Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Me & Dancing


Sekarang, selain melancong dan hiking serta jalan-jalan cari makan, menari adalah aktiviti mingguan saya. Saya memang suka menari. Bila saya aktif semula menari ramai pulak yang tanya macam mana saya boleh terjebak dengan tarian ni?

Actually saya dah menari since study UKM lagi. Masa tu sangat-sangat aktif dalam Kelab Tarian dan aktiviti under Persatuan Artisukma (artis-artis UKM) UKM. Era tu siapa yang tak kenal saya kira memang tak pernah datang DECTAR la (Dewan Cancelor Tun Abdul Razak). Wahhh perasan diva. Tapi memang betul pun. Punyala memang spend most of my four years buat degree di DECTAR dan bilik tarian. 

Asalnya tu just ambik subjek kebudayaan untuk Ko-k je. Major in tarian rakyat. Langsung tak de basic sebelum tu. Langsung tak de ye. Memang tak pernah menari. Bila saya tunjuk minat serta kesungguhan dan selalu datang training, senior-senior ajak join kelab tarian.

NOTA
So, mana yang rasa tak reti menari tapi minat tu, jangan segan. Daftar je kelas. Saya pun bermula dengan zero

Bermula dari situlah aktiviti menari saya. Hampir setiap minggu ada je show dalam dan luar UKM. Dalam negara dan luar negara. Luar negara tau. Dan disebabkan mewakili UKM dapat la subsidi bila ke oversea tu. Dan juga kadangkala dapat bayaran lepas show. Kalau ada event besar, makanan comfirm disediakan. Tu tak masuk lagi macam-macam jenis pertandingan tarian antara universiti atau pun negeri Selangor.

So, student uni, mana yang rasa hidup cukup-cukup makan or tak cukup makan, aktif-aktifkanlah diri anda. Bukanlah suruh menari kalau tak minat, tapi apa-apa aktiviti selain dalam kelas yang bukan saja membantu kita bina sahsiah diri dan ajar kita skill organisasi tapi juga boleh jadi sumber wang tambahan dan sumber makan jugak.

Kalau korang nak tau, pencapaian tertinggi saya sepanjang aktif di UKM, saya pernah memenangi Anugerah Senitari dan juga Anugerah Seni Mahasiswi. Saya jugak tak extend tempoh pengajian. Konvo on time macam yang saya janji pada mak saya. Jadi aktif dalam kegiatan luar jangan sampai pelajaran langsung terabai.

Okey actually bukanlah saya baru aktif semula. Saya sebenarnya banyak je join kelas-kelas tarian lain, macam zumba, kelas tarian cina dan lain-lain. Cumanya tak buat show, tu yang orang tak tahu. Dan sekarang saya balik ke cinta pertama saya, tarian melayu/traditional.

Since hujung tahun lepas saya menyertai Raub Dance Art (RADEN) yang tujuan penubuhannya untuk menaikkan semula tarian traditional dalam masyarakat setempat, memberi peluang kepada semua tak kira bangsa dan lapisan umur untuk belajar tarian traditional melayu khasnya, dan jugak alternatif aktiviti menyihatkan.


Dengan kelas sekali seminggu untuk dewasa dan sekali seminggu untuk kanak-kanak tak sangka pulak kumpulan yang saya sertai ni mendapat jemputan untuk buat show. Target kami pun untuk keluar peluh je. Rezeki jangan di tolak ye. 



So, kepada sesiapa yang berada di sekitar Raub, Pahang yang berminat untuk belajar menari, keluarkan peluh jom la join saya, eh bukan saya mengajar tau. Saya pun datang belajar je. Boleh juga jemput untuk buat persembahan. Hubungi je jurulatih kumpulan, Cikgu Azzu 017.966.3616. Kalau bukan kita yang mewarisi dan memartabatkan budaya kita, siapa lagi?

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites