Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Budapest, Hungary


Budapest (disebut Budapesh), terdiri dari dua bahagian iaitu Buda dan Pest yang dipisahkan oleh Sungai Danube. Kami gerak ke sini dari Vienna via train awal pagi. Di sini kami menetap di sebelah Pest. Sementara menunggu check in hotel kami berjalan-jalan habiskan masa berdekatan dengan hotel dan bila dah boleh check in kami segera keluar meneruskan aktiviti berjalan-jalan. Target kami untuk ke Buda Castle.

dekat area hotel
tramp

Nak ke Buda Castle mesti menyeberangi Sungai Danube dan kami pilih untuk jalan kaki! Bukan apa, nak menikmati pemandangan di pinggir sungai dan juga nak enjoy feeling melalui Chain Bridge yang sangat famous tu.

background Buda Castle dari Pest
Chain Bridge

Di Budapest ni memang banyak jambatan dan yang paling dekat dengan hotel kami ialah Liberty Bridge. Jambatan yang paling popular pula ialah Chain Bridge. Yang paling sibuk.

tengah-tengah Chain Bridge
end of Chain Bridge

Dari hujung Chain Bridge ni dah boleh nampak funicular untuk naik ke Buda Castle. Menyeberang jalan je. Harga tiket funicular 1,800 Huf pergi balik.

funicular station
pintu terowong laluan kereta disebelah kanan station funicular
di sebelah kiri funicular

Sampai di atas keluar aje dari station funicular terus aje tersergam pintu masuk Buda Castle. Masa sampai tu duk dengar lagu punya la kuat, ingatkan event apa la. Rupanya ada penggambaran filem. Bollywood okey. Tak tau la tajuk apa.

NOTA
Dari castle boleh ke Fisherman Bastion

depan pintu masuk, belakang tu patung Turilbird, burung dari kisah mitos
crew penggambaran filem Bollywood dalam kawasan tape merah putih

Kami tak ambil tour castle di sini. Enjoy duduk lepak depan castle dan jugak view Pest yang sangat la marvelous.

Buda Castle & monument Prince Eugene of Savoy
view Pest

Dah puas melepak, berposing here and there kami pergi ke sebelah belakang istana. Masa kami datang ni sebahagian istana dalam proses baik pulih. 

Matthias Fountain

Dalam pada tu sempat pulak beli Kurtoskalacs untuk alas perut dari gerai yang berjual di belakang castle ni. Roti ni popular di Budapest ni. Doh roti akan dililit pada besi panas dan dibakar kemudian diperisakan. Yang kami makan ni rasa cinnamon.

statue of the horseherd dalam view Kurtoskalacs

Siap makan kami turun la semula dan sambung menapak ke sebelah Pest semula, dan lalu di depan bangunan Hungarian Science Academy.

monumen Szarvas Gabor (wrestler) berlatar belakang akademi

Dari situ kami terus berjalan sampai la tiba di satu lorong ni Zrinyi Utca, dari jauh dah nampak satu lagi landmark Budapest, St Stephan Basilica.


Di penghujung jalan ni sebelum masuk ke dataran depan gereja ada aje la yang menarik perhatian saya.

one of famous statue, the fat policeman
Patina Ontode

Dekat sini jugak mata saya terus tertarik pada satu kedai. Kedai gelato yang menjual gelato mereka dalam bentuk bunga mawar. Gelarto Bistro.


Harganya untuk 2 perisa 500 Huf, 3 perisa 600 Huf dan 4 perisa 700 Huf. Saya pilih tiga perisa, rasberi (merah), mangga (kuning) dan pistachio (hijau). Yang rasa pistachio paling sedap!

me with gelato rossa berlatarbelakangkan St Stephan Basilica

Dari sini kami ke Hard Rock Budapest dan terus nak balik semula ke hotel memandangkan hari makin gelap. Sampai dekat dengan lorong ke hotel kami, lepak dulu depan satu bangunan ni. Tiba-tiba ramai aje orang keluar dari bangunan ni. Bila tengok pada papan tanda rupanya ni Fakulti Undang-undang. Hevat sangat gaya keluar habis kuliah pakai trench coat bagai. Hahaha dah sejukkan kena la pakai kot. Terkenang zaman study law jugak dulu, horrornya iols dengan Ella. Penat gelakkan kecomotan masing-masing. Dulu la.

nama universiti sempena nama beliau seorang ilmuan terkenal Hungary

Lepak di luar malam-malam musim luruh memang bukan kerja la. Sejuk. Dah sejuk mesti lapar. Saya la yang selalu lapar tu. Dah tak larat nak cari tempat makan kami masuk aje kedai makan dekat dengan Law Faculty tu, Hummus Bar sebelum balik ke hotel.


NOTA
Tak semua local people boleh berbahasa Inggeris

menu

By the way, kedai ni tak de daging/ayam halal ye. So, saya pilih falafel aje untuk makan. Bebola sayur makan dengan roti. Macam burger tapi isinya semua sayur. Jadilah untuk alas perut.


Keesokan harinya pagi-pagi kami dah gerak ke Hero Square. Cuaca memang kurang baik. Hujan dari pagi. Walaupun tak lebat tapi sejuk uols.

hentian Heroes Square

Heroes Square ni letaknya dekat dengan City Park. Apa yang ada di Heroes Square ni? Actually ianya merupakan satu dataran yang agak besar, meletakkan Millenium Monument yang merupakan peringatan tokoh-tokoh yang pernah menyumbang jasa kepada Hungary.


Kalau kita di sini, kita akan nampak satu monumen macam makam warna kekuningan dalam kawasan yang berpagar. Ni ialah Tomb of Unknown Soldier. Tanda ingatan kepada mereka yang terkorban dalam mendapatkan kemerdekaan negara ni.

Lepas tu di belakangnya ada satu tiang yang puncaknya ada patung Gabriel. Di bawahnya ada patung-patung yang merujuk kepada Seven Chieftains of the Magyars, orang-orang yang telah memimpin orang Hungary ke Carpathian Basin.

Statues of the Right Colonnade dan Statues of the Left Colonnade pula meletakkan  figura-figura pemimpin tertinggi yang pernah berjasa kepada Hungary. Kesemua statues dan monument ni membentuk Millenium Monument.

Millenium Monument terdiri dari Tomb of the Unknown Soldier, berlatarbelakang The Column, Seven Chieftains of the Magyars, Statues of the Right Colonnade & Statues of the Left Colonnade
dari kiri: King Stephan I of Hungary, Gabriel Bethlen & King Coloman of Hungary

NOTA
Sila datang awal-awal pagi, tengahari sikit je dalam pukul 11 cam tu manusia tak payah cakap la macam ada konsert.  

Bukan Millenium Monument je ada di sini, ada juga Kunsthalle Budapest (Palace of Art) di sebelah kanan, Museum of Fine Arts di sebelah kiri dan Vajdahunyad Castle di sebelah belakang. 

Kunsthalle Budapest (Palace of Art)

Disebabkan saya sangat suka fairytales, mestilah saya teruja nak pergi ke Vajdahunyad Castle. Korang yang datang ke Budapest tu mesti,mesti,mesti singgah ke istana ni. Sebabnya? Memang macam dalam cerita fairytales uols. Korang bayangkan masa kami sampai pinggir istana ni nampak asap keluar berkepul-kepul dari cerobong, rekabentuk istana pun betul-betul macam dalam movie. Memang teruja habis.


dari tepi
pintu gerbang
dekat pintu gerbang
gereja

inner beauty
Istana ni di bina berperingkat-peringkat dalam pelbagai era. Sebab tu bangunannya ada bermacam-macam design. Ada Romanesque, Gothic, Renaissance, dan jugak Baroque.


Well actually sekarang ni istana ni merupakan Museum of Hungarian Agricultural yang juga terbesar di Eropah. Jangan lupa cari patung Anonymus dalam kawasan istana ni. Seram weh. Macam datang dari movie Harry Potter je. Padahal dia merupakan penulis siri Deeds of Hungarian. Identiti sebenar penulis ni tak di ketahui.

NOTA
Anonymus antara statue popular di Budapest 


Dari Vajdahunyad Castle kami balik semula ke town untuk ke Hungarian State Opera House. Ralat pula rasanya tak sempat masuk opera di Vienna sedangkan di situlah yang terbaik.

tour ticket & photo ticket (gelang biru)

Harga tiket untuk seorang dewasa 2990 Huf/€11.5. Kami juga ambik tiket mini concert 690 Huf dan juga photo ticket  500 Huf (kongsi with Ella). Photo ticket ni adalah kebenaran untuk ambil gambar di kawasan-kawasan tertutup. Takde gelang biru ni, petugas akan halang kita ambik gambar.Tidaakkkkk. 

NOTA 
Pastikan pilih waktu tour yang betul. Ada pelbagai pilihan bahasa. Sila tepati masa

ruang legar

Mula-mula tu kami di bawa ke pelbagai ruang dalam bangunan opera ni, ruang makan, ruang merokok dan macam-macam tempatlah,  termasuklah sampai ke ruang balkoni luar. Nampak bangunan dan pemandangan dikeliling bangunan opera ni.



Last sekali baru kami dibawa ke ruang yang ditunggu-tunggu, pentas utama. Sangat-sangat marvelous uols. Siapa peminat sejarah, seni, rekabentuk bangunan memang saya highly recommend ambik tour ni

pentas utama dari sudut VIP seat

Last but not least mini concert! Macam saya dah bagitau di atas kami beli tiket mini concert. Keluar aje ruang pentas utama kami di bawa ke area tangga. Duduk ramai-ramai atas tangga! Hahahha penyanyi opera keluar dan menyanyikan dua lagu untuk kami. Konsert tangga pun konsert tangga la. Ternganga mulut kitaorang uols. Rasa macam tengok dia miming je. Punya la dasyat suara.

muka dedua terhibur puas hati walaupun opera tangga jer

Haaa sebab apa kami panggil opera tangga? Kat tangga bawah tu je la kami duduk. Penyanyi tu pun menyanyi kat tepi patung tu je. Patung yang bertindih dengan watermark.


Masa tengah bersesak-sesak dengan pengunjung lain kat opera nilah saya di sapa Yen, traveller dari Malaysia juga. Dia dah aim kami sebab style saya pakai shawl. Teragak-agak dia tanya dari Malaysia ke Indonesia. Bila bagitau je dari Malaysia, dia punya la teruja dan tanya apa next agenda kami lepas Opera. Kami masa tu pun tak pasti lagi nak ke mana sebab kena tengok time juga kot-kot tempat yang kami nak pergi dah tutup. Terus Yen dan suami ajak kami join next port dia orang. New York Cafe. 

bangunan letaknya restoren ni

Restoren ni dinobatkan restoren paling cantik dalam dunia. Waaaaaahhhh keles sangat merasa jejak kaki ke restoren paling cantik. Dalam dunia okey. Apa yang cantik sangat?


Okey.Memang cantik. Memang meletop okey. Macam dalam hall istana okey. Pulak tu ko makan sambil orang main muzik ala-ala orkestra klasik. Ko pun rasa macam orang kaya dalam filem.


Saya, Ella, Yen dan suaminya memang teruja habis. Satunya dapat masuk dan nak makan di restoren paling cantik dalam dunia, keduanya and the best part berkongsi keterujaan ni dengan traveler senegara. Apa lagi cakap bahasa melayu ajela kami, bertukar-tukar tips dan cerita tentang negara yang kami datang dengan negara yang kami bakal jejak.

selfie sambil-sambil borak & tunggu order sampai

Tengah kami semua ralit berborak, tiba-tiba ada mat saleh menyapa kami. "korang semua dari Malaysia ye?" HAAAHHH. Kami semua punyala terperanjat, sebabnya mat saleh tu cakap bahasa melayu. Adoiiiiii. Rupanya dia pernah menetap di Malaysia ikut bapanya bertugas. Lupa pulak nak tanya nama.


mat saleh berbaju hitam tu yang menyapa kami

Well, apa yang kami order di sini? Air mineral je. Hahahah tak de la air mineral je. Kami juga order vegetable pasta. Portion memang besar. Harga memang mahal la banding dengan kos makan kebiasaan kami sepanjang travel.

air mineral je
€13

Lepas makan kami berpisah dengan Yen dan suami. Hari semakin petang dan kami ingin ke bangunan Parlimen. Apa? Skema? Hahahahha


Terletak di pinggir sungai Danube, bangunan parlimen dia orang ni bangunan yang paling besar dalam Hungary dan yang paling tinggi di Budapest. Rekaan bangunannya gothic. Dinobatkan sebagai bangunan parlimen paling cantik dalam dunia. Kelesss...sepanjang di Budapest, semua yang paling cantik dalam dunia, paling besar dalam dunia jela yang kami pergi kan? 


Kami melepak di sini sampai gelap. Gigih uols dalam pada sejuk sampai ke tulang sumsum tu. Punya la nak menunggu lampu terpasang. Nak bergambar punya pasal. Well, its worth it!. Cantik sangat!


Betul-betul tak jauh pun dari bangunan parlimen kelihatan deretan kasut dilekatkan dipinggir sungai Danube. Sebagai satu memorial memperingati kisah mereka yang dibunuh oleh Arrow Cross. Mereka diperintahkan untuk menanggalkan kasut dan ditembak. Mayat mereka jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan. Hari kedua kami berakhir di sini.

berlatarbelakang Chain Bridge & Buda Castle

Pagi-pagi hari ketiga, kami bertolak ke Buda, turun di Batthyány tér. Buat apa? Habiskan masa menikmati bangunan parlimen yang terlalu cantik tu dari seberang sungai pulak. Barula nampak jelas seluruh bangunannya.


Kami patah balik semula ke Pest dan turun di parlimen. Tujuan kami tak lain tak bukan nak beli tiket tour. Harga tiket 5,200 Huf. Dalam RM80 juga tu weh. Memang mahal tiket tour ni. Macam biasa ambil sesi english. Dapat sesi lewat petang. Dan the best part kami antara pembeli tiket yang akhir untuk sesi yang kami pilih. Siap beli tiket kami pilih nak melepak tepi bangunan parlimen ni memikir apa nak dibuat lagi sementara menunggu sesi kami petang nanti.


Tengah melepak tu terperasan yang dinding dekat dengan kami tu ada kesan tembakan. Bila tengok betul-betul tulisan 1956. Bila jenguk rupanya ada tangga turun ke bawah dan kami pun turun. Rupanya ini adalah memorial memperingati mangsa-mangsa kejadian pembunuhan beramai-ramai pada 25 Oktober 1956. Kejadian ni dipaparkan dalam bentuk bergambar dan juga 3D di memorial ni. Ada juga tinggalan sisa kejadian yang disimpan di sini. Pihak memorial juga mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian berdarah itu memberikan informasi memandang masih banyak detail kejadian yang belum diperolehi.  


Naik semula dari memorial, saya spend time menyaksikan Honour Guard berkawad mengeliling tiang bendera. Fuhhh kalau guard Malaysia pakai macam ni harus berkepam. Dekat sini sejuk ya ampun dengan angin bertiup sampai ke tulang rasa.


Dari bendera nak gerak ke Kossuth memorial pun sempat lagi bergambar-gambar. Nak buat macam mana, kawasan ni memang cantik berlatarbelakangkan bangunan parlimen.

pemandangan setentang dengan tiang bendera/Honour Guard
banyak bangku disediakan untuk pengunjung

Memorial Kossuth dibina bagi memperingati Presiden Lajos Kossuth. Tak tahan sejuk dengan angin kuat yang teramat sangat kami decide untuk ketempat lain yang lebih hangat.


Iaitu pasar hahahahah Budapest Great Market Hall. Bangunannya sangat cantik pada pandangan saya. Bangunan ni dah dibina sejak 1897 lagi. Punya la lama. Memang sesuai la dengan namanya "Great"


Bukan je design luarannya "Great", dalam bangunan ni sendiri pun fuhhh. Memang kagum. Besar. Luas. Bersih! Dan yang bestnya kami datang bukan waktu puncak, jadinya pasar agak lengang. Amannya perasaan.


Kalau dah pasar tu memang macam-macam la barang yang ada ye. Mak ayah je tak de jual. Oh ye, Hungary merupakan pengeluar utama paprika. So, paprika memang tak payah cakap la ada macam-macam jenis paprika ada jual di sini. Yang raw, yang kering, yang serbuk. Pilih je.



Sayurnya ya ampun, segar-segarnya. Geram betul. Murah pulak tu. Memang pengsan kalau bawa mak-mak shopping barang dapur kat sini.

cantik pulak kobis bunga ni

Since kami datang ni halloween pun dah tak lama lagi, kebanyakan gerai menjual labu untuk dekorasi. 


Bukan je barang-barang mentah, ada juga gerai-gerai yang jual makanan. Pilihan kami apa je. Of course gerai roti. Cuba la tengok harganya. Murah-murah je harga roti.


Kami beli Sajtos Rolo/Cheese Roll untuk alas perut. Roti lompong yang disumbat dengan keju dua-dua side. Satu 250Huf. Lebih kurang RM4 la.

NOTA
Jangan lupa cuba roti traditional di sini Retes. Kami beli perisa cherry campur poppy seed. 


Tengah saya terhegeh-hegeh mencari angle dan pencahayaan yang paling mantap nak ambil gambar close up sajtos rolo yang kat atas ni, tiba-tiba ada sorang perempuan melompat depan saya, "akak dari Malaysia ke?" Yaaa!



Rupanya adik Ari ni study kat sini. Sorang je student Malaysia kat sini. Huntongla uols further study oversea. Weols kena kumpul duit nak jalan- jalan oversea tau. Dah borak-borak ngan Ari kami naik pula ke tingkat atas. Area menjual cenderahati. Yang paling obvious alas meja bersulam. Macam biasa yang hasil mesin mestila murah banding yang sulam tangan.



minatnya yang hitam ni! harganya? gulp!

Dah agak-agak nak petang kami gerak semula ke parlimen. Still masih ada masa sebelum turn kami untuk tour parlimen. Kami decide untuk masuk ke Museum of National Assembly. Terletak dalam bangunan parlimen ni juga. Pintu masuknya dekat dengan kaunter beli tiket tour. Masuk percuma! Tapi kita tetap diberikan tiket. Museum ni berkisar tentang permulaan sistem parlimen di Hungary khasnya The Diet, bukan diet tak makan nasi. The Diet ni badan legislative yang terawal masa zaman pertengahan dulu. 

NOTA
Tiket yang dia beri tu boleh digunakan untuk ambil gambar. Masukkan dalam mesin khas, then posing di tempat yang dah ditetapkan, tunggu camera ambik gambar. 



NOTA
Tiket yang sama juga digunakan untuk tandatangan meterai pada dokumen The Diet ni. Best tak?


NOTA
Dua-dua gambar ni percuma je. Keluar dari muzium boleh ke mesin dekat dengan kaunter, masukkan tiket dan key in alamat email. Gambar-gambar akan diemail ke email kita.

Siap aje kami key in alamat email. Tak lama lepas tu giliran kami untuk tour english version. Jom tengok betapa grandnya parlimen dia orang ni.

NOTA
Sila tepati waktu, lebih baik bersedia lebih awal dari waktu yang kita pilih. Once group pilihan kita dah masuk, kalau kita baru sampai memang tak dibenarkan masuk walaupun nak join group yang kemudian. Tiket burn. Sangat strict okey.

tempat kami mula masuk. gahnya keemasan

Kawasan yang paling wow sekali sepanjang tour ialah main hall. Mak aih memang cantik sangat-sangat. Dekorasi keemasan buat rasa macam dalam istana pulak. 

NOTA
Di sebelah main hall letaknya central hall yang sangat gelap dengan cahaya lampu yang paling minimum menempatkan The Holy Crown of Hungary. Mahkota original yang di gunakan ketika perlantikan raja sejak abad ke 12. Cahaya terang dan ambil gambar tak dibenarkan bimbang merosakkan mahkota. I is impressed! 

main hall

Kami meneruskan lagi tour kami hinggalah akhirnya kami tiba di assembly hall House of Magnates. Cantiknya!


Tour kami di teruskan hingga akhirnya kami keluar di kawasan pameran yang menempatkan antaranya model bangunan parlimen sendiri. Keluar je dari kawasan pameran terus je bahagian cenderamata untuk sesiapa yang berminat.

payung

Kami berdua keluar dari parlimen dengan perasaan puas hati sebelum pulang ke hotel ambil beg dan gerak ke Budapest-Nepliget untuk ke Prague pula!


2 comments:

  1. hye kak fariha. boleh sy tahu akak ada contact no or info ari student di hungary tu ke? sbb sy bercadang untuk further my study dekat hungary..-abby-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Abby, sorry baru perasan ada komen ni. boleh contact dia via IG dia, "saridasmileeeeee"

      Delete

7 Days, 7 Favourites