Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Fit for Maharani

Dah kalau merambu tak sahlah kalau tak de aktiviti jalan-jalan cari makan. Dah penat hari sabtu mendaki Gunung Ledang, hari ahad pulak aktiviti makan-makan dari pagi sampai malam. Lets ber-jjcm


1) Sai Kee Kopi 434

Coffee Queen

Letaknya di No. 121, Jalan Maharani, Muar. Betul-betul tepi jalan besar. Warna kuning. Kedainya luas dan selesa. Selain menghidangkan kopi makanan lain juga ada disediakan. Kopi paling popular, kopi elephant rasanya. Tapi saya pilih Coffee Queen untuk dicuba. Rasanya agak light. Untuk Coffee Queen yang panas akan diletakkan dengan bunga. Wangi je bau kopi.

Since kami datang sebelah pagi (pagi la sangat), makan roti bakar aje la. Itu pun kongsi je. Selain dari minum di situ, boleh juga beli kopi yang telah siap dipek, 3 in 1 pun ada.

Kalau datang Muar tak merasa minum kopi 434 maknanya tak sah perjalanan korang. Kena datang lagi hahaha So, jangan lupa singgah okey?

suasana dalam kedai kopi

2) Mee Bandung Abu Bakar Hanifah

Mee bandung Muar. Sape tak pernah dengar tak tau la ye. Makanan wajib cuba kalau dah sampai ke Muar ni. Jom try mee bandung Abu Bakar Hanifah yang terletak di Jalan Abdullah.

Korang jangan terkejut pulak bila dah sampai. Sebabnya, stall yang di Jalan Abdullah ni menumpang kopitiam di sini. Stall kecik aje la. Kalau nak ke kedai yang lagi besar boleh ke Tanjung Emas.


Selain mee, boleh minta kuey teow bandung. Apa yang istimewa sangat dengan mee bandung muar ni? Of course la kuahnya menggunakan udang kering. Walaupun iols ni tak berapa tahan makan udang kering tapi makan mee bandung ni tak pulak rasa gatal-gatal. Yang best, memang tak lokek udang dan daging. Nyums nyums. RM5 je sepinggan



3) Kari Kambing 40 hari

Dari Muar kita Yong Peng. Gigih sangat tau. Teruja nak makan kari kambing 40 hari ni yang kononnya sedap sangat tu. Apa yang 40 hari? Perap 40 hari ke? Rupanya 40 hari tu simbolik khuruj di jalan Allah 40 hari. Well, makan kat sini hidang dalam dulang/talam. Simbolik mengeratkan ukhwah.

Kedai ni punyala penuh manusia, nak-nak geng motor. Pelanggan berbaris tak payah cakap la panjang. Tapi yang bestnya, servis laju sangat. Sekejap je dapat dah. Yang mengemas meja pun cepat, termasuk yang menyapu lantai. Sentiasa ada yang bertugas.


Yang geng-geng lelaki satu talam kongsi 4 orang. Yang gugirl kami kongsi satu talam 7 orang. Setiap talam dah set dengan satu jag air sirap. RM44 sahaja 1 set. 


Verdict? Oh my, kenapa la Air Hitam tu jauh sangat? Sedap weh kari daging dia. Lembut sangat. Tak hamis pulak tu. Lepas tu rempah dia secukup rasa tak pekat sangat. Kiranya lepas makan tak de la bau melekat pada tangan.

Mana yang tak makan kambing jangan risau, ada di berikan sekali dengan ayam. Saya tak boleh komen la rasa ayam tu macam mana, tak jamah pun sebab sedap sangat makan kambing. Lagipun ada geng yang tak makan kambing, bagi aje la dia orang makan ayam.

Air sirap pun seikhlasnya. Rasa macam rasa air sirap kenduri pulak. Nyaris tak cukup. Eh..hello..kami kongsi 7 orang tau. Memang perjalanan yang berbaloi-baloi. 

NOTA
Buka pukul 7.30 pagi hingga 3 petang sahaja


4) Kopitiam Mr Manshor

kopi extra power panas RM17

Jangan percaya kepada apa-apa yang ditularkan. Tak semuanya best okey? Termasuklah pergi mengopi kat sini. Kedai ni letaknya tepi jalan je laluan Seremban-Kuala Pilah. Geng-geng motor selalu lepak kat sini. Ada juga yang gelar kedai kopi tumpah.


Kami sampai hampir pukul 7 petang dari Air Hitam. Nampak ramai pengunjung di kedai tapi tidaklah sampai ada yang perlu berdiri. Semua dapat meja dan tempat duduk termasuklah kami. 

Cawan, gelas, pinggan mangkuk pelanggan sebelum kami penuh atas meja. Puas tunggu pekerja datang kemas, beberapa kali panggil pekerja minta tolong kemaskan, sorang pun tak datang ke meja kami. Sudahnya KJ cari baldi dan kami kemas sendiri meja.

Lepas tu nak mempercepatkan kami dapat air, tulis aje lah sendiri order masing-masing. Tanya tentang makanan , pekerja kata semua dah habis. Okey, fine tak pe. Dah dekat nak pukul 8, satu air pun tak de sampai ke meja kami. Meja sebelah yang datang lewat dari kami dah dapat air. Macam mana tu?!

Sudahnya tanya pekerja, katanya tengah buat. Ada pekerja perempuan yang tengah makan dah nampak kami bengang dan asyik panggil staff tanyakan order kami, datang tanya dan bagitau makanan ada. Dia boleh masakkan. Tapi bila staff lain datang bagitau pula, makanan memang tak de!

Dah beberapa kali tanya pasal air finally air pun datang. Saya minta kopi extra power ais. Tapi tak boleh nak panggil kopi lah. Rasanya lebih kepada mocha yang sangat kaw. As penggemar mocha taste bud saya rasa okey je.

kopi extra power ais RM18

Mijah tak minum kopi so dia order coco walit. Tanya beberapa kali pada staff, katanya coco walid ialah air coklat.  Sesampainya air coco walid tu. bila rasa, kopi! Coco dengan kopi lain lah! Rasa kopi walit tu macam latte yang sangat la light.

Untuk kedai kopi yang katanya dah beroperasi sejak 1957 dan selalu jadi tumpuan,  viral a.k.a tular pulak tu, pengurusan kedai kopi ni sangat teruk. Pekerja kurang manner langsung tak de nak minta maaf pasal lambat ke, pasal makanan habis ke, pasal tak kemas meja ke. Takkan lah semua pekerja rehat untuk solat maghrib dalam masa yang sama sampai tak cukup orang nak kemas meja dan ambil order? Mestilah ikut giliran. Dalam pukul 8 tu lah tiba-tiba muncul ramai pekerja dari entah mana. Staff pun tak tahu makanan betul-betul dah habis ke ada. Sorang cakap ada sorang kata dah habis. 

Rasanya pelanggan tak ada masalah nak bayar kopi yang mahal kalau kena dengan rasa dan servisnya. Harap pihak pengurusan segera ambil tindakan dan tolong latih para pekerja. Jenguk kat FB page Kopi Manshor ni dah ada yang complaint tentang servis a few month ago. Tak de tindakan diambil ke? 


kecewa

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites