Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Flamingo Hotel


Kakak stay di KL lagi. Kali ni ambik Flamingo Hotel yang terletak di Jalan Ampang. Book last minute makanya majoriti hotel area pilihan dah fully book. Ambil la jua hotel ni dan offernya pun bukan main murah. RM130.89 untuk Deluxe Premier Room without breakfast. Walaupunnnnn adik-adik kakak duk menyatakan hotel ni berhantu dan sebagainya wahaha

Yup, hotel ni memang hotel lama dan bilik pun memang design lama la kan. Akan tetapi premier room ni memang best, sebab besarrrrrrr. Ada balkoni dan kakak juga request bilik untuk smoker.   


Kami stay masa malam merdeka hari tu, makanya dapat la tengok fireworks dari balkoni. View malam menarik juga dari level ni. Paginya riuh rendah dengar budak-budak mandi swimming pool di bawah, maklumla cuti sekolah.


Selesai check out kakak posing-posing jua di kawasan hotel. Lepas gian bergambo katanya. Tak habis-habis kan?


As for me, walaupun hotel ni hotel lama, dengan kedudukannya di tengah bandar, harga yang affordable dan pelbagai kemudahan within walking distance kakak rasa menginap di hotel ni berbaloi je. Shopping mall, kedai makan, kedai serbanika, hospital semuanya dekat sini je, boleh jalan kaki kalau mau la.

Till next time bebeh.




Blessed


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Kakak masih bernafas, masih sihat walau pun belum berjaya capai target berat yang kakak mahu. Perjuangan belum selesai. Masih diteruskan. 



Sempena birthday kakak baru-baru ni, kakak ada terima surprise dari En suami. Terima kasih Encik Suami buat surprise birthday walaupun nyaris terlupa uols! Heeee geram betul kita dekat dia. Tapi kakak paham dia tengah duty as frontliner di tempat red zone pula. Sibuknya bukan alang-alang. Dapat la kakak minum petang dengan staf yang lain.



Sempena our 2nd wedding anniversary seminggu selepas birthday, kakak sekali lagi menerima surprise dari Encik Suami. Memang surprise betul sebab dapat call bagitau ada document untuk kakak. Maklumla kita memang selalu terima parcel atau dokument kakak memang tak budget pun orang nak hantar surprise. Pulak tu Cik Delivery tu keluar kereta bawak kertas memang la kita ingat ada dokument. Haaaa surprise! Tqvm my love. Happy sangat. Kembang kuncup perasaan. 
 


Nextnya, kakak terima surprise dari kawan-kawan kakak pula di majlis bacaan Yassin. Biasa setiap hujung tahun memang geng-geng peguam Pahang Barat akan anjur bacaan Yassin dan pot luck. Tak sangka pulak theyols nak nyanyi lagu birthday wuhuuuuu Alhamdulillah, terima kasih Beep, Didie, Mijah, Zura, Cik Tim, Mamo Min & Zaida serta En.Suami chip in for the handbag. Macam biasa, menu-menu potluck kemain sedap-sedapnya. memang ke laut dalam diet. Sekali sekala tak pe.



Btw uols di bulan November juga kakak menerima perkhabaran ada kawan kakak yang di serang strok yang teruk. Memang scary. Kakak dengan pantas buat check-up,  maklumla kadang-kadang tu luaran kita nampak helok je, rupanya dalam dah condemn. Biar check awal, at least mencegah lebih baik dari merawat.

Syukur saat ambil keputusan ujian, kesihatan kakak di sahkan berada di tahap yang baik untuk umur kakak. Bacaan ECG (jantung), tekanan darah, kolestrol, gula, buah pinggang dan hati semua berada di tahap baik dan tiada satu pun yang berada di border bacaan. Kakak nak cari ruang untuk buat mamogram dan papsmear pulak.

Walau berat hanya turun 2 kilo (lebih kurang) tapi pengurangan inci badan mencecah 3 inci ye untuk bahagian badan tertentu. Bila kakak bertanya pada yang lebih berilmu, katanya lemak kakak menyusut dengan banyak walaupun atas timbang sikit aje bergeraknya.

Atas dua sebab ni kakak tetap bersemangat untuk teruskan diet suku-suku-separuh sebagai life time commitment/gaya hidup dan teruskan bersenam.  Perlu turunkan a few kilo lagi demi meringankan beban pada lutut.

So, guys, mana yang baca blog kakak ni terutama yang telah memasuki usia 40-an, cuba lapangkan masa dan buat at least basic medical check up untuk ketahui status kesihatan kita. Kurus tak bermakna kita betul-betul sihat.

Health is wealth.


2nd Anniversary : Two Is Better Than One



On second years of marriage both of us lebih rilex. Less stress, go with the flow, less dengar pandangan orang. Our marriage maybe tak perfect or tak seperti standard marriage. But it work just fine for us.

Simple LDR recipe cara kami

Sediakan Iman
2 sudu besar Komitmen
2 sudu besar Komited
2 cawan Setia
2 cawan Jujur
2 cawan Telus
2 sudu teh Ihsan
2 mangkuk Tanggungjawab
Secubit hadiah dan kejutan
Cinta, kasih dan sayang secukup rasa

cara-caranya : Gaulkan sebati semua bahan, tuangkan atas pinggan sokongan keluarga dan sedia dihidang untuk 2 orang


Happy 2nd Anniversary to both of us!



Another Year Wiser


41 tahun dah umur kakak. Korang nak tau tak, masa kakak di usia muda belia, kakak begitu malu atau sensitif bila orang tanya bab umur nak-nak masa masuk 30-an. Penghujung usia 30-an kakak mulai rasa dont care anymore. Age is just a number. Gittew. But wiser ke? Certain thing la kot.

Masuk usia 40-an ada a few rakan kakak ditimpa penyakit-penyakit yang menakutkan, ada yang dah meninggal, ada yang kehilangan pasangan samada melalui kematian mahu pun perceraian. Kakak insaf. My wise advise to myself dan reader blog hakak ialah...

Take care of your physical health
Take care of your spiritual/emotional/mental health
Take care of your family and close one

In the end, memasuki usia yang lebih matang apa yang penting dalam hidup adalah kesihatan fizikal dan mental, keluarga, rakan taulan yang rapat serta kehidupan yang menenangkan.

Hakak dalam usaha untuk menurut cadangan pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu suku,suku,separuh. Kakak jua cuba mengaktifkan semula gaya hidup. Kalau tahun 2017-2018 memang gila betul join fun run dan virtual run. Maybe kakak kena start semula. Buat masa ni kakak bersenam kat rumah je lah. 

Take care guys.



Coffee Corner

beli di Shoppe je

Since masukkan Coway, kakak fikir better buat Coffee Corner kat rumah kakak. Nampak cantik sikit rumah kan? Kakak seorang tea person manakala En.Suami adalah coffee person. Buat simple je, janji kemas dan teratur. Kakak adjust satu sudut di dapur yang asalnya tempat kakak letak bakul kain kotor lepas tu jadi pantry sementara.


from Eco Shop

Mula-mula kakak beli balang-balang kaca dari kedai RM2 je. Nak bagi seragam. Tak lupa pelekat penanda balang juga. Kakak juga ada balang kaca yang dah lama kakak beli. Buat letak peket-peket 3 in 1. Susun je berjemaah di situ. Mug pun beli di kedai Eco. Kekal dengan konsep black/brown/beige/white.
 

Kakak juga letakkan pinggan decor sebagai tempat untuk letak mug masa bancuh air.  Pinggan tu beli kat mana pun tak ingat. Dah lama sangat. 10 tahun agaknya.Tempat letak mug guna pinggan nasi jah.  Bunga dari Ikea.



Rak untuk letak Coway kakak tempah dengan Rustic Garaj. Kakak memang minta buat rak yang tirus dan muat-muat letak Coway memandangkan rumah dan ruang pun kecik tak nak la pakai meja besar-besar. Trolley pun pakai yang sedia ada. Mau 11 tahun dah usia trolley tu. Dah jadi macam-macam tempat hiasan pun.



Tak lupa kakak letak basket buat letak kudapan bawah Coway. Balang Tupperware tempat letak keropok dan bekas roti. Mudah En.Suami or family yang datang nak buat air sendiri dan ambik apa-apa untuk di makan. So, amacam? Okey tak?

sebelum decor kawasan ni



As White As Cloud


Love is not a feeling. Love is commitment. 

Sampai dah lupa sebenarnya belum ambik gambar berus ni. Dah siap pakai bagai. Brand Essence Cosmetics ni brand drugstore kegemaran kakak baik barang makeup baik berusnya. Kakak harap Essence akan keluarkan berus colorfull macam yang lepas-lepas instead of warna safe macam ni. Tetap jua kakak beli sebab berusnya sedap pakai, murah dan siri ni ada banyak jenis berus. 

Bulan November merupakan bulan yang istimewa untuk kakak. Bulan November adalah bulan kelahiran kakak, juga bulan anniversary perkahwinan kakak. Dengan peningkatan kes Covid-19 usahkan nak celebrate dengan husband, tempat husband kakak bertugas red zone pula. Hanya mampu berdoa aje la. Safety and healthy terlalu berharga buat masa ini. Celebration boleh buat bila-bila masa yang selamat. Betul tak?





7 Days, 7 Favourites