Hasil survey di TripAdvisor, kami pilih hotel ni untuk menginap di Budapest. Selain harganya yang munasabah, letaknya berdekatan dengan kemudahan awam dan sarapan juga disediakan. Ikutkan review layanan juga tip top. Dengan kos RM294 seorang untuk 2 malam, tidur di hotel memang berbaloi-baloi. Hotel ini berada di Pasareti ut 29, Pest.
Kami gerak ke Budapest pagi-pagi dari Vienna menaiki train. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam macam tu. Terus je tuju ke hotel. Cuaca tak berapa cantik hari kami sampai tu. Tapi nak komplen apa musim luruh kan?
Sampai aje di hotel kami terus tuju ke receptionist dan hand over dokumen tempahan kami. Everything sangat-sangat smooth dan seperti komen di TripAdviser layanan staffs memang tip top. Since kami tiba awal kami belum boleh lagi check in bilik, tapi pihak hotel ada menyediakan bilik utility untuk letak beg. Syukurlah.
ruang menunggu dekat receptionist |
macam-macam pamplet untuk kegunaan tetamu |
laluan untuk naik ke tingkat atas. |
Selesai urusan documentation dan tinggalkan beg, kami pilih untuk berjalan-jalan di tepi Sungai Danube sambil menikmati pemandangan seberang sana iaitu Buda. Agak-agak tengahari kami pulang semula ke hotel untuk ambil beg dan check in bilik. Bilik kami kecik je uols. Jadilahkan. Nak murah, tapi nak tido hotel, lagipun bukan nak duduk bilik 24 jam pun. Bilik tempat salin pakaian, mandi dan tidur aje.
pemandangan dari tingkap bilik kami |
Okey, part yang paling saya nak highlightkan tentang kemudahan yang disediakan oleh hotel ni ialah gallery room dia. Bilik-bilik hotel tak disediakan dengan cerek untuk masak air TAPI di gallery room ni kita boleh akses untuk minum air di sini 24 jam. Gallery room ni sangat luas. Banyak meja dan kerusi disediakan untuk kegunaan tetamu.
Selain ruang ini di gunakan untuk rehat, minum air panas dan bersantai, kita juga boleh akses internet/guna komputer yang disediakan. Manala tau nak print tiket kapat terbang ke apa kan.
Cerek disediakan di satu sudut, so kalau dah habis boleh je masak semula. Jangan bawak lari masuk bilik sudahla. Ni untuk kegunaan umum.
Peket-peket teh, gula, lemon, madu dan krimer ada disediakan. Ohoiii..musim sejuk minum air pans memang la saya suka sangat. Coffee machine je yang ada limit time penggunaannya. Sampai 8 malam je kot.
Since hotel ni sediakan sarapan pagi, kami memang bersarapan di cafe ajela. Jangan la budget kami makan sesuka hati mentang-mentang tetamu lain mat saleh yer. Dua-dua hari pilihan makanan kami ialah pelbagai jenis roti, jem, butter, pastri-pastri dan yogurt.
PRO
1) Staff sangat friendly
2) Manager very helpful
3) Berdekatan dengan tram dan train
4) Jarak 5 minit jalan kaki ke Starbucks
5) Boleh guna gallery room 24 jam walau pun dh check out
6) Boleh tinggalkan beg di store room (sebelum check in dan after check out)
CONTRA
1) Bilik yang sangat kecil. Jalan mengiring tau dalam bilik
2) Tiada kettle untuk masak di bilik. Mesti ke gallery room
No comments:
Post a Comment