Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Next Chapter

 

Happy Birthday to me!

Di usia sekarang, di musim pandemik ni, tiada yang lain kakak inginkan melainkan kesihatan yang baik dan selamat dari dihinggapi virus Covid-19. Kakak juga bersyukur kerana keluarga kakak serta sebelah suami tiada yang terkena virus ini.

Dalam meneruskan kehidupan di musim pandemik ini juga kakak bersyukur masih bekerja, beerti masih menerima gaji. Kakak juga mengubah gaya hidup, since tak tahu berapa lama lagi kita perlu bertahan dalam keadaan seperti ini. Kakak cuba :-

1) Hidup secara sederhana, berjimat dan cut off perbelanjaan berbentuk kehendak. Tangguh dulu apa-apa yang perlu ditukarkan jika tidak mandatori. Even repair kereta bagi elok sikit pun kakak tangguh dulu. Maklumla bukan semua kedai ada di tempat kakak tinggal ni. Nak merentas daerah pun tak boleh. Dalam fasa PPN ni kakak fokus untuk beli peralatan untuk kerja  di rumah. Web camera, printer serta masukkan wifi.

2) Kurangkan beli makanan luar. Time kena lockdown kakak setiap hari memasak. Tapi bila dah start kerja memang tak sempat la. Hujung minggu je kakak masak. Masak yang simple-simple sudah.

3) Jaga kesihatan. Fasa kali ini kakak cuba menjaga portion makan, banyakkan makan buah dan banyakkan bersenam. Supaya badan tetap fit dan sihat. Musim pandemik kena berusaha elakkan diri dari jatuh sakit. 

4) To keep myself sane, kakak buat aktiviti kegemaran iaitu menari as senaman dan ber-makeup walaupun masa WFH hari tu. 

5) Kakak juga gemar membaca cerita-cerita seram di Facebook. Terutama kisah benar. Kakak memang duduk bertamu hari-hari dalam Fiksyen Sasha tak pun Kelab Cerita Hantu Malaysia. Best. Pastu kalau ada watak yang mendatangkan geram mula kakak dengan adik kakak yang join grup tu juga WA each other buat ulasan hahaha. 

Keep on jaga diri ye. 



  

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites