Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kuching [part 3] : Land of Hornbill


Kuching, Sarawak, Borneo

Actually tujuan ke Kuching adalah untuk berjalan-jalan dengan keluarga. Sambil-sambil tu join masjis bertandang anak saudara sepupu yang berkahwin dengan orang Kuching. Eh? pergi kenduri ke nak pergi jalan sebenarnya ni? Dua-dua pun boleh la ye.

selamat pengantin baru Kimi & Nurul

Ini adalah kali pertama saya menghadiri perkahwinan masyarakat melayu Sarawak. Memang ada kelainan dengan majlis perkahwinan di Semenanjung. Yang pertamanya kami dimaklumkan tetamu yang hadir tidak menjamah makanan walaupun mereka sampai lebih awal kerana menunggu pihak pengantin lelaki tiba terlebih dahulu. Dah la kami tiba lambat menunggu En. Pengantin. Aduhh kasihan tetamu.

Seterusnya menu juga ada yang lain dari menu majlis kenduri kahwin di Semenanjung. Contohnya cara masakan kerabu perut dan acar nenas. Acar nenas ini dicincang halus dan rasanya manis. Berbeza dengan acar timun-nenas yang biasa dihidang di Semenanjung. Walaupun manis, rasanya enak. 

Kemudian ada acara nasi temuan usai majlis bersanding. Kalau mengikut kata juruacara, asalnya zaman dahulu konsep nasi temuan itu adalah sesi perkenalan di antara pengantin lelaki dan perempuan yang kali bertama bertentang mata dan makan bersuap. Caranya, satu bekas nasi akan diletakkan di depan pengantin. Diiringi selawat dan kiraan, seorang wakil akan buka bekas nasi itu. Pengantin kena rebut siapa paling cepat menyuap. Pengantin perlu makan 3 kali suapan. Suapan pertama dan kedua ke mulut sendiri dan suapan ketiga ke mulut pasangan.  

kerabu perut
acar nenas 

Sarawak River Cruise

Dah siap meraikan pengantin kami pulang ke hotel salin baju dan rehat sebelum keluar semula ke Kuching Waterfront. Saya pernah datang ke Kuching tahun 2001 kalau tak silap. Mewakili UKM untuk Festival MAKUM agaknya. Masa tu stay di Unimas. Waterfront dulu dan sekarang memang berbeza. Saya memang langsung tak boleh recall. Nasib baik datang lagi.

Kami bercadang untuk menaiki cruise menyusuri Sungai Sarawak. Hanya kami berenam sahaja, Aryan dan famili semua ke shopping mall dan lepas tu apalagi kalau bukan pergi swimming.

Tiket untuk dewasa adalah RM60 dan untuk kanak-kanak pula RM30. Cruise ini akan berlayar setiap hari, berlepas pada pukul 5.30 petang dan berakhir sekitar 7 malam.


tiket dewasa RM60
kaunter tiket dan departure
Sarawak River Cruise
Equatorial. syarikat yang mengendalikan cruise 
kapten 

Kapal ni ada dua tingkat. Tingkat bawah adalah cafe dan juga lengkap dengan penghawa dingin. Tapi kami pilih untuk duduk ditingkat atas.

us
teringat Bosphorus Cruise

Bagi setiap penumpang akan di hidangkan dengan sepiring kek lapis sarawak tau. Satu perisa mocha satu lagi original kot. Tapi memang sedap, mak siap makan sepiring lagi since abah tak makan kek. Air oren free flow.

kek lapis & air oren

Sepanjang berlayar, kami dapat menyaksikan pelbagai bangunan menarik di sepanjang sungai, kampung-kampung, rumah agam, pasar dan juga kapal-kapal.

Dewan Undangan Negeri
Astana
Brooke Dorkyard since zaman pemerintahan James Brooke!
Masjid Negeri. dari depan cantik sangat
kapal nelayan

Hampir di penghujung trip, kami dipersembahkan dengan dua tarian dari suku kaum melayu melanau kalau tak silap dan satu lagi dari suku iban. Suka sangat. Saya memang suka dengan persembahan kebudayaan tak kira bangsa, suku atau atau mana-mana negara sekali pun. Terutama local/folk/traditional dance. Yang moden tu, biasa la kan.

tarian melayu melanau
dancers in iban's & orang ulu's traditional costumes (kalau tak silap la)
orang pertama yang bergambar dengan penari-penari. gittew
Perlayaran kami diakhiri dengan pemandangan indah matahari terbenam di sungai sarawak. Sampai semula ke jeti lebih kurang pukul 7 malam.

sebelum matahari terbenam
saat matahari mulai terbenam

Monumen Kucing

Di sebelah malamnya, lepas makan-makan kami minta Haikal bawa pusing-pusing bandar je, kemudian berhenti di tugu kucing depan Hotel Grand Magherita. Monumen kucing yang paling popular!. Sebenarnya ada 4 monumen kucing disekitar bandar Kuching ni. Satu di depan hotel ni, satu berdekatan Hotel Kapit, satu dekat dengan China Town, yang sambut semua perayaan tu. Satu lagi yang dibuat dari bahan terbuang.

monumen kucing paling popular depan Hotel Grand Magherita
berhampiran Hotel kapit

dekat dengan China Town


Lada Hitam

Keesokkan harinya selepas sarapan, mak bagitau nak beli lada hitam. Lada hitam keluaran sarawak terbaik di Malaysia tau. Haikal bawa kami ke Lembaga Lada Malaysia Cawangan Perdagangan. Kami sampai awal pagi, kakitangan baru nak punch card. Kebetulan pula black out dibangunan tu. Gelap aje la dalam pejabat.

depan pejabat

Di sini , pelbagai pilihan lada hitam dan juga putih ada dijual dari jenama Sara Spice. Pelbagai size, samada dalam botol mahupun dalam plastik. Malah kami juga diberi rasa candy lada hitam. Takde la rasa lada hitam heheh sedap je.


lada putih dan lada hitam


Muzium Tekstil

Usai beli lada hitam, tiba-tiba hujan pula. Tak dapat la nak pusing-pusing bandar. Kami ke Muzium Tekstil yang terletak di hadapan pejabat pos Kuching. Kemasukan adalah percuma tapi disediakan tabung sumbangan untuk pengunjung yang baik hati. Di muzium ini tak boleh ambil gambar tau.

Muzium ni sangat menarik. Pelbagai pakaian suku kaum yang ada di Sarawak dipamerkan di sini. Mula-mula naik ke tingkat satu punyala terkejut sebab ingatkan patung dalam bilik tu orang betul. Sabar aje. Dah la patung tu tengah tunduk menenun.

Selendang keringkan, songket sarawak, kain tenun bermotif (motif wanita marah, tak boleh nak trace muka wanita marah sampai ke sudah hehe), serta teknik jahitan manik menggunakan kulit siput memang mengkagumkan saya. Belum lagi vest perang yang dijahit dengan sisik tenggiling. Fuhhh.

dekat pintu masuk

Selesai menghayati pakaian pelbagai etnik di sini, kami bercadang untuk ke muzium yang seterusnya kerana hujan masih belum berhenti. Tak dapat la saya ambil gambar bangunan muzium yang cantik ni. Dari bentuk binaan luar dan dalam pastinya bangunan ini merupakan bangunan yang telah dibina lama dulu, dibaikpulih dan dijadikan muzium.

lukisan bangunan muzium

Oh ye, bangunan pejabat pos di depan muzium ni menarik perhatian saya bila ternampak motto dalam bahasa latin yang berbunyi Dum Spiro Spero yang membawa maksud berharap selagi bernafas. Waaaa motto negeri Sarawak rupanya. Tapi memang betul, selagi bernafas, jangan pernah putus asa dan teruslah berharap.

Dum Spiro Spero

Muzium Etnologi


Sama seperti Muzium Tekstil, kemasukan percuma juga untuk muzium ini. Juga disediakan tabung sumbangan untuk pengunjung. Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 4.45 petang. 10 pagi hingga 4 petang bagi hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Di pintu masuk terdapat dua kepala gajah yang telah diwarna dan dilukis. Tertera di situ sebagai "anto" (hantu) menurut kepercayaan suku kaum yang saya terlupa dah (patut bawak buku nota).

Ditingkat bawah banyak diletakkan koleksi unggas, serangga, dan haiwan yang ditemui di Sarawak. Manakala di tingkat atas pula diletakkan koleksi pekakas dari pelbagai rumah panjang serta pelbagai suku kaum. 

Yang menyebabkan saya kagum sangat dan spend masa untuk menghayati adalah lukisan yang dilukis pada bahagian atas hampir kepada bumbung. Satu bahagian lukisan berwarna, dan di bahagian bertentangan lukisan yang hampir sama dalam tema hitam putih. Lukisan motif flora fauna motif pucuk paku dengan pelbagai haiwan yang tersembunyi dalam lukisan tersebut. Yang paling jelas burung kenyalang dan harimau.  


Muzium Etnologi

Di luar muzium terdapat dua tiang berwarna gelap. Salah satunya punya rumah kecil di puncaknya. Kedua-dua tiang sebenarnya ini adalah kubur atau cara pemakaman suatu masa dahulu. 


kubur ni tau
dua kubur dengan manusia yang masih hidup berposing
tak tau apa ni


Kek Lapis

Kalau datang Sarawak, tak sah la tak membeli kek lapis betul tak? Banyak kek lapis popular di kalangan pelancong ada di Sarawak, antaranya kek lapis Dayang Salhah dan kek lapis Mira. Tapi kami semua mencari kek lapis Q-kek. Macam mana boleh tahu pasal Q-kek? Tahun sebelum ni adik saya dah pernah membeli dari kak Rahmah ni. Memang sedap, lembab dan tahan lama.

biz card

Kak Rahmah ni menjalankan perniagaannya di rumah je. Tapi dibuat satu ruang khas untuk memasak dan juga meletakkan peti sejuk stok kek-kek lapisnya.

Q-Kek

stok kek lapis memenuhi peti ais
sesi merasa
sample kek lapis

Saya pilih perisa cadbury, red velvet dan juga oreo untuk di bawa pulang. Di sini ada satu perisa yang agak rare tau, perisa kelapa coklat!



Santubong

Kami juga ke Santubong. Cadangnya nak ke Kampung Budaya Sarawak. Sayangnya hujan belum betul-betul berhenti. Ibu bapa saya tak nak turun. Tak sesuai juga orang tua nak turun naik pelbagai jenis rumah. Makanya ambil gambar je la kat depan. Mujur pernah masuk masa datang time study dulu.

pintu masuk

Harga tiket untuk dewasa adalah RM60 dan harga tiket untuk kanak-kanak pula RM30. Terdapat juga persembahan kebudayaan yang berlangsung 2 kali sehari iaitu pada pukul 11.30 pagi dan pukul 4 petang.  

kaunter tiket
peta taman budaya

Dari pintu masuk Kampung Budaya Sarawak, dari jauh kelihatan tugu burung kenyalang menghadap laut. Saya terus menuju ke situ, disebelah kirinya terdapat Damai central yang merupakan pusat kemudahan dan jualan kraftangan. Bangunannya masih kelihatan agak baru dan kedai-kedai masih belum penuh di sewa. 

burung kenyalang menghadap laut

Tugu burung kenyalang tersergam di sini. Di tepi laut. Memang nampak cantik dan tenang sangat. Persisir pantai pun bersih dipenuhi dengan batu-batu.  
close up
view cantik sangat!

Dalam perjalanan pulang dari sini, jangan lelap mata pulak kerana kita akan di sajikan dengan pemandangan indah Gunung Santubong.

gunung santubong

Well, tak banyak aktiviti yang dibuat dalam trip kali. Aktiviti makan aje lebih. Tapi mana tau kan ada rezeki datang lagi.




7 Days, 7 Favourites