Perkara yang paling menakutkan dalam musim pandemik ni ialah jatuh sakit. Kalau demam takut itu adalah simptom awal covid-19. Kalau penyakit lain takut kena admit ke hospital, berjangkit covid pulak ke. Serba tak kena dibuatnya.
Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menetukan. Out of the blue tiba-tiba En.Suami sakit kepala. Ingatkan kena heat stroke sebab tempat kami ni panas melampau-lampau yang luar biasa. En.Suami telan panadol dan bagitahu dia nak tidur, badan dia rasa panas. Sebelum tidur dia pesan minta kakak cari Covid-19 home test kit. Allahu Akbar. Kakak start panik. Dah la kawasan kami ni tengah PKPD. Terus hubungi farmasi terdekat dan kakak order bermacam-macam ubat sebagai langkah berjaga-jaga. Mujurla staff farmasi sudi hantar walaupun selepas waktu bekerja mereka.
Menjelang malam, suhu badan suami yang teramat tinggi mencecah 39c-40c. Kakak basahkan towel letak di kepala dan badan dia. Cepatnya la haba badan serap. Ya Tuhan. Kakak panik yang teramat sangat sampai lupa jiran sebelah kakak kakitangan hospital. Macam tu la paniknya. Mujur geng-geng Ahli Kelab tak tidur lagi. Dia orang la melayan kakak meluah rasa dan suruh buat itu ini, selain keluarga kakak sendiri yang pesan macam-macam.
Malam tu juga kakak mandi di tengah malam, salin baju dan pakai mask. Sambil mandi meleleh juga air mata ni. Takut dan tertekan perasaan, hanya Tuhan je yang tahu. Setiap setengah jam cek suhu En Suami. Test covid tak dapat nak buat lagi. En. Suami memang macam tak sedar aje. Bercakap pun tak dengan kakak. Bangun betul-betul untuk ke toilet terhuyung-hayang macam zombie. Merasa malam tu kakak tidur sambil pakai mask. Lemas ye korang. Puas pujuk hati sendiri, nak tidur pakai mask ke nak tidur pakai tube. Baru la boleh lena.
Hari esoknya, paksa juga En Suami buat home covid test tu. Negatif, kakak paksa suami bangun untuk kakak bawa ke hospital sebab keadaannya teruk sangat, kalau tak bangun juga kakak nak panggil ambulan. Kami ke hospital, terus ke bahagian kecemasan. Allahu doktor pun....cuma buat test covid je! Sah negatif.
Hari ketiga, sepatutnya kakak vaksin hari ni. Kakak dah tangguhkan je. Waktu pagi ni suhu macam turun sikit. Tapi menjelang tengahari suhu naik semula dan En. Suami start cirit-birit. Kakak suruh En.Suami bersiap dan pergi ke hospital semula. Again kami ke kecemasan, dan En. Suami dimasukkan ke bilik kritikal. Hari ni juga, suami dah nak bercakap dan dia bagitahu dia sangat stress sebab sakit/demam masa musim pandemik.
Doktor mengarahkan En Suami untuk dimasukkan ke ward. Tapi En Suami refuse. Berulang kali doktor suruh masuk. Berulang kali juga En Suami tolak. Akhirnya, doktor benarkan dengan syarat kena hadir appoinment. Setelah lebih kurang 4 jam di hospital, hasil pemeriksaan, En.Suami di diagnos mengidap Viral Fever with Dengue Symptom. Syukur. Bukannya bersyukur suami sakit, kakak bersyukur memang sekali lagi disahkan bukan Covid 19.
Balik dari hospital, En. Suami masih enggan makan makanan solid tapi dia request nak sup kosong. Kakak buatkan, lepas tu dia masih cirit-birit dan selepas je minum air garam hospital dia muntah. Yang bagusnya, lepas muntah, kurang sikit sakit kepala katanya.
Hari keempat kakak ikhtiar cari air kelapa muda. Ya Rabbi, masa kita berkehendak masa tu la takde. Padahal biasanya depan rumah ada gerai air kelapa muda. Disebabkan PKPD tak beroperasi la gerainya. Kakak tahap pergi kedai coconut shake minta beli air kelapa. Tak dapat juga. Akhirnya setelah puas memusing, rupanya tak jauh dari hospital ada gerai jual kelapa muda. Makanya hari-harilah kami jadi pelanggan tetap di situ.
Hari kelima En Suami kena ke hospital lagi untuk further check up dan ambik darah lagi. Suhu badannya dah turun tapi, suhu kepala dan leher masih tinggi. Balik dari hospital, En Suami suruh kakak kemas barang, dia arrange orang datang ambik kakak untuk urusan vaksin dos kedua since esoknya juga dia kena datang semula ke hospital. Serius sebak. Macam tu punya lunyai sakit pun masih sempat uruskan hal ehwal bininya ni ha.
Hari keenam, lepas vaksin kakak cepat-cepat minta driver of the day hantar balik ke rumah sebelum effect vaksin dan tak sabar nak tengok keadaan En Suami. Alhamdulillah, doktor tetap sahkan keadaan suami sama macam diagnos asal. Suhu badan dan kepala dah normal tapi badan suami pulak naik ruam-ruam merah macam demam campak. Kakak juga check dalam mulut En Suami, rupanya ulser pada anak tekak dan lelangit. Patut la tak nak makan solid food.
Hari ketujuh, tanda-tanda merah masih ada tapi tak pedih or tak gatal. Mak suruh cari daun semambu, tapi since En. Suami kata tak rasa apa-apa harapnya bisa panas yang keluar sebab non stop minum air kelapa muda. Dia still tak nak makan solid food since still tak selesa tekak.
Hari kelapan badan dia dah hampir clear dari tanda-tanda merah. Syukur Alhamdulillah. Seminggu yang sangat stress dan sangat menakutkan kami berdua. En. Suami ni jenis yang sangat menjaga SOP, sangat menitik beratkan kesihatan. Selalu ingatkan kakak supaya bersenam dan keep fit terutama musim pandemik. Tapi, kalau nak sakit tu sakit juga. Walaupun keadaannya teruk seminggu ni, masih selamat dari bahaya covid itu satu kesyukuran yang teramat sangat. Since, MC pun dah habis, lebih baik En. Suami balik ke tempat beliau bertugas dan dapatkan rawatan lanjut dengan RSAT.
NOTA
Ini barang-barang yang kakak standby di rumah
Medical Supply
1) Panadol
2) Ubat batuk
3) Ubat selsema
4) Air kumur
5) Vit C
6) Imune booster
7) Ubat kemam untuk sakit tekak
8) Cool fever
Covid-19 Kit
1) Mask
2) Sanitizer
3) Thermometer
4) Covid-19 home test kit
5) Oxymeter
Impak pada emosi dan mental sangat dasyat ye bila sakit time pandemik ni. Lagi pulak sakit yang mempunyai tanda-tanda awal seperti Covid. Tak dapat bayangkan emosi orang yang terkena Covid atau ahli keluarga yang kena Covid. Jaga diri ye korang, ikut SOP.
No comments:
Post a Comment