Sesekali nak la fefeeling hipster macam orang sekarang ni kan. Lepak dan makan minum di cafe yang di deco cantik dengan menu-menu yang tergeliat lidah nak menyebutnya. Let's kita ke Garage 51.
Cafe ni terletak di Bandar Sunway Petaling Jaya. Landmark mesti la melalui Sunway Pyramid dan terletak berhadapan dengan Sunway University Collegue. Alamatnya adalah No, Jalan PJS 11/9 Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor. Garage 51 beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 11 malam. Tutup pada hari isnin. Cafe ini tidak mempunyai sijil halal tetapi berkonsepkan pork-free. Garage 51 juga rupanya telah menerima Best Cafe Award dari TimeOut KL.
kereta mini sebagai hiasan di luar bahagian tepi cafe |
Dah nama pun "garage" kan? Haruslah deco cafe ini pun ala-ala dalam garaj. Di pintu masuk juga disediakan tempat duduk untuk pengunjung yang memlilih untuk menikmati hidangan sambil menghirup udara luar atau pun pilihan bagi individu yang merokok. Yang menariknya, tempat duduk ini diperbuat daripada tong drum. Dibentuk semula, serta dicat. Lalu diletak kusyen untuk keselesaan.
comel sangat seat dia, buat dari tong drum |
menu famous d.org. the messed up family! |
Masuk di dalam cafe ini, disebelah kiri pintu terdapat ruang untuk menunggu atau ruang membaca atau pun boleh untuk minum di situ. Tempat duduknya juga dibuat daripada tong drum. Kelihatan juga chill box mengisi pelbagai jenis kek untuk memberi pilihan manisan kepada para pelanggan.
ruang menunggu/ruang membaca/ruang minum |
Ketika saya sampai di cafe ini hari pun sudah lewat petang, pelanggan memenuhi ruang cafe baik di sebelah atas atau pun bawah bahagian cafe. Tetapi ruang di bahagian atas hanya memuatkan beberapa meja sahaja. Sesuai untuk orang yang tahan gayat hehe
pelanggan memenuhi cafe, termasuk di bahagian atas |
pemandangan dalam cafe dari ruang atas |
Setelah mendapatkan meja berdekatan dengan dinding, waiter menyapa dan menunjukkan menu yang telah sedia ada di atas meja. Jom kita tengok apa yang Garage 51 ni tawarkan kepada kita.
menarikkan? menu untuk lunch di tukar setiap 2 minggu |
senarai menu untuk brunch |
pilihan untuk dinner dan light bite |
hot stuff! saya pilih "the son" |
pelbagai pilihan coffe untuk penggemar |
teh, minuman ringan dan juga jus buah ditawarkan oleh cafe ini |
Oleh kerana perut masih kenyang, saya hanya memilih untuk menikmati "The Son" dari messed up family menu. Nutella with hints of hazelnut. Sementara menunggu hidangan sampai waiter menghidangkan air masak kepada kami.
air masak dihidangkan |
Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah dibahagian bawah penjuru meja terdapat cangkuk berwarna hitam. Rupanya disediakan untuk menggantungkan beg, supaya pelanggan lebih selesa duduk menikmati hidangan.
perkara kecil yang membawa perbezaan besar |
Selepas menunggu seketika menu pilihan pun tiba di meja. Amboiii, boleh diabetes kalau selalu minum "The Son" ni. Sekali sekala tak pe la kan. Rupa dan rasa memang sepadan. Cantik dan sedap.
depan "the son" & belakang "the father" |
Pandangan saya?
Pro
1)Agak mudah mendapatkan parking, mungkin kerana sudah lewat petang.
2)Layanan kakitangan mesra
3)Pelbagai menu pilihan
4)Tandas bersih dan luas. Sink dan tong sampah juga dari tong drum.
Cont
1)Tidak sesuai untuk pelanggan muslim yang mementingkan sijil halal.
2)Ruang agak kecik, pilihan meja juga terhad
3)Ketika membuat order,banyak menu yang dah habis
No comments:
Post a Comment