Kami bertolak seawal yang boleh dari Amsterdam ke Haarlem. Perjalanannya singkat lebih kurang setengah jam je dan tiket boleh je dibeli hari nak pergi. Harga tiket €8.40 pergi balik.
Sampainya di station Haarlem, saya rasa terpukau dengan interior station yang masih lagi mengekalkan rekaan lama dulu. Dibina pada tahun 1906 dan merupakan antara stesen keretapi yang tertua di Netherland.
bilik menunggu untuk penumpang kelas 1 |
sejarah pengangkutan dari Amsterdam ke Haarlem |
Stesen keretapi dari side belakang |
Di luar (sebelah belakang) train station ni letaknya parking lot dan tak jauh dari station ni ada patung Wigbolt Ripperda and Kenau Simonsdochter Hasselaer. Mereka berdua ni hero ketika Eighty Years War's menentang penjajahan Spain ke atas Haarlem.
Ripperda & Kenau |
Kami jalan kaki je dari train station menghala ke town. Singgah satu kedai cenderahati, nak belek-belek fridge magnet. Sekali owner kedai yang peramah siap bagi map pada kami. Maps tempat-tempat yang kami boleh lawat di sini. Haish memang langkah kanan sungguh.
life insurance company building. dibina tahun 1918 |
Antara bangunan yang menyerlah yang kami jumpa ialah Butik Pauw, sebuah butik lama sejak 1960. Terletak di bangunan bersejarah sebuah farmasi yang dikenali sebagai Nolf yang menggunakan motto "beginnen can ick volharden will ick volbringhen sal ick"
Masa tengah jalan-jalan terjumpa satu plag atas jalan yang tertulis Kuispoort. Kruispoort rupanya suatu masa dulu adalah pintu masuk ke Haarlem yang telah dirobohkan untuk membangunkan Haarlem sendiri.
Tujuan utama kami ke Haarlem adalah untuk menyaksikan sendiri kincir angin antara yang tertua di Netherland, Molen de Adriaan. Kincir asal dibina pada tahun 1779. Malangnya terbakar pada tahun 1932 sebelum dibina semula.
Actually kincir angin ni masih boleh berfungsi untuk mengisar gandum tapi sekarang lebih kepada tarikan pelancong sahaja. Hujung minggu kincir angin ni dibuka untuk lawatan. Ada mini muzium dalamnya.
Kami terus berjalan disekitar kejiranan di sini. Mungkin disebabkan oleh faktor cuaca, tak ramai orang tempatan yang kami jumpa. Suasana sangat tenang.
Kami tiba di berdekatan dengan Sungai Spaarne. Nampak satu bangunan kecil ada patung kaki atasnya. Ini rupanya bilik mandi awam untuk kegunaan pelancong dan juga mereka yang terlibat dalam sukan air. Patung kaki ni namanya Apollo's Foot. Bukan main unik design public shower pun.
Spaarne river |
Dekat sini juga ada jambatan yang dinamakan sebagai Gravestenenbrug. Jambatan ni dibina pada tahun 1950. Yang menarik sangat tentang jambatan ni sebab ia boleh di angkat untuk beri laluan kepada kapal.
Berdekatan dengan jambatan ni ada dua bangunan berkembar yang rekaannya memang menonjol berbanding dengan bangunan-bangunan disebelahnya. De Olyphant namanya. Merupakan kilang bir sebelum diambil alih menjadikannya premis perniagaan.
Dekat sini juga ada muzium yang dibina tahun 1778! Teylers Museum. Muzium ni menyimpan pelbagai koleksi seni, sejarah dan sains. Kalau siapa yang stay di Haarlem memang highly recommend untuk ke muzium ni.
Kami melalui Dam Street dan sampai dekat dengan Grote Kerk. Bukan dari depannya, tapi di sebelah selatan gereja. Rekaannya berasaskan gothic dan merupakan gereja utama di sini sejak abad ke 15.
Kami menyusur tepi gereja yang sangatlah besar ni dan terjumpa dengan satu ukiran agak unik rekaannya. Namanya "Steekspel opt Haarlems sant" a.k.a The Tournament Rider. Ukiran dua orang pahlawan berkuda masa pertandingan zaman pertengahan dulu, rekaan Eric Claus.
Dari statue tu kami rupanya sampai dah ke Grote Markt, dataran di Haarlem ni. Di sambut oleh ukiran yang agak pelik dinamakan "Zonnevechter" a.k.a The Solar Fighter. Ukiran yang dibuat oleh Athur Spronken. Tujuan utama binaannya adalah sebagai air pancur.
Actually banyak aktiviti yang boleh di buat di area ni. Ada Ten Boom Museum, muzium yang dulunya rumah tempat disembunyikan orang yahudi masa Perang Dunia II. Ada juga De Hallen Haarlem, muzium seni. Ada Vleeshal, dulunya dewan tempat orang berjual daging tapi kami masuk mall, Ella nak beli lipstik hahaha.
dari kanan : De Hallen (bangunan putih), Ten Boom Museum, Vleeshal, Grotekerk & The Zonnevechter |
depan ni ada cafe dan mall |
Di Grote Mark area ni juga, dekat dengan Grote Kerk ada satu statue warna hijau. Patung Laurens Janszoon Coster. Dia adalah pengasas teknik percetakan di sini.
Dan yang tak kurang outstanding, City Hall! Dibina sekitar abad 14 menggantikan istana Count di sini. Asalnya ianya adalah untuk kegunaan tempat pertemuan orang ada-ada. Tapi sekarang ni hanya digunakan untuk majlis perkahwinan.
pintu dan balkoni rekaan dari tahun 1630, tempat pengantin turun |
Dah tak tahan dengan cuaca yang sangat sejuk, air hujan merembas dan angin yang menderu-deru sudahnya kami berjalan je ikut langkah kaki sampai jumpa Coffee Date Cafe. Terus masuk uols. Dah la memang tengah lapar.
Saya order coklat kek dan air coklat panas. Memang kick memang sedap. Owner cafe sangat peramah dan datang sendiri melayan kami, dan tanya feedback kami tentang menu yang kami pilih.
Chocolate cake €3.50 & hot italian choc with banana flavour €3.90. Murah kan? Murah banding dengan kebanyakkan cafe yang kami pergi dalam trip ni.
|
Lepas memanaskan badan kami decide untuk sambung berjalan malangnya cuaca sangat tidak mengizinkan. Hujan makin lebat. Tak tahu berapa kali kami berhenti cari tempat berteduh, dari kedai buku sampailah ke panggung wayang.
dulunya ialah Brakenhoff Broodbakker, kedai roti. sekarang kedai wine |
pemandangan dari kedai buku tempat kami berteduh |
End up kami jumpa satu kedai menjual barangan untuk pet. Masuk aje. Maklumla hujan. Sudahnya Ella beli toys untuk kucing-kucing dia. Saya? Main dengan kucing owner kedai. Bella nama kucing ni. Comel sangat walaupun mukanya grumpy, fluffy!
Since tak de nampak gaya hujan nak reda kami decide untuk balik aje ke Amsterdam. Tak boleh nak buat apa. Cuaca tidak menyebelahi kami. Sebelum balik tu sempat jugak singgah di kedai fries, Friethoes. Fries ni yang organik punya ye, dan kedai ni memang jual fries semata-mata.
senarai harga |
Ada macam-macam size untuk kita beli dan juga pilihan sos. Saya minta mayonis je. Cuaca sejuk makan pulak fries panas-panas, ehhh memang heaven la. Dah siap makan baru kami tinggalkan Haarlem balik ke Amsterdam dan sambung jalan-jalan di sana pulak.
No comments:
Post a Comment