Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Sungai Lembing [part 3]


Hari kedua di Sungai Lembing di jadualkan untuk trekking ke Air Terjun Pelangi. Bangun seawal 5 pagi dan seperti yang dimaklumkan hari semalamnya berkumpul di foyer pada pukul 5.45 pagi.

Selepas menunggu dalam 10 minit, Simon person incharge untuk pakej waterfall, masih tidak muncul. Panggilan dibuat kepada Simon dan dengan suara masih mengantuk Simon memaklumkan trip dibatalkan kerana air sungai besar.Bahaya.Well, tiada langsung usaha untuk mesej atau whatsapp dari beliau? Kecewa.

Sedang duduk dibangku seorang pelancong menyapa dan bertanya sekiranya saya tahu tentang trip waterfall. So, saya maklumkan padanya bahawa trip dibatalkan kerana keadaan air yang tidak sesuai untuk trekking. Dia tanya pula bagaimana saya tahu, tadi call person incharge, maklum saya. Dia merungut dan berpendapat person incharge patut hubungi kami kerana butir-butir maklumat kami telah diserahkan kepada beliau hari sebelumnya. So, apa lagi, balik bilik sambung tidur.

Paginya bertandang ke Astaka Selera lagi mencari breakfast. Ramai pula rupanya orang hari ni, melepas nak breakfast roti canai. Pilihan yang ada mihun sup. Rasanya so-so saja.

astaka selera

Siap breakfast terus ke lombong bijih untuk alami sendiri suasana dalam lombong. Lombong ini adalah lombong asal penggalian bijih sebelum ditutup pada tahun 1986. Tiket bagi menikmati pengalaman ini adalah RM15.90 untuk dewasa.




Kawasan lombong ini telah dibaik pulih, dijaga dengan baik. Kawasan parking juga luas. Malah ada khidmat shutter bas yang boleh sampai le sini dari pekan Sungai Lembing.

shuttle bas boleh di ambik dari pekan sungai lembing untuk ke lombong bijih

Part yang paling mengujakan ialah untuk menaiki keretapi lombong. Macam budak kecil pula rasa. Saya naik keretapi ini sebanyak 3 kali hahhaha sampai driver keretapi panggil saya assistant dia.


bukan je budak-budak, orang dewasa pun jadi teruja naik keretapi ni

Di dalam lorong-lorong ini ada dilekatkan fakta tentang aktiviti perlombongan pada masa tersebut. Beberapa patung juga ada diletakkan menunjukkan gaya pelombong pada masa itu.
laluan dalam lombong. sejarah dan fakta berkaitan juga diletakkan di dinding-dinding lombong
patung menunjukkan cara pelombong bekerja

Oleh kerana lorong lombong ini semakin lama semakin dalam dan ruang makin mengecil, udara juga makin sedikit. Ada lubang ruang udara ditebuk bagi mengalirkan udara ke dalam terowong-terowong ini.

lubang udara ditebuk bagi membekalkan oksigen kepada para pelombong 

Bahagian yang paling menarik minat saya adalah ruang yang dinamakan Lubang Sejuta. Di ruang ini masih tersisa kesan lombong asal yang tidak di simen seperti laluan yang digunakan oleh pengunjung. Television dan rakaman suara dalam bahasa melayu dan inggeris bagi menerangkan kisah yang berlaku berkaitan dengan Lubang Sejuta ini.

Kisahnya adalah apabila sekumpulan pelombong telah berpakat untuk melakukan perlombongan secara haram pada waktu lewat malam.Dikatakan apabila mereka membuat letupan, gegarannya dapat dirasai oleh penduduk setempat. Mereka mengutip hasil bijih bernilai hingga mencecah RM3ribu setiap hari sehinggalah dikatakan akhirnya mereka berjaya mendapat hasil bernila RM1juta. Bayangkan nilai RM1juta pada masa tersebut. The best part? Sehingga hari ini tiada siapa tahu identiti pelombong tersebut malah tidak diketahui apa yang mereka lakukan dengan hasil bijih itu.


patung-patung menunjukkan para pelombong mengaut hasil bijih di lubang sejuta

Laluan lombong ini panjang dan sangat menarik untuk penggemar sejarah tapi saya tidak dapat habiskan laluan ini hingga ke hujung jalan yang di buka untuk pengunjung. Jika berkesempatan datang lagi, pasti saya akan habiskan meneroka laluan lombong ini. Untuk keluar dari lombong ini pula, kita perlu berpatah balik ke tempat permulaan. Jangan risau kerana beberapa check-point akan di jaga oleh pekerja di sini bagi membantu pengunjung. Kita boleh pilih untuk naik semula keretapi tadi ataupun keluar mengikut satu laluan keluar di sebelah kiri.

laluan keluar
Di laluan keluar ini kita akan berjumpa dengan rel keretapi yang dioperasikan dengan tangan. Macam dalam cerita kartun tu. Boleh cuba sendiri menggerakkannya guna tenaga kita sendiri la. Berpeluh-peluh tak payah cakap la. Bayangkan macam mana pelombong zaman dulu menggunakannya. Tak de gambar ye sebab kena sabotaj huaaaaaaa


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites