Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

PKPD Taman Amalina Lestari


Setelah dua hari berturut kakak nampak kenderaan pejabat kesihatan meronda sambil buat hebahan di perumahan kakak. Dan, setelah beberapa kali kakak nampak kakitangan kesihatan berpakaian PPE, serta kenaikan jangkitan kes di kejiranan. Maka, akhirnya taman tempat tinggal kakak dikenakan PKPD mulai 30 Julai hingga 12 Ogos 2021.




Dengan peningkatan kes di daerah ini, SOP makin diperketatkan. Kakak as pekerja essential boleh bertugas. Rupanya selain surat MITI, surat dari pejabat, pihak berkuasa juga telah menetapkan untuk setiap pekerja essential membuat swab test! 


Everyday pergi dan balik kerja kena singgah roadblock. Sekitar perumahan senyap dan sunyi walaupun pada hari Aaron Chia-Soh Wooi Yik memenangi medal pertama untuk Malaysia di Olimpik Tokyo. Hanya kedai barang keperluan asas sahaja dibuka. Itu pun di tutup awal sekitar pukul 6-7 petang.

Setiap hari kerja kakak memang semak status kes di lama FB Pejabat Kesihatan Negeri Pahang. Meneliti berapa kes yang ada di kejiranan kakak atau kejiranan sebelah. Setiap hari mesti ada ye. Patutlah kawasan kami dikenakan PKPD.

Terus patuhi SOP korang. Jaga diri ye. Lately ni banyak kakak tengok segelintir masyarakat yang bergelang pink berjalan sana sini. Belum lagi yang potong gelang pink sendiri. Memang semua orang terkesan dan tertekan perasaan. Tapi nyawa kita serta nyawa orang yang kita sayang hanya ada satu. Once meninggal, tidak akan kembali lagi. 





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites