Sebenarnya setiap hari kami akan singgah makan di pelbagai restoren halal yang kami jumpa. Menu kebanyakannya kebab, burger dan ada sekali bernasib baik dapat nasi dengan ayam kurma. Penghujung trip, tekak dah naik rindu juga dengan masakan Malaysia terutamanya teh tarik. Umi mencadangkan kami ke Restoren Melur yang terletak tidak jauh dari apartment. Jalan kaki je.
Melur
175a Edgware Road
London W2 1ET
Restoren ini merupakan restoren yang menghidangkan masakan dari Malaysia-Indonesia-Singapura. Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam, kecuali Ahad di tutup awal sedikit iaitu pada pukul 10.30 malam.
depan restoren |
Suasana dalam restoren sangat la selesa. Sayangnya ia memutarkan lagu-lagu inggeris. Alangkah baiknya kalau restoren ini memasang lagu-lagu Malaysia, baru feeling lebih!
suasana dalam restoren |
Kami diberikan dengan pamplet senarai makanan yang boleh di order di sini. Senarai makanan di tulis dalam bahasa melayu dan juga inggeris. Range harga bermula dari £2.20 hingga £12.50.
menu |
Untuk diri sendiri saya memilih teh tarik. Sangat la sesuai diminum ketika udara sejuk. Makanan pula saya pilih dari senarai Chef's Special, iaitu Kuey Teow Istimewa. Kuey toew goreng dihidang bersama ayam goreng, telur mata, acar, keropok dan satey. harganya £6.95.
Sesiapa yang berada di London terutamanya di Zon A (or Zon 1?) boleh cuba ke sini jika rindu masakan Malaysia dan rasa dah tak tahan asyik makan makanan timur tengah.
No comments:
Post a Comment