Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Sungai Lembing [part 2]


pintu gerbang sungai lembing
Settle urusan bilik terus keluar jalan-jalan Sungai Lembing. Tempat pertama wajib pergi mestilah muzium Sungai Lembing. Stuktur muzium ini masih seperti zaman dahulu. Terletak di atas bukit merupakan salah satu tempat tinggal pentadbir pada masa itu. Bangunan ini juga pernah menjadi istana hinggap Sultan Pahang terdahulu. Tiket cuma RM2 untuk dewasa.

depan kawasan muzium
jalan menuju ke muzium dari pintu masuk
pam air lama
bangunan muzium ini asalnya residen pegawai british suatu masa dahulu
pintu masuk muzium
Bermula dari sebelah kiri bawah yang menjelaskan asal usul nama serta pembukaan Sungai Lembing. Salah seorang lelaki melayu berpengaruh dalam aktiviti melombong bijih pada masa itu bernama Tok Tangguk. Apa yang membuatkan saya ingat sangat dengan nama ini ialah kerana terdapat satu kampung berhampiran kampung saya yang bernama Tok Tangguk. Mengikut catatan sejarah Tok Tangguk di katakan berasal dari sekitar Temerloh atau Chenor. Ye la tu kot. Kampung saya dalam jajahan Mengkarak, suatu masa dahulu dalam daerah Temerloh. Sekarang dalam Daerah Bera.

sejarah awal perlombongan di sungai lembing

Seterusnya sejarah permulaan aktiviti melombong dan di ruang sebelah kanan pula diletakkan peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh pelombong pada masa tersebut. 


antara alatan melombong
carta aktiviti harian pekerja lombong
alat-alat timbangan

Di bahagian atas pula, diletakkan beberapa replika laluan dalam lombong. Cara melombong, jenis,teknik, material yang ditemui di lombong Sungai Lembing, proses mendapatkan bijih dan sebagainya. Sangat bermanfaat untuk pelajar sekolah dan peminat sejarah.

replika laluan keretapi dalam lombong
antara hasil mineral
buku kehadiran dan rekod-rekod pekerja

Perkara yang paling menarik perhatian ialah lombong Sungai Lembing ini merupakan yang terbesar di dunia, hingga dikenali sebagai Eldorado of the East. Berkeluasa 322km iaitu lebih jauh dari perjalanan Kuala Lumpur ke Kuantan. Kita selama ni asyik tengok cerita hollywood dan pelbagai cerita asing lain mengenai perlombongan sedangkan negara kita sendiri punyai tinggalan perlombongan yang sangat hebat.

model lombong bawah tanah di sungai lembing

mercu tanda muzium

Selesai menikmati fakta-fakta sejarah di muzium, kaki ini menjejak jambatan gantung pula. Laluan menuju ke jambatan gantung ini sangat menarik ye, kerana dikiri kanan jalan kelihatan tapak lama kilang memproses bijih yang telah menyembah bumi. Oleh kerana baru sahaja hujan Sungai Lembing di limpahi air keruh dan deras. Sedangkan pada waktu biasa dikatanya pemandangan sungai ini sangat indah hingga dikatakan seperti sungai yang dipaparkan di National Geographic.

antara salah satu jambatan gantung yang ada

Hari hujan, sejuk dan keletihan, minum petang yang dicari. Terus ke Astaka Selera kerana kebanyakan kedai lain tidak beroperasi. Mungkin kerana cuti sekolah? Pilihan saya pastilah teh tarik. Makanan untuk petang tu kurang pilihan, saya ambil mee jawa. Rasa so-so je. Sebelum pulang ke bilik singgah kedai runcit untuk beli apa yang patut memandangkan tiada apa di bilik.


mee jawa. telur sebiji betul dia bagi





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites