enjoy! |
Siapa yang biasa ke area Melawati, mesti perasan ada satu area makan nama Enjoy's Corner. Bukan restoren tapi boleh kata macam food court. Saya sebelum ni selalu juga lalu kat depan tempat ni tak pernah pulak nak singgah. Nampak meriah je.
Enjoy's Corner ni milik Syarifah Shahirah & suaminya Ijoy. Malam kami datang tu, nampak kelibat Ijoy pun ada di sini. Time kami datang ni tetiba hujan lebat la pulak. Kalau tak boleh pilih tempat duduk open air.
Enjoy's Corner beroperasi setiap hari kecuali Isnin dari pukul 5.30 petang hingga 2.30 pagi.
Lot 29703 Desa Melawati
Jalan Kolam Air
53100 Kuala Lumpur
suasana malam di sini |
Banyak pilihan makanan di sini, dari pelbagai stall. Ada takoyaki, char kuey teow, western, claypot, mexican dan lain-lain. Enjoy's hanya ambik order untuk air. Kakitangan Enjoy's sangat membantu dan fully aware dengan pelanggan-pelanggan yang datang.
Saya pilih air kedondong asam boi. Yang ni saya bagi A. Memang sedap, pekat rasa kedondong. Selalu minum cair je rasa kedondongnya, ni sampai rasa tak cukup. nasib baik tak order lagi satu.
Kedondong Asam Boi RM4.50 |
Takoyaki dia not bad. Saiznya besar, patutla harga RM7. Saya pilih inti sotong. Kelainannya, instead guna mayonis, dia guna mustard. Makan kongsi je, sebab nak rasa food lain.
Takoyaki Sotong RM7 |
Saya order nachos jugak. Okey-okey la. Kalau ada sour sauce lagi sedap kot. Cili jeruk pun kurang. Tapi habis jugak hahaha
Nachos medium size RM7 |
Last sekali order char kuey teow. Istimewanya selain udang dan kerang, lala juga di masukkan. Tengok warna dia macam oren kan? Memang pun, rasa dia lain sikit berbanding char kuey teow biasa. Letak kari kot?
Selain makan dan minum, di sini juga ada sediakan tempat untu bershisha. Kadang kala ada juga persembahan muzik/band di buat di sini. Artis-artis pun rupanya selalu lepak kat sini.
No comments:
Post a Comment