Dari Budapest kami menaiki bas lewat malam dan sampai awal pagi di Prague. Since masih terlalu pagi dan kami pun macam ting tong lagi so kami decide untuk breakfast dulu dan pikir apa yang patut kami buat awal-awal pagi macam ni.
Crosscafe ni letaknya betul-betul dalam kawasan terminal bas ni. So, terus aje lah kami masuk ke cafe ni. Alas perut dan panaskan badan jugak. Pelbagai pilihan roti, desserts, air panas & sejuk boleh kita order. Siap makan kami masuk ke dalam terminal bas dan simpan beg kami di sini kerana waktu check in apartment lambat lagi.
Dengan map dan info yang ada, kami terus ke New Town untuk menikmati apa yang ada based on apa yang kami research je la. Sebolehnya tak nak bazir masa sementara tunggu waktu check in. Jalan punya jalan kami sampai di Wenceslas Square.
Dalam pada berjalan ikut aje kaki melangkah tu kami sampai pula ke satu pasar yang dikenali sebagai Havelske Trziste. Dah la kami berdua memang minat sangat pasar tempatan macam ni. Memang sudahnya spend masa berjam-jam di sini.
Pasar ni dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 7 malam. Ada macam-macam jenis cenderahati, lukisan, barangan kulit dan buah-buahan dijual. Sudahnya kami tiap-tiap hari mesti pergi ke pasar ni.
Dari pasar ni kami gerak lagi menghala ke Old Town, sambil enjoy apa yang dapat kami pandang dalam perjalanan. Ohh ye, satu yang saya perasan, menghala ke Old Town ni banyak kesan contengan spray pada dinding bangunan.
Johanness Marcus Marci, rector of University of Prague |
passage to Old Town Square |
Masuk je ke kawasan Old Town perasaan bercampur baur teruja dan kecewa. Teruja sebab Old Town ni gothic dan romatic, pada sayala. Kecewa pulak sebab manusia macam ulat nangka punya la ramai. Nak buat macam mana kan.
Sudahnya, nak ke Charles Bridge la. Dengan harapan setinggi gunung jambatan bertuah tu lapang la. At least dah tau jalan nak ke Old Town.
Czech painter statue dalam perjalanan ke Charles Bridge |
Dari jauh dah nampak jambatannya, dan dari jauh pun nampak manusia meremut-remut atas jambatan. Haaa harapan tinggi gunung tinggal harapan aje la.
Atas jambatan sama je macam dekat Old Town, pengunjung, performers dan peniaga penuh atas jambatan. Tak nampak keindahan cobblestone. Romantik jambatannya? Tak de makna romantik la kalau dah penuh dengan manusia. Esok aje la.
Keluar balik semula dari jambatan dan kami masuk ke Karlova Street, terus jumpa kedai Good Food Coffee & Bakery. Yang menariknya ialah trdelnik atau chimney bread. Tapi yang bestnya selain boleh makan kosong (sadur dengan gula, cinnamon dan lain-lain) di kebanyakan kedai di Prague ni menawarkan chimney bread ni dengan isi.
Tu dia pilihan chimney bread pada menu board. Selain dari tu ada juga pelbagai pilihan pastry lain dan macam-macam jenis kopi.
Pilihan saya ialah Cream Chimney Bread dengan whipped cream dan strawberry. Sedap sangat walaupun cuaca sejuk. Kisah apa kan? Semua orang pun makan hehehe
110Kc |
Dah selesai menikmati trdelnik dengan aiskrim, kami ke destinasi seterusnya, which kami terjumpa secara kebetulan walaupun memang ada dalam list to go kami. Municipal Library. Mampu? Melancong cari library uols. Nak pinjam buku apa? Reti ke bahasa Czech tu?
Kami cari Book Tunnel je, atau nama penuhnya A Book Tunnel With No End. Buku banyak-banyak disusun menjadi terowong. Kaki buku sure terpikat dengan tunnel ni. Yang mudah pitam dan mabuk jangan tengok. Masuk je library ni memang terus nampak terowong ni, so tak payah la kami mencari sana sini.
NOTA
Tutup pada hari Ahad dan Isnin
Dari library kami balik ambil beg di bus terminal dan check in apartment. Kami pilih untuk berehat je sementara menunggu malam untuk dinner date kami. Mampu ada dinner date di Prague? Actually masa tengah tunggu bas di Budapest untuk ke Prague kami berkenalan dengan Dr Ryan, doktor cum traveller dari Indonesia yang ajak kami dinner di Cafe Louvre.
pintu masuk |
Cafe ni dah berusia 100 tahun! Terkenal dengan dekorasi tingkapnya yang besar. Dibuka dari 8 pagi hingga 11.30 malam, menawarkan seleksi sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
suasana dalam cafe |
me, Ella & Ryan |
Ketiga-tiga kami pilih menu yang sama je hahahha yela, bukan semua menu boleh kita makan kan? Tambah je roti dan salad.
bread & butter |
autumn salad. 109Kc |
grilled fish norwegian salmon. 269Kc |
ginger tea with honey. 49Kc |
Balik je dari makan kami jalan kaki melalui Old Town. Wahhh rupanya kami terjebak dengan Signal Festival yang di buat di Old Town dan beberapa tempat lain yang berdekatan. Bertuah la kami since festival ni diadakan hanya 4 hari je. Hujan tak mengizinkan kami berlama-lama, kena la kami balik apartment.
Pagi-pagi hari kedua sekitar pukul 7 dah keluar dari rumah to make sure dapat pergi ke Charles Bridge seawal yang mungkin.Tak sanggup nak mengharung lautan manusia macam semalamnya. Langsung tak enjoy. Nak tengok kaki pijak kat mana pun susah. Charles Bridges ni tujuan asal pembinaannya adalah untuk menghubungkan Old Town dan Prague Castle merentasi Sungai Vltava.
Statue empunya nama kepada jambatan ni, Charles IV |
Old Town Bridge Tower dari jauh |
Jambatan ni ada tiga tower satu di side Old Town, dua di sebelah yang satu lagi. Tapi yang paling cantik, of course la yang di sebelah Old Town. Binaannya gothic style. I like!
close up |
Selepas lalu di bawah Old Town Tower, di sebelah kanan boleh nampak tulisan Karluv Most tertera. Karluv Most tu dalam bahasa Czech okey.
Dari jambatan kita boleh menikmati pemandangan di kedua-dua side, nampak jambatan-jambatan lain yang ada. Jambatan lain boleh dilalui kenderaan. Charles Bridge ni kenderaan jenis basikal dengan segway je yang lalu pun.
angsa memenuhi sungai |
Puas hati dapat posing sorang-sorang tanpa perlu berlanggar dan dilanggar dengan pelancong-pelancong lain! Jambatan ni panjangnya 621 meter dan total ada 30 patung di kiri kanan jambatan. Tengah sibuk berposing ni la jugak terjumpa lagi dengan Doktor Ryan, dia pun sama gigih bangun pagi nak dapatkan gambar paling win di atas Charles Bridge.
NOTA
Cari patung John of Nepomuk, patung paling tua atas jambatan ni. John of Nepomuk telah dicampak dari jambatan ke dalam sungai dan mati lemas. Ada yang percaya dengan menggosok pada gambar John sedang dicampak tu mendatangkan tuah kepada siapa yang menggosoknya dan orang tersebut for sure akan datang semula ke Prague. Yang gosok gambar anjing tu maybe salah dengar cerita huhuhu
Kami semua berjalan sehingga ke hujung jambatan yang menempatkan dua lagi tower. Kalau banding dengan rekaan tower di sebelah Old Town memang kalah la walaupun tower ni ada dua.
close up sikit dua tower di sebelah Lesser Town |
Kami bercadang untuk ke John Lennon wall yang berada disekitar Lesser Town, sambil mencari tu enjoy juga interior rumah-rumah yang kami lalui sepanjang jalan. Antara yang rare ialah tombol pintu.
John Lennon wall ni asalnya ada potret John Lennon, tapi sekarang dah tak de ditindih dengan macam-macam lukisan lain dan pelbagai quotes.
Destinasi seterusnya ialah the Dancing House. Dancing House ni juga dikenali sebagai Ginger & Fred. Betul-betul tepi simpang 4. Memang kena pandai-pandailah cari port nak ambik gambar ye.
Dari Dancing House kami balik semula ke Old Town untuk ke Klementinum pula. Klemetinum ni salah satu bangunan bersejarah di Prague ni yang juga merupakan National University & Technical Library. Di sini juga ada astronomical tower untuk kegunaan pakar astronomi pada masa dulu. So, kami ambik tour so that kami boleh tau sejarah Klementinum dan tower ni.
Di puncak astronomical tower ni kami dibenarkan keluar dan mengeliling tower ni. Sorry!! Saya gayat tahap gaban dengan angin yang menderu-deru plus travel partner si Ella asyik acah-acah tolak iols menambahkan ketakutan je. By the way pemandangan bandar Prague dari tower ni sangat cantik ye. Nampak jelas Church of Our Lady Before Tyn.
Kami juga di bawa menjenguk Mirror Chapel yang pastinya banyak cermin dipasang dalam bilik ni. Rekaannya memang wow! Dan sekarang digunakan sebagai Classical Concert Hall.
Highlight of the tour ialah Baroque Library Hall. Library yang sangat-sangat cantik. Which saya boleh katakan magical! Feeling rasa macam dalam cerita Harry Potter pun ada. Library ni memang terlalu lama. Even hanya boleh buka lampu dengan cahaya yang sangat minimum bimbang merosakkan bukan saje buku tapi interiornya juga. Gambar pun tak boleh ambil. Fuhhh. Words tak boleh nak describe kecantikan library ni, korang kena pergi sendiri. Sayangnya hanya dapat tengok dari satu pintu yang dibuka dan tak boleh masuk dalam.
baroque Library Hall gambar dari poster |
Habis lawatan hari pun dah nak masuk petang, kami dah kelaparan dan malas dah nak berjalan-jalan mencari restoren dan decide untuk makan di Hard Rock Cafe je since itu yang terdekat. Di HRC ni le bertembung dengan Malaysian traveler yang dah keluar dari Malaysia hampir setahun memusing dunia, Jeroong WIA.
Masuk je dalam cafe waiter terus sambut kami dan tanya datang dari negara mana. Malaysia, kami jawab. "Ohhh, Malaysia, vegetarian. We have new vegetarian menu", haa lega.
tak ingat dah air apa, cherry ke? |
pilihan Ella, cauliflower burger. 353Kc |
pilihan saya, ratatouille flatbread. 295Kc |
Berdekatan dengan HRC letaknya U Kapra Restoren, dan didindingnya ada patung lelaki pegang ikan ni.
Rupanya ada kisah disebaliknya. Lelaki ni dikenali sebagai Myslik orang kaya yang terpaksa keluar dari Prague selepas perang White Mountain. Dia telah leburkan silver yang dia ada dan acukan dengan bentuk ikan. Lalu meletakkan ikan silver itu dalam dinding rumahnya sebelum melarikan diri.
Lepas sekian lama ada penyewa yang tinggal di rumah dia. Dan suatu hari majlis perbandaran telah arahkan penyewa ni robohkan rumah yang dia tinggal dan bina yang baru. Penyewa ni miskin dan tak mampu untuk bina rumah baru. Sedang penyewa ni berkira-kira untuk tinggalkan rumah, ikan silver ni terkeluar dari dinding dan dengan ikan silver ni penyewa tersebut baiki rumahnya.
Actually ada moral of the story disebalik kisah ni, iaitu "someone misfortune, may always turn into someone's else good luck". Dan kisah ini diabadikan pada dinding restoren ni.
Dalam perjalanan balik saya perasan banyak kedai cenderahati yang menjual dekorasi kristal yang sangat-sangat cantik. Harganya sesuailah dengan design, tapi nak bawak balik tu kena pikir jugak la kan. Tak pe lah.
Hari ketiga sekali lagi saya dengan Ella bangun awal pagi untuk ke Old Town Square. Mujurlah, pengunjung pun baru nak datang, kedai pun baru nak buka. Dapatla kami bergambar dengan bahagianya. Target pertama harusla the famous Astronomical Clock, yang terletak pada Old Town Hall, merupakan jam astronomi ketiga tertua di dunia! Currently berusia 607 tahun.
Old Town Hall |
Astronomical Clock/Prague Orloj |
NOTA
Setiap jam dari pukul 9 pagi hingga 9 malam, patung skeleton di sebelah kanan akan tarik tali dan buka pintu jam. 12 patung akan berarak dengan iringan lagu dan di akhiri dengan kokokan ayam.
Kami menyertai Free Walking Tour dan berkumpul di tepi dataran Old Town ni. Di tengah-tengah Old Town Square ni ada statue of Jan Hus, yang dibakar kerana kepercayaannya.
Dibawa pula ke St Nicholas Church, gereja dengan rekaan baroque. Nampak tak beza dengan gereja binaan gothic style?
bahagian dalam |
Kami singgah di Prague Estate Theatre yang merupakan part of Prague National Theatre. Tapi dua pusat teater ni berasingan tempatnya.
Prague National Theatre |
Prague Estate Theatre |
Dekat dengan pintu masuk Estate Theater ni ada satu statue yang sangat creepy wei. Namanya I1 Commendatore salah satu watak yang pernah dipentaskan dalam opera di sini.
Di jalan utama ni ada pulak Charles University atau pun Universitas Karolina dalam bahasa Latin, merupakan universiti paling tua dan paling besar di Czech. Haa? Nampak kecik je? Sebabnya universiti ni tak duduk setempat, bangunannya ada merata-rata di Prague ni. Yang ni pusat pentadbirannya.
Dari situ kami singgah ke satu bangunan warna jingga yang dikenali sebagai House of the Black Madonna. Bangunan ni famous sebab bentuknya sendiri, kubik. Kalau mata cekap, nampak tak patung Black Madonna dalam gambar ni?
NOTA
Untuk kaki shopping barangan drugdtores, dekat depan House of Black Madonna ni ada drugstore nama Rossmann. Macam Watson/Guardian.
Berdekatan dengan House of Madonna ni ada Municipal House di sebelah kiri yang menempatkan Smetana House, dewan untuk konsert dan sebelah kanan ada Powder Gate. Gothic Tower yang memisahkan Old Town dan New Town. Suatu masa dulu digunakan untuk menyimpan serbuk peluru.
Powder Gate |
Kami berjalan-jalan sekitar Wenceslas Square sebelum berhenti rehat di sebuah pub/cafe bernama Zephyr. Dekor cafe ni memang menarik since mereka gunakan botol-botol minuman warna hijau sebagai hiasan utama.
Kami dibawa pula ke Jewish Quarters atau dikenali sebagai Josefoz. Antara bangunan yang paling bersejarah di sini ialah Old New Synagogue, antara yang tertua di Eropah dan masih aktif digunakan.
Jewish Ceremonial Hall juga masih aktif digunakan hingga hari ini dan bangunan ni dah jadi sebahagian dari The Jewish Museum.
Yang paling rare dekat sini ialah Old Jewish Cemetery, bukan je perkuburan Jewish paling besar di Eropah tapi tersenarai dalam top 10 tempat paling menakutkan dalam dunia. Sebab apa? Sebab kubur ni dah terlalu banyak, bertindih-tindih menyebabkan pemandangannya agak menakutkan.
Tour Prague kami berakhir di Rudolfinum yang merupakan tempat kebudayaan dengan dewan untuk konsert, art gallery dan ruang pameran.
Dah habis tour Prague sambung pulak tour seterusnya, iaitu Prague Castle Tour. Gigih. Ni bukan tour masuk dalam castle, tapi tour keliling castle tu. Kami naik tram dari Rudolfinum sampai ke istana dan masuk ikut pintu berhampiran dengan Queen Anne's Royal Summer Palace.
Depan summer palace ni ada taman yang di katakan sangat cantik kalau kena musimnya dan yang menariknya di taman ni ada air pancur yang dikenali dengan nama the Singing Fountain. Nama ni diperolehi kerana air yang menitis tu menghasilkan bunyi yang sedap di dengar.
Royal Garden |
The Singing Fountain |
Perjalanan diteruskan lagi menyusuri Royal Garden hingga sampai di Ball Game Hall yang bergaya renaissance. So, dari namanya pun tau dah dewan ni asalnya dibina untuk tujuan apa. Tapi tu masa awal-awal la. Lepas tu, dewan ni pernah jadi tempat training dan juga gudang senjata. Sekarang dewan ni digunakan untuk pelbagai event.
Depan sikit sebelah kanan ada rumah tamu untuk pengunjung-pengunjung tertentu. Haruslah VIP kan.
Dan di sebelah kiri dah boleh nampak Prague Castle dan juga St Vitus cathedral tersergam di situ.
Kami kena lalui pos pengawal untuk masuk ke kawasan istana. Tour guide kami siap suruh kami selfie dengan pengawal haha
Melepasi pengawal kami masuk ke Second Courtyard. Di situ ada Kohl's Fountain dan juga Exhibition of the Treasure of St Vitus.
Keluar dari courtyard ni kami masuk pula ke First Courtyard, yang merupakan pintu masuk utama ke Prague Castle.
changing guard |
Dari situ kami dibawa pula masuk ke Third Courtyard, yang mana letaknya St Vitus Cathedral yang tersergam dengan gaya gothic. Gereja ini yang paling besar di negara ini.
depan pintu masuk |
Kemudiannya kami dibawa masuk ke dalam gereja untuk melihat sendiri hasil karya arkitek-arkitek zaman dulu. Kagum bukan saja mengenangkan arkiteknya memerah idea untuk binaan yang kompleks macam ni, memikirkan peralatan yang digunakan oleh pekerja-pekerja masa tu dah sekian pulak.
bahagian dalam |
Antara yang paling menyerlah bila masuk je ke dalam gereja ni ialah stained glass windownya. Dua di kanan dan dua di sebelah kiri.
Kami dibawa keluar ke sebelah tepi gereja pulak. Di sebelah sini ada clock tower. Dan di bawahnya ada Golden Gate.
nampak tak pintu warna gold tu? |
Bersebelahan clock tower pulak letaknya Golden Portal. Dulunya pernah jadi laluan untuk kerabat-kerabat raja masuk ke gereja.
Golden Portal |
Dan kesemua kami di bawa rehat sekejap di bahagian belakang St.Vitus. Terserlah rekaan Gothic dari sudut ini.
Guide bawa kami ke bangunan berdekatan dengan South Garden dan tunjukkan pada kami bangunan tempat berlakunya kejadian orang dicampak keluar dari tingkap! Tingkat atas sekali tau. Bukan la baru-baru ni. Tahun 1600+ dulu
Tour kami berakhir di Golden Lane. Rumah-rumah kecil dengan cat berwarna terang. Dulunya rumah ni semua di huni tukang-tukang emas.
Penat woi hala pergi naik tram sampai atas, hala balik tau-tau kena turun tangga sampai bawah bukit. Memang kelaparan, sampai ke Old Town terus beli Langose. Langose ni macam jenis kuih la. Tepung yang di goreng dan dimakan samada dengan sos tomato, keju atau bawang putih. Harusla pilih keju. Rasanya macam kuih cakoi.
Tetap tak insaf lagi nak balik apartment. Melepak terlepek di Starbucks sambil tumpang guna wifi.
By the way, kalau datang musim luruh ke kebanyakan Starbucks di Europe, boleh la cuba pumpkin coffee sempena hallowen. Rasa kopi memang superb dengan perisa labu yang berlemak, whipped cream dan wangi cinnamon.
dekorasi ahli sihir dalam starbucks |
Pagi-pagi hari keempat di Prague kami ambil tram ke Hlavni Nadrazi, main train station untuk ambil airport express bus. Sempat lagi kami naik ke tingkat atas since kat atas ni designnya cantik. Kat atas ni ada cafe tau, so siapa yang ada masa before nak ambil bas atau train boleh la melepak kat sini sambil menikmati suasana yang cantik macam ni. Kami tak melepak pun, nak kejar bas ke airport untuk ke Amsterdam pula.
Ya Allah bestnya bacaaaa. Terubat rasa rindu kat Czech. I had been staying in Czech for almost 6 years, dah balik Msia for good dah. 😊😊 Prague castle dikatakan antara kompleks istana terbesar jugak kat europe ni.
ReplyDeleteOh ye, muzium yg dkt new town tu tak habis renovate lagi kan?
hanisamanina.com
Tak perasan pulak muzium tu sebab sekejap sungguh rasanya kat prague. Prague mmg best n cantik sgt. Xpuas. Masuk repeat list saya prague ni. Untung awak 6 thn duk sana. Puas hati
Delete