Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Planters Country Hotel


Bila En.Suami bagitahu dia ambik cuti, maka kakak teruslah planning nak short vaccay. Ye la, takkan nak melangut kat rumah kan? Kakak bagi cadangan untuk stay 2D1N kat Fraser's Hill je. Dekat pun dekat. Tapi En.Suami cadangkan ke Cameron Highland. Ada jugak aktiviti katanya. 



Dari area Ringlet lagi udara agak nyaman dan tak panas pun. Windy ye. Masuk je area Tanah Rata fuhhh start suhu makin turun. Sampai aje ke hotel, buka pintu kereta, tu dia, angin kemain kuat, sejuk tak payah cakap la. Betul-betul rasa dekat oversea. Dengan suasana hotel yang macam di negara eropah buat lagi ter-feeling pergi oversea. 

Kakak tahu tentang hotel ni masa tengah search things to do in CH. Salah satunya, di recommend untuk stay di hotel berciri eropah dan hotel ini yang di cadangkan. Nama asal hotel ini ialah Bala's Holiday Chalet dan pada 2013 telah ditukar nama kepada Planters Country Hotel.

Planters Country Hotel
(previously known as Bala's Holiday Chalet)
No 55, Tanah Rata
39000 Cameron Highland
Pahang Darul Makmur
Tel: 05-491 1660


Kalau nak tahu bangunan ni merupakan salah satu bangunan tertua sebelum merdeka yang masih ada di sini. Asalnya dibuka sebagai cawangan Tanglin School Singapore iaitu sebuah sekolah asrama penuh untuk anak-anak European expatriate. Pemilik hotel pula terus mengekalkan ciri-ciri rekaan dalaman berkonsep Tudor yang asal. Sebab itu lah kita boleh feeling oversea sepenuhnya di sini.

Kakak book melalui Agoda dengan harga lebih kurang RM170 semalam (tanpa sarapan). Disebabkan kakak book bilik awal, sekiranya kakak ingin order sarapan, diskaun 50% diberikan. Kakak ambik bilik superior je. Bilik kami nama Margarethe. Bila tanya receptionist ramai ke menginap, empat customer je termasuk kakak. Wahhhh privacyyyyyy 

NOTA: Pintu utama akan ditutup pukul 8 mlm, boleh masuk ikut pintu tepi dekat Tea House
 

Siap check-in, kakak pun apalagi. bergambo sakan la uols. Btw, memang tobat sejuk ye around pukul 5 lebih ni. Tak tahu la agaknya suhu dah turun sampai jadi berapa. Nak bergambo je la kakak tanggal jaket. Dengan angin menderunya lagi. Even owner hotel pun kata hari yang kakak stay memang sejuk sangat CH. 

kalau keluar malam balik lambat, masuk ikut pintu belakang ni

Haaaa...lawakan laman utama hotel? Jom tengok bilik pulak. Sorrylah pada kawan-kawan IG kakak yang serem dan takut bila kakak up gambo-gambo guna lagu-lagu musim Halloween. Untuk kakak tak seram mana pun. Maybe sebab dapat bilik di main building kot.

NOTA : Kawasan hotel tidak dibuka untuk orang awam, hanya untuk tetamu yang menginap sahaja


Hari kedua sebelum keluar tengahari tu, kakak tetap nak bergambo juga sebab tak puas lagi. Laki kakak redo je la. Btw, hari kedua tetap juga sejuk ye. Tengahari tu tahan sikit aje la. Boleh la tanggal jaket sekejap. Dah petang, sejuk semula.


NOTA
Hari kedua, kakak edit warna gambar biar nampak ala-ala autumn gitu. Uhuhu rindunya musim luruh. Dapat musim luruh di CH pun bahagia sangat rasa hati


Hari ketiga tu cuaca agak panas. Mujur dah nak balik. Tetap kakak sakan bergambar ye. En.Suami ambik jalan selamat pergi order coffee dan sandwich dari restoren dan bersantai dengan aman bahagia sementara tunggu wife dia selesai ter-feeling. Husband cakap coffee kat sini sedap yang amat, kalau kakak lambat lagi siap bergambo dia nak order lagi satu set. Amboi.


Btw, kakak sangat puas hati dapat menginap di hotel ni. Terubat jiwa kakak lama tak berjalan ke sebelah europe sana. Puas hati duduk hotel bangunan rekaan Tudor, puas hati cuaca di CH sejuk teramat. Dalam belasan celcius je. Sampai mengelupas kulit kakak uols. Ingat datang CH tak payah la bawak losyen Rosken. Mendapat. Next time datang CH rasa nak stay sini lagi je. 

NOTA : Parking di lereng bukit dan limited. Sila hati-hati.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites