Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

London [part 5] : Street of London


[Travel 2011]

Dua hari yang terakhir di London tak banyak aktiviti yang kami buat. Pada kebanyakkan masa menuju ke gedung-gedung popular pilihan pelancong untuk membeli belah dan mencari cenderahati untuk dibawa pulang.


Harrods

Siapa yang tak pernah dengan pasal Harrods betul tak? Malah cawangannya juga ada dibuka di Malaysia. Harrods merupakan gedung beli belah terkemuka yang bukan sahaja menjual barangan dari jenamanya sendiri tetapi turut bekerjasama dengan pelbagai jenama lain di letakkan digedungnya. 

Harrods
87-135, Brompton Road
London SW1X 7XL

Gedung ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 9 malam. Yang menarik Harrods juga mempunyai banknya sendiri, yang juga terletak di dalam gedung ini.


dari seberang gedung Harrods

Sewaktu berjalan-jalan mencuci mata di dalam gedung ini, kami terserempak dengan memorial yang dibina oleh empunya Harrods, Mohammed Al-Fayed mengenang kematian anaknya bersama Lady D. Memorial ini terletak berhampiran dengan escalator zon Egypian.

Di memorial ini diletakkan gambar Dodi Al-Fayed dan juga Lady D, mengenang tragik kisah cinta yang tidak kesampaian. 

memorial Dodi Al-Fayed dan Lady D

Diletakkan juga di dalam piramid kecil gelas wine yang terdapat kesan lipstik Lady D dan juga cincin yang dipercayai untuk pertunanangan mereka. 


gelas wine dan cincin

Di sini , saya mengambil kesempatan membeli-belah memandangkan ada jualan murah. Dapatlah membeli sedikit buah tangan untuk ahli keluarga, selain menambah koleksi fridge magnet sebagai koleksi peribadi. 

kiri kanan penuh tangan uols!

Ketika sedang sibuk membelek-belek barang, tiba-tiba terdengar suara wanita Inggeris menyapa, "dont worry dear, everything here made in china"


Primark

Primark merupakan gedung membeli belah yang selalu menjadi pilihan warga Malaysia. Harga yang murah dalam pound dan juga jika ditukarkan kepada matawang Malaysia (pada tahun 2011), barang yang di jual di sini masih dikategorikan murah.

Di London sahaja terdapat banyak cawangan Primark dan kami sendiri sempat jejak kaki di dua cawangan Primark. Tapi saya lebih suka cawangan Oxfort Street. Lebih besar dan luas. Gedung di cawangan ini beroperasi seawal 8 pagi hingga 10 malam. Dibuka setiap hari. Cuma hari ahad waktu operasi lain sikit iaitu dari 12 tengahari hingga 6 petang. 

Saya sempat menyambar blazer kerja lining merah jambu terang (my fav color!) yang masih saya gunakan hingga hari ini. Harganya saya tak ingat, mungkin sekitar £10-£12. Seluar kerja berharga £8, sweater untuk abah dan yang paling saya suka beige polka dot trench coat yang berharga £25 yang masih elok hingga hari ini. Saya juga sempat menyambar berhelai-helai t-shirt untuk anak buah yang berharga  £1.50 sehelai.

trench coat beli di Primark terus pakai.


Hard Rock Cafe 



Hard Rock Cafe London
150 Old Park Ln
London 1WK 1QZ


waktu operasi HRC dan The Vault

Di HRC mungkin ramai yang dah sedia maklum bahawa premis ini terbahagi kepada dua iaitu cafe dan juga kedai cenderahati, sebagaimana HRC lain di serata dunia.

dekat kaunter bayaran

Kebetulan HRC ada sales, so beli jugalah t-shirt buat kenangan. Ketika saya ingin buat bayaran, gadis di kaunter bertanya, "Are you muslim?" dan saya pun jawablah, "yes, I am.", dengan penuh teruja dia memaklumkan bahawa dia juga muslim dan ramah menyambung perbualan dengan saya. Bercerita tentang dirinya dan bertanya juga tentang saya. Sudahnya dekat nak 10 paper beg HRC yang kosong diberikan kepada saya.

comelness
dalam HRC
muka gembira mengabiskan duit ye?

NOTA
Mohon berhati-hati dengan beg anda walaupun berada dalam premis seperti HRC. Pastikan beg diletakkan di bahagian hadapan badan. Terbaca tentang warga Malaysia yang kehilangan barang berharga di HRC London atas kecuaian beg disandang belakang. 



The Vault

Kami juga mengambil kesempatan untuk turun ke The Vault iaitu museum yang menempatkan barangan milik artis popular yang terletak di tingkat bawah HRC. Lawatan percuma ini akan dibantu oleh kakitangan HRC sendiri. 


kiri: lirik lagu by John Lennon of The Beatles
kanan: set drum yang di gunakan oleh Black Sabbath
Richie Sambora | Sex Pistols
Keith Richard

Antara barang yang ada ialah pelbagai gitar milik gitaris-gitaris lagenda, kot milik Elvis Presley, dan yang paling melekat dalam kepala saya pastilah bustier milik Madonna yang menjadi buah mulut suatu masa dahulu. Madonna mengenakan kon bustier ini ketika konsert Blonde Ambition Tour.

bustier milik Madonna

Dengan sedikit bayaran , kita boleh minta bergambar menggunakan gitar yang dicadangkan oleh kakitangan yang bertugas sebagai kenang-kenangan.


tempat bergambar. tu bukan patung. dia yang guide 


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites