Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Garage 51


Sesekali nak la fefeeling hipster macam orang sekarang ni kan. Lepak dan makan minum di cafe yang di deco cantik dengan menu-menu yang tergeliat lidah nak menyebutnya. Let's kita ke Garage 51.

Cafe ni terletak di Bandar Sunway Petaling Jaya. Landmark mesti la melalui Sunway Pyramid dan terletak berhadapan dengan Sunway University Collegue. Alamatnya adalah No, Jalan PJS 11/9 Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor. Garage 51 beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 11 malam. Tutup pada hari isnin. Cafe ini tidak mempunyai sijil halal tetapi berkonsepkan pork-free. Garage 51 juga rupanya telah menerima Best Cafe Award dari TimeOut KL.

kereta mini sebagai hiasan di luar bahagian tepi cafe

Dah nama pun "garage" kan? Haruslah deco cafe ini pun ala-ala dalam garaj. Di pintu masuk juga disediakan tempat duduk untuk pengunjung yang memlilih untuk menikmati hidangan sambil menghirup udara luar atau pun pilihan bagi individu yang merokok. Yang menariknya, tempat duduk ini diperbuat daripada tong drum. Dibentuk semula, serta dicat. Lalu diletak kusyen untuk keselesaan.

comel sangat seat dia, buat dari tong drum

menu famous d.org. the messed up family!

Masuk di dalam cafe ini, disebelah kiri pintu terdapat ruang untuk menunggu atau ruang membaca atau pun boleh untuk minum di situ. Tempat duduknya juga dibuat daripada tong drum. Kelihatan juga chill box mengisi pelbagai jenis kek untuk memberi pilihan manisan kepada para pelanggan.

ruang menunggu/ruang membaca/ruang minum

Ketika saya sampai di cafe ini hari pun sudah lewat petang, pelanggan memenuhi ruang cafe baik di sebelah atas atau pun bawah bahagian cafe. Tetapi ruang di bahagian atas hanya memuatkan beberapa meja sahaja. Sesuai untuk orang yang tahan gayat hehe

pelanggan memenuhi cafe, termasuk di bahagian atas
pemandangan dalam cafe dari ruang atas

Setelah mendapatkan meja berdekatan dengan dinding, waiter menyapa dan menunjukkan menu yang telah sedia ada di atas meja. Jom kita tengok apa yang Garage 51 ni tawarkan kepada kita.

menarikkan? menu untuk lunch di tukar setiap 2 minggu

senarai menu untuk brunch

pilihan untuk dinner dan light bite

hot stuff! saya pilih "the son"

pelbagai pilihan coffe untuk penggemar

teh, minuman ringan dan juga jus buah ditawarkan oleh cafe ini

Oleh kerana perut masih kenyang, saya hanya memilih untuk menikmati "The Son" dari messed up family menu. Nutella with hints of hazelnut. Sementara menunggu hidangan sampai waiter menghidangkan air masak kepada kami.

air masak dihidangkan

Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah dibahagian bawah penjuru meja terdapat cangkuk berwarna hitam. Rupanya disediakan untuk menggantungkan beg, supaya pelanggan lebih selesa duduk menikmati hidangan.

perkara kecil yang membawa perbezaan besar

Selepas menunggu seketika menu pilihan pun tiba di meja. Amboiii, boleh diabetes kalau selalu minum "The Son" ni. Sekali sekala tak pe la kan. Rupa dan rasa memang sepadan. Cantik dan sedap.

depan "the son" & belakang "the father"

Pandangan saya?

Pro

1)Agak mudah mendapatkan parking, mungkin kerana sudah lewat petang.
2)Layanan kakitangan mesra
3)Pelbagai menu pilihan
4)Tandas bersih dan luas. Sink dan tong sampah juga dari tong drum.

Cont 

1)Tidak sesuai untuk pelanggan muslim yang mementingkan sijil halal.
2)Ruang agak kecik, pilihan meja juga terhad
3)Ketika membuat order,banyak menu yang dah habis



Wish List

Ljubljana




Korang pernah dengar nama tempat ni? Pernah? Bagus la. Saya nak sebut pun tak reti huhu

"It's a big world out there. Go explore"




Sungai Lembing [part 4: JJCM]


Tamat aktiviti di lombong bijih, untuk makan tengahari kami ingin ke Tanjung Lumpur, Kuantan, mencari restoren yang bernama Mabiq. Mabiq adalah restoren yang diusahakan oleh Maahad Tahfiz yang mana hasil keuntungan restoren akan disalurkan untuk pembangunan maahad serta kegunaan pelajar-pelajar.

Fuhhh berpusing-pusing juga nak mencari Mabiq ni. Bukan senang, masuk area perumahan, masuk simpang celah rumah orang. Ingatkan memang sesat dah, rupanya sampai sungguh ke tempat yang di tuju. Sabar aje la.


restoren dan maahad tahfiz ni terletak bersebelahan

Kelihatan ramai pengunjung yang sedang menikmati menu pilihan masing-masing di dalam kedai. Pelanggan yang datang dan pergi juga bertali arus. Kami terus masuk dan meninjau lauk yang ada. Antara lauk yang menjadi pilihan pengunjung di sini ialah daging salai masak lemak cili api (daging salai yang belum dimasak juga ada dijual di sini) dan pais patin. Saya memilih nasi putih, pais patin, ulaman dan sambal tempoyak. Fira memilih nasi putih, patin masak tempoyak, ulam dan sambal. Ella pilih daging salai masak lemak cili api, sayur, ulam dan juga sambal. Terdapat beberapa jenis air termasuk air sirap, anggur dan jagung serta air masak, diberikan percuma. Gambar pais patin tak sempat nak snap. Lapar sungguh hahaha maklumla nak keluar dari sungai lembing sekian,nak cari tempat makan pun dan sekian habis masa. Total damage di sini? RM22-00 je 

notis board yang menarik perhatian saya

Selesai menjamu selera Ella katanya teringin nak beli keropok lekor yang sedap bersama dengan sos keropok yang marvelous! Saya cadangkan kami ke Terengganu saja. Terkejut dia, bukan nak ke Kuala Terengganu la, ke Kuala Kemaman saja, ujar saya. Satu jam dari Kuantan. Ella setuju dan kami menggunakan jalan dalam untuk ke Kuala Kemaman.

Menggunakan jalan dalam membolehkan kami menyaksikan sendiri keadaan jalan yang sangat teruk dengan debu bauksit berwarna oren tebal bukan sahaja di atas jalan, tetapi pada penghadang jalan, penanda jalan, flyover dan sebagainya. Benarlah seperti nama gelaran yang diviralkan di laman sosial. Planet Marikh!

Sampai di Kuala Kemaman kami memilih untuk mencari kedai Aziz Satar. Kedai yang sangat famous sejak zaman dulu lagi. Dulu-dulu kedainya serba kuning. Kerusi meja semua kuning. Perghhh memang penuh kedai Aziz Satar dengan pengunjung. Orang balik kampung kot. Kelihatan para pekerja tidak berhenti menggentel keropok, membakar satar, otak-otak, serta menggoreng udang, ketam dan lain-lain.

famous sejak dulu lagi

Saya memilih untuk order satar dan juga otak-otak. Ella maklumkan saya dia tidak gemar otak-otak. 

Saya: otak-otak kempas ke? aku pun tak suka, tapi cuba dulu otak-otak pantai timur, sure ko kata sedap punya


Ella : Lain ke dengan kempas?



Saya: Lain sangat uols, rasa dulu la



Punya la nak kempen suruh dia makan otak-otak versi pantai timur. Mujur Fira dah pernah makan otak-otak terengganu senang sket nak kempen berdua hihihi. Ella mula mencari keropok idamannya dan Fira mendapatkan udang goreng tepung.

Perkara pertama yang di test haruslah keropok, nak test sosnya juga sedap ke tidak. Memang sedap!!! Tiga-tiga terangguk-angguk kepala sambil puji sos keropok yang sedap dan masing-masing mula mencongak berapa botol sos nak beli hahahah

sos keropok ni memang sedap! 

Then saya mula makan otak-otak dan minta Ella menjamah otak-otak juga. Bila saja di buka sarung daun kelapa otak-otak terus Ella bertanya "eh,isi ikan?" ,"ha ah" ujar saya dan Fira. "Makan sekali dengan rencahnya tu, baru sedap", ujar saya lagi bila melihat Ella hanya mengambil isi ikan. "Sedapnya!" teruja si Ella. Lepas tu, setiap satu otak-otak yang dia makan akan diakhiri dengan ucapan, sedapnya, sedapnya uols, sedap ye?, sedap betul otak-otak. Sabo aje lah. 

otak-otak

Satar yang kami pilih agak pedas rasanya. Mungkin kerana ramai pelanggan kedai ini orang luar yang meminta satar dibuat pedas. Biasanya satar tak de la pedas sangat. Udang goreng tepung pun tak kalah enak dan fresh. Untuk minuman kami pilih coconut shake. Tapi rasanya memang mengecewakan. Tak fresh. Telah disediakan awal hanya curah dalam cawan-cawan dan diletakkan ais krim.

satar

Puas makan kami mencongak makanan yang ingin kami bawa balik ke Sungai Lembing. Sebulat suara setuju pilih otak-otak dan sedikit satar, saya dan Fira membungkus ketam goreng tepung. Dan masing-masing kami memborong keropok lekor dan keropok kering, serta sos yang mavelous.

Perut dah kenyang kena pulanglah semula ke pangkal jalan, kami singgah sebentar di Masjid Kuala Kemaman untuk solat dan rehat sebentar. Ruang parking sangat luas, masjid selesa dan bersih, alhamdulillah.

Selepas satu jam perjalanan dari Kemaman balik semula ke Kuantan, kami bercadang mencari pencuci mulut dan memilih untuk makan desserts sambil bersantai di Restoren Lilawadi cawangan Indera Mahkota. Alamatnya ialah B41 , Jalan IM 5/1, 26200 Kuantan, Pahang.

Pilihan kami pastinya the ever famous Mango Cheesecake dan air Pandan Cooler. Semua pilih menu yang sama. Malas nak fikir dah. Bagi saya kek ni memang kena dengan citarasa saya, sedap. Tapi tekak lain-lain kan? Ella kata biasa-biasa je. Tapi untuk air pandan cooler kami sebulat suara kata sedap!

pandan cooler yang sedap sangat

mango cheesecake. saiz makin kecil berbanding dulu. maybe untuk maintain harga terpaksa kecilkan saiz kek

Sampai semula ke Capsule Retreat kami membersihkan diri, rehat dan borak-borak sambil menghabiskan bekalan dari Kuala Kemaman tadi. Memang sedap walaupun dan sejuk. Tidur awal masing-masing. Keletihan. Letih makan.

Keesokannya kami bersarapan pagi di Anjung selera. Hari ni pilih roti canai dan teh tarik dari kedai yang berbeza berbanding dari hari sebelumnya. Teh tarik lebih sedap dari semalam. Selepas sarapan kami meronda sekitar pekan Sungai Lembing. Kelihatan kedai-kedai juga telah banyak beroperasi. Usai mengambil gambar, kami gerak pulang ke destinasi masing-masing.


Sungai Lembing [part 3]


Hari kedua di Sungai Lembing di jadualkan untuk trekking ke Air Terjun Pelangi. Bangun seawal 5 pagi dan seperti yang dimaklumkan hari semalamnya berkumpul di foyer pada pukul 5.45 pagi.

Selepas menunggu dalam 10 minit, Simon person incharge untuk pakej waterfall, masih tidak muncul. Panggilan dibuat kepada Simon dan dengan suara masih mengantuk Simon memaklumkan trip dibatalkan kerana air sungai besar.Bahaya.Well, tiada langsung usaha untuk mesej atau whatsapp dari beliau? Kecewa.

Sedang duduk dibangku seorang pelancong menyapa dan bertanya sekiranya saya tahu tentang trip waterfall. So, saya maklumkan padanya bahawa trip dibatalkan kerana keadaan air yang tidak sesuai untuk trekking. Dia tanya pula bagaimana saya tahu, tadi call person incharge, maklum saya. Dia merungut dan berpendapat person incharge patut hubungi kami kerana butir-butir maklumat kami telah diserahkan kepada beliau hari sebelumnya. So, apa lagi, balik bilik sambung tidur.

Paginya bertandang ke Astaka Selera lagi mencari breakfast. Ramai pula rupanya orang hari ni, melepas nak breakfast roti canai. Pilihan yang ada mihun sup. Rasanya so-so saja.

astaka selera

Siap breakfast terus ke lombong bijih untuk alami sendiri suasana dalam lombong. Lombong ini adalah lombong asal penggalian bijih sebelum ditutup pada tahun 1986. Tiket bagi menikmati pengalaman ini adalah RM15.90 untuk dewasa.




Kawasan lombong ini telah dibaik pulih, dijaga dengan baik. Kawasan parking juga luas. Malah ada khidmat shutter bas yang boleh sampai le sini dari pekan Sungai Lembing.

shuttle bas boleh di ambik dari pekan sungai lembing untuk ke lombong bijih

Part yang paling mengujakan ialah untuk menaiki keretapi lombong. Macam budak kecil pula rasa. Saya naik keretapi ini sebanyak 3 kali hahhaha sampai driver keretapi panggil saya assistant dia.


bukan je budak-budak, orang dewasa pun jadi teruja naik keretapi ni

Di dalam lorong-lorong ini ada dilekatkan fakta tentang aktiviti perlombongan pada masa tersebut. Beberapa patung juga ada diletakkan menunjukkan gaya pelombong pada masa itu.
laluan dalam lombong. sejarah dan fakta berkaitan juga diletakkan di dinding-dinding lombong
patung menunjukkan cara pelombong bekerja

Oleh kerana lorong lombong ini semakin lama semakin dalam dan ruang makin mengecil, udara juga makin sedikit. Ada lubang ruang udara ditebuk bagi mengalirkan udara ke dalam terowong-terowong ini.

lubang udara ditebuk bagi membekalkan oksigen kepada para pelombong 

Bahagian yang paling menarik minat saya adalah ruang yang dinamakan Lubang Sejuta. Di ruang ini masih tersisa kesan lombong asal yang tidak di simen seperti laluan yang digunakan oleh pengunjung. Television dan rakaman suara dalam bahasa melayu dan inggeris bagi menerangkan kisah yang berlaku berkaitan dengan Lubang Sejuta ini.

Kisahnya adalah apabila sekumpulan pelombong telah berpakat untuk melakukan perlombongan secara haram pada waktu lewat malam.Dikatakan apabila mereka membuat letupan, gegarannya dapat dirasai oleh penduduk setempat. Mereka mengutip hasil bijih bernilai hingga mencecah RM3ribu setiap hari sehinggalah dikatakan akhirnya mereka berjaya mendapat hasil bernila RM1juta. Bayangkan nilai RM1juta pada masa tersebut. The best part? Sehingga hari ini tiada siapa tahu identiti pelombong tersebut malah tidak diketahui apa yang mereka lakukan dengan hasil bijih itu.


patung-patung menunjukkan para pelombong mengaut hasil bijih di lubang sejuta

Laluan lombong ini panjang dan sangat menarik untuk penggemar sejarah tapi saya tidak dapat habiskan laluan ini hingga ke hujung jalan yang di buka untuk pengunjung. Jika berkesempatan datang lagi, pasti saya akan habiskan meneroka laluan lombong ini. Untuk keluar dari lombong ini pula, kita perlu berpatah balik ke tempat permulaan. Jangan risau kerana beberapa check-point akan di jaga oleh pekerja di sini bagi membantu pengunjung. Kita boleh pilih untuk naik semula keretapi tadi ataupun keluar mengikut satu laluan keluar di sebelah kiri.

laluan keluar
Di laluan keluar ini kita akan berjumpa dengan rel keretapi yang dioperasikan dengan tangan. Macam dalam cerita kartun tu. Boleh cuba sendiri menggerakkannya guna tenaga kita sendiri la. Berpeluh-peluh tak payah cakap la. Bayangkan macam mana pelombong zaman dulu menggunakannya. Tak de gambar ye sebab kena sabotaj huaaaaaaa


Sungai Lembing [part 2]


pintu gerbang sungai lembing
Settle urusan bilik terus keluar jalan-jalan Sungai Lembing. Tempat pertama wajib pergi mestilah muzium Sungai Lembing. Stuktur muzium ini masih seperti zaman dahulu. Terletak di atas bukit merupakan salah satu tempat tinggal pentadbir pada masa itu. Bangunan ini juga pernah menjadi istana hinggap Sultan Pahang terdahulu. Tiket cuma RM2 untuk dewasa.

depan kawasan muzium
jalan menuju ke muzium dari pintu masuk
pam air lama
bangunan muzium ini asalnya residen pegawai british suatu masa dahulu
pintu masuk muzium
Bermula dari sebelah kiri bawah yang menjelaskan asal usul nama serta pembukaan Sungai Lembing. Salah seorang lelaki melayu berpengaruh dalam aktiviti melombong bijih pada masa itu bernama Tok Tangguk. Apa yang membuatkan saya ingat sangat dengan nama ini ialah kerana terdapat satu kampung berhampiran kampung saya yang bernama Tok Tangguk. Mengikut catatan sejarah Tok Tangguk di katakan berasal dari sekitar Temerloh atau Chenor. Ye la tu kot. Kampung saya dalam jajahan Mengkarak, suatu masa dahulu dalam daerah Temerloh. Sekarang dalam Daerah Bera.

sejarah awal perlombongan di sungai lembing

Seterusnya sejarah permulaan aktiviti melombong dan di ruang sebelah kanan pula diletakkan peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh pelombong pada masa tersebut. 


antara alatan melombong
carta aktiviti harian pekerja lombong
alat-alat timbangan

Di bahagian atas pula, diletakkan beberapa replika laluan dalam lombong. Cara melombong, jenis,teknik, material yang ditemui di lombong Sungai Lembing, proses mendapatkan bijih dan sebagainya. Sangat bermanfaat untuk pelajar sekolah dan peminat sejarah.

replika laluan keretapi dalam lombong
antara hasil mineral
buku kehadiran dan rekod-rekod pekerja

Perkara yang paling menarik perhatian ialah lombong Sungai Lembing ini merupakan yang terbesar di dunia, hingga dikenali sebagai Eldorado of the East. Berkeluasa 322km iaitu lebih jauh dari perjalanan Kuala Lumpur ke Kuantan. Kita selama ni asyik tengok cerita hollywood dan pelbagai cerita asing lain mengenai perlombongan sedangkan negara kita sendiri punyai tinggalan perlombongan yang sangat hebat.

model lombong bawah tanah di sungai lembing

mercu tanda muzium

Selesai menikmati fakta-fakta sejarah di muzium, kaki ini menjejak jambatan gantung pula. Laluan menuju ke jambatan gantung ini sangat menarik ye, kerana dikiri kanan jalan kelihatan tapak lama kilang memproses bijih yang telah menyembah bumi. Oleh kerana baru sahaja hujan Sungai Lembing di limpahi air keruh dan deras. Sedangkan pada waktu biasa dikatanya pemandangan sungai ini sangat indah hingga dikatakan seperti sungai yang dipaparkan di National Geographic.

antara salah satu jambatan gantung yang ada

Hari hujan, sejuk dan keletihan, minum petang yang dicari. Terus ke Astaka Selera kerana kebanyakan kedai lain tidak beroperasi. Mungkin kerana cuti sekolah? Pilihan saya pastilah teh tarik. Makanan untuk petang tu kurang pilihan, saya ambil mee jawa. Rasa so-so je. Sebelum pulang ke bilik singgah kedai runcit untuk beli apa yang patut memandangkan tiada apa di bilik.


mee jawa. telur sebiji betul dia bagi





Stardust [2007]





Antara genre filem yang saya suka. Fantasi. Maybe sebab dalam movie dan dalam fantasi life look so much easier and happier. Tapi tak suka cerita berkisar alien sebab saya rasa masyarakat barat terlalu mengagungkan alien plak.

Movie ni mengisahkan tentang Tristan yang terlalu mendambakan cinta Victoria, gadis sekampungnya. Pada suatu hari ada satu tahi bintang jatuh dari langit, lalu dia berjanji akan membawakan bintang tersebut sebagai hadiah hari lahir Victoria sebagai bukti cintanya. Adakah Tristan berjaya mengotakan janji dengan 1001 masalah datang dari putera raja yang tamak, ahli sihir yang kejam dan lain-lain cabaran?


Tauladan

~ Kadang kala kita perlu bertindak out of box untuk mengetahui apa yang ada untuk kita di luar sana

~ Cinta buat kita bertindak bodoh

~ Cinta yang menuntut pelbagai syarat bukanlah cinta

~ Kadangkala kita perlu pergi mengembara, mungkin kita akan mendapat pengetahuan baru, mengenal diri, bertemu cinta sejati.

~ Bila kita benar-benar cintakan seseorang kita akan berkorban untuk kebahagiannya walaupun terpaksa menghancurkan hati sendiri

~ Cinta menambah kecantikan pada hati dan rupa

~ Jangan sesekali memilih cinta berdasarkan rupa fizikal dan status kewangan


Sempadan

~ Dengki khianat tidak mendatangkan kebaikan malah akan berbalik pada kita semula

~ Jangan sesekali mengamalkan ilmu hitam/sihir


Dialog Favourite

Yvaine : I think I love you. Is this love Tristan? I never imagine I'd know it for myself. My heart...It feel like my chest can barely contain it. Like it's trying to escape because it doesn't belong to me any more. Its belong to you. And if you wanted it, I'd wish for nothing in exchange. No gifts. No goods. No demonstrations of devotion. Nothing but knowing you love me too. Just your heart, in exchange of mine. 


Sungai Lembing [part 1]


Escapism. Advanture. Nature. Historical. Itu yang saya dapat gambarkan tentang Sungai Lembing. Kali terakhir ke Sungai Lembing menghadiri majlis perkahwinan seorang teman.

Teruja dengan viral post di FB, kali ini memilih untuk menginap di Capsule Retreat, dan bilik pilihan adalah Parallel Aurora. Bilik yang mempunyai dua mini bilik , dua-dua diletakkan katil queen, di pisahkan oleh sliding door dan bilik air di tengah-tengah. Maksimum boleh masuk 4 orang.

Berikut adalah senarai bilik-bilik yang boleh di pilih di sini:-

Cottage room 2pax RM118
Cottage room 4pax RM198
Capsules RM139
Parallel Aurora RM298
Parallel Discovery RM498
Parallel Cooperate RM398


Sampai sahaja di Sungai Lembing terus sahaja mencari Time Capsule Retreat (TCR). Perlu gunakan waze kerana tidak ada sebarang signboard tentang penginapan ini berbanding dengan penginapan- penginapan yang lain. Laluannya ialah anda perlu menggunakan jalan menghala ke lombong bijih dan turun melalui jalan keluar. TCR berada di pertengahan jalan turun tersebut.

Sampai sahaja di sini, hari sedang hujan. Kakitangan TCR membawa payung dan bantu bawakan beg. Macam biasa check in dulu dan daftar nama untuk ke Air Terjun Pelangi.


cottage

bbq

tengok la seat dia

Untuk ke Parallel Aurora (PA), perlu lalui zon Capsules terlebih dahulu, barulah tiba di PA. Ketika di PA hujan tiba-tiba menjadi sangat lebat dan perasaan ingin masuk ke bilik memang membuak-buak. Kelihatan seorang pembantu TCR sedang mengelap air di dalam salah satu bilik PA. Nampaknya tempias hujan telah memasuki PA.


capsule

capsule

Usai masuk ke dalam PA dan meletak beg, tempias hujan berterusan memasuki bilik. Hati memang rasa sebal mengatakan TCR tak buat homework lebih berkaitan dengan nature. Pintu PA di buat dari tingkap nako (ye ke namanya) ala macam tingkap sekolah tu,tapi versi kecil-kecil dan cermin gelap. Memang air hujan masuk dengan jayanya la kan. Tambahan pula tiada awning di depan pintu bilik.

parallel aurora, parallel discovery & parallel cooperate

PA mempunyai penyaman udara. Satu bagi setiap bilik. Bilik air yang luas. Ruang dalam untuk letak kasut. Tidak menyediakan almari tetapi meja kecil yang mempunyai laci bertingkat. PA juga menyediakan tuala. Selain daripada itu PA tiada kemudahan asas yang lain.


love!

dalam salah sebuah mini bilik di parallel aurora. side ni dinding kaca

Oleh kerana TCR terletak dalam kawasan yang penuh dengan pokok-pokok, suasana sangat nyaman dan sejuk. Ditambah pula dengan hujan, memang sejuk menggigil.

nak jamu mata monyet sila lah hehehe

CR tiada pakej breakfast. Tetapi ada disediakan roti, pembakar roti,air masak,peti ais untuk kegunaan tetamu yg kesemuanya diletakkan di foyer depan Cottage Room. Televisyen diletakkan di dalam bangunan Cottage Room. Wifi adalah terhad di sekitar Cottage Room sahaja.

Untuk breakfast, lunch dan dinner kita kena keluar. Antara pilihan breakfast ialah di Anjung Selera dalam pekan Sungai Lembing sendiri. Untuk lunch dan dinner ada beberapa pilihan seperti Warung Cikgu. Kalau nak lagi sedap kena keluar ke Kuantan.

Pendapat saya selepas menginap di bilik Parallel Aurora, Time Capsule Retreat

Pro

1)Nature
2)Unik
3)Salah satu side dinding PA adalah kaca.
4)Menyediakan pakej ke Air Terjun Pelangi. RM50 sekepala (4wd/megi/milo 3in1)


Contra

1)Tiada kemudahan asas yg biasa disediakan (cerek,cawan, 3 in 1. maybe diletakkan di foyer. bila hujan tetamu yang menginap di capsules dan parallel sukar untuk ke foyer) tiada penggantung baju, telefon (if anything happen, tetamu perlu keluar dari capsules dan parallel dan pergi ke foyer untuk dapatkkan bantuan staf)

2)Bila hujan, tempias masuk ke bilik sebabkan bilik bertakung dengan air (sepatutnya pihak pengurusan telah fikirkan solution, rasanya bukan kali pertama kawasan tersebut ditimpa hujan)

3)Katil diletakkan ditengah-tengah bilik untuk menikmati pemandangan dari dinding kaca, tetapi terlalu memakan ruang.Terpaksa alih katil supaya dapat bersolat. Tapi disebabkan tempias air yang masuk ke lantai bilik terpaksa solat atas katil jugak la

4)Bilik air kat tengah kabin,dinding kaca kabut.Bayangkan bila kita buat bisnes kat dalam tu,dua-dua bilik boleh dengar. 


toilet antara 2 bilik, dinding tu kaca kabut ye. nampak bayang orang buat bisness tau


7 Days, 7 Favourites