual.
Amsterdam juga terkenal dengan kejunya. Tak tau berapa banyak jenis dan saiznya. Pilih aje mana yang berkenan. Yang jenis bulat ni banyak di letak di luar kedai atau dekat dengan pintu sebagai tarikan. Maunya tak tertarik, saiz tayar kot.
Dari Singel kami ke area Max Euweplein. Bukan apa, nak buat lawatan muhibbah ke Hard Rock aje, beli kiriman orang. Yang menarik area sini, depan HRC ni ada satu set catur gergasi. Bukan hiasan semata tapi boleh main tau. Dataran ni dinamakan sempena nama Max Euwe, catur master negara ini. Orang ke-5 yang menjuarai pertandingan catur peringkat dunia. Wow!
Masa saya dengan Ella tengah duduk melepak di dataran ni tiba-tiba kami perasan ada 2 lelaki berwajah melayu dengan basikal masing-masing sedang merenung kami. Terus aje tegur mereka dalam bahasa melayu. Mereka datang memperkenalkan diri. Pak Aris merupakan orang Indonesia yang telah lama menetap di tanah Belanda malah telah membuka restoren citarasa Indonesia, Warung Sranang Makmur. Gembira mereka dapat bertemu kami saudara serumpun dapat berbual dalam bahasa Indonesia/Malaysia.
Dah habis borak balik semula ke area Dam Square. lalu di area belakang pulak kali ni, di sebelah belakang Royal Palace. Dari sebelah sini boleh nampak patung Atlas yang pikul universe. Kisahnya, kononnya Atlas ni dihukum oleh Zeus bila Titan kalah perang kepada Olympians. Royal Palace ni dulu merupakan Town Hall.
Dekat dengan Royal Palace ni juga letaknya Niewe Kerk (New Church). Dulunya sebuah gereja sekarang jadi tempat pameran. Masa saya datang ni mereka anjurkan pameran 90 Years Ms. Monroe, reflecting on female icon, bersempena hari lahir Marilyn Monroe.
Di sebelah depan Royal Palace ni di adakan funfair sempena dengan Halloween. Macam funfair biasa tapi tema hantu. Macam-macam game ada dan jualan makanan pun ada di sini.
Halloween Carnival berlatarbelakang Royal Palace |
Kami terus cross jalan untuk ke Dam Square. Kalau sebelah paginya kami datang ke sini kedai pun banyak yang tak buka lagi, di sebelah malamnya sangat happening. Bau weed sangat la kuat area sini, dan ramai orang melepak di dataran ni.
Cannabis lollypop at Dam Square. Rasa macam lolipop biasa je. |
Dekat area sini ada Madame Tussaud's, banyak kedai makan, cafe dan banyak butik membeli-belah.
Actually target kami adalah untuk masuk ke Red District pada waktu malam pulak, nak tengok suasana malam di sini. Masuk dari Dam Square jugak since paginya kami pun memang lalu ikut sini. Kami singgah di Condomerie dulu. Kedai kondom tertua dalam dunia.
Kedai ni menawarkan pelbagai jenis kondom samada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk dijadikan cenderahati. Yang versi untuk cenderahati memang macam-macam rupa ada. Staff di sini sangat professional dan akan bantu pelanggan untuk pilih kondom.
Kami menyusuri jalan-jalan di area Red Light ni, yang area tingkap ada lampu merah memang tak boleh ambik gambar ye. Tak pasal sis kena hempuk nanti. Lampu merah tu bukan la sepanjang jalan on nya. Hanya kawasan tertentu tempat pekerja seks menjalankan perniagaan ataupun bar untuk kategori tersebut la.
muzium |
Esoknya kami ke Haarlem dan since cuaca di Haarlem hujan memanjang. Tak de lama di Haarlem kami balik semula ke Amsterdam. Cuaca pun sama jugak, hujan memanjang. Tak de apa sangat yang boleh dibuat, kami ke area Museum Square. Di sini ada Rijksmuseum, muzium sejarah dan kesenian di Amsterdam. Bergambar ajela. Nak masuk pun hari dah petang sangat.
Dekat area sini selain dari Rijksmuseum, ada juga Van Gogh Museum, Stedelijkmuseum iaitu muzium tentang seni moden dan Concertgebeow, concert hall di sini.
Depan Van Gogh Museum dan Stedelijk Museum ni ada padang. Rasanya kalau tak hujan mesti ramai yang melepak di padang ni. Tepi padang ni tersusun pokok-pokok yang daunnya cantik warna kekuningan. Memang cantiklah.
Dari Museum Square hari pun makin gelap kami keep on berjalan-jalan jugak. Nak beli cheese. Tak sah la ke Amsterdam kalau tak makan keju kan? Kami singgah Amsterdam Cheese Company. Staff memang very helpful dan banyaknya pilihan keju!!! Pening kepala nak pilih.
Esoknya kami ke Den Haag. Balik dari sana pun hari dah gelap. Kami decide untuk masuk ke Red Light sekali lagi! Hahahah bukan selalu. Kali ni nak cari space cake pulak.
NOTA
"Cafe" adalah kedai kopi biasa yang jual mocha, cappuccino, kek, pie semua tu. "Coffeeshop" pulak makan coklat pun tak boleh hehehe orang datang ke coffee shop untuk hisap weed, dan dapatkan weed cake, weed brownies, space cake dan yang berkaitanlah.
Kami beli space cake je. Beli sepotong je nak rasa. Harga antara €6-8, tak ingat dah harga sebenar. Tuan rumah kata space cake yang coffee shop area Red Light jual dah agak komersial, so amaun weed yang digunakan pun tak banyak. Tak berani makan kat kedai. Takut juga terjun canal hahahah makan kat rumah je. Apa rasa? Rasa kek coklat, part yang coklat tu, dan rasa payau weed tang yang hijau tu. As penggemar desserts saya rasa sedap je haaaa.
Apa effectnya? Mabuk ke? khayal ke? As for me saya rasa effectnya saya rasa dunia tiba-tiba senyap sunyi, tak dengar apa-apa. Pana. As for my partner dia jadi out of control bab bercakap, merungut tak berhenti tentang macam mana cara dia nak sumbatkan baju-baju dalam beg hahahaha then dia punya kuat la vocal bila bercakap, non stop saya suruh slow down. Bila saya kata dia tengah stone, tak mengaku pulak tu hahaha katanya dia rasa saya tak dengar dia, bila dia bercakap. Hadoiii end up kami tidur dengan perasaan duduk dalam kapal angkasa. No wonder la panggil space cake ye?
NOTA
Every food yang kami consume sepanjang trip kami dah buat research dan juga minta advise kawan-kawan yang mahir dalam bidang agama serta kawan-kawan yang mahir bidang undang-undang jenayah.
Keesokkan harinya kami bertolak ke Shiphol Airport untuk balik ke Malaysia. Masa breakfast kami ke tempat favorite kami untuk beli makanan dan air, Albert Heijn.
Banyak pilihan makanan di sini. By the way, jangan terkejut kalau ada penggunaan bahasa Indonesia pada barang-barang di sini. Sesetengah ejaan bahasa Indonesia pun memang di adaptasi dari ejaan bahasa Belanda.
Pilihan saya simple je. Sandwich. The best part walaupun tulisan majoritinya bukan dalam bahasa inggeris, pada sandwich ni ada letak gambar untuk bagitau jenis sandwich apa. Saya pilih sandwich tuna dengan smoothie pisang. Sihat sangat.
Kami ucapkan selamat tinggal kepada negara bunga tulip ni dengan lunch di Bread! Pizza tuna (tuna lagi) dengan mix berries juice. Sedap. Jangan lupa minta staff panaskan pizza tu dulu. Nyums
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete