Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kuching [part 2] : Purrfect Catfood



Bila bercuti dengan mak abah ni tak de sangat aktiviti yang dapat di buat. Tapi aktiviti makan memang banyak. Ni disenaraikan semua tempat yang kami makan.


Kopi O' Corner

Driver pertama kami Rossi mencadangkan kami makan tengahari di sini sementara menunggu masa untuk check in hotel. Restoren ini terletak bersebelahan dengan RJ Ayam Penyet. Di seberang jalan besar adalah Majlis Agama Islam dan juga Mahkamah Syariah Kuching.

Kopi O' Corner
No 139B Bangunan MARA
Jalan Satok
93400 Kuching
Sarawak

depan restoren

Restoren ini beroperasi 24 jam dan mempunyai banyak pilihan menu. Jangan tak tau, 3 kali program Jalan-jalan Cari Makan bertandang ke sini.

Ketika kami tiba, restoren ini agak penuh dengan pengunjung, tetapi meja yang kami pilih dibersihkan dengan sempurna oleh kakitangan restoren. Malah, pelayan juga datang segera mengambil order kami. Beliau juga ramah mencadangkan menu-menu yang enak serta popular bukan sahaja menjadi pilihan warga tempatan, tetapi pilihan beberapa menteri. Thumbs up!

lunch hour. penuh dengan pengunjung

Air yang jadi pilihan kami ialah Teh C special (seperti 3 layer tea di semenanjung cuma kurang manis), laici susu, teh o ais laici dan coconut shake (of course la tak bleh lawan Klebang!)

air yang kami order

Makanan berat yang dicadangkan adalah Nasi Goreng Terubuk Masin. Ya ampun memang sedap. Nasi goreng ala kampung digoreng bersama midin (pucuk paku), terubuk masin di goreng garing, beserta sup daging yang padat rasa daging (terbaik!) dan sambalnya sangat enak. Perfecto!

Nasi Goreng Terubuk Masin RM9

Kami juga memesan prata roll tuna seperti yang dicadangkan. Memang isi tuna begitu enak digabungkan dengan roti prata. Rotinya sedikit liat. Rasa seakan murtabak pun ye juga tapi berbeza. Menurut kata kakitangan restoren, mereka import khas ikan tuna dari luar negara untuk menjamin kesegaran isi tuna. Kalau datang Kuching mesti cuba tau.

Prata Roll Tuna
muka ngantuk campur excited!


Topspot Foodcourt


TopSpot Seafood Foodcourt
(Bangunan UTC)
Jalan Bukit Mata 
93100 Kuching 

Terletak di tingkat 6 bangunan UTC, tempat ini sentiasa penuh dengan pengunjung. Menawarkan pelbagai pilihan makanan laut yang segar. Lokasi di tengah bandar dan berhampiran dengan tempat penginapan kami. Food court ini dibuka pada waktu malam sahaja. Jadi, rancang jadual anda sekiranya bercadang untuk makan malam di sini.

muka excited sokmo bila bab makan

Pengunjung yang sentiasa bertali arus tidak melengahkan pekerja dari pelbagai kedai menawarkan menu dan masakan mereka. Kami pilih kedai No 17. Untuk pilihan air, pekerja dari kedai air akan datang ambil order. Saiz cup plastik di sini besar ye.


teh o ais limau

Teruja dari sebelum tiba ke Kuching untuk mencuba Oyster Pancake ni. Jemput tiram mak kata hahahha. Rasanya seperti keropok dan dihidang bersama sos ikan. Tekak saya macam tak boleh terima pulak makan oyster dengan sos ikan. Makanya cicah dengan cuka lada yang memang sedia diletakkan atas meja. Pehhh...barula tak berhenti makan.


oyster penkek. ada 3 size pilihan. yang ni medium
sos ikan diberi sekali untuk cicah, saya prefer cuka lada

Antara menu kegemaran saya sepanjang masa, udang butter milk. Rasanya makan di Topspot antara yang tersedap ikut piawaian tekak saya. Mungkin kerana rasa pedas digabungkan dengan lemak, masin dan manis.

butter milk prawn

Sotong goreng telur masin.Ni pun menarik, kerana tak banyak kedai seafood yang buat menu ni. Nasib baik ada kat sini. Kurang garing sadurannya, tapi pekat dengan rasa.

sotong telur masin

Datang Sarawak tak makan sayur midin rugi la uols. Trademark ni. Sayur midin ni sejenis pucuk paku, tapi lain kategori berbanding pucuk paku yang biasa jumpa di Semenanjung. Lembut dan rangup. Since memang satu famili kuat makan sayur, as usual kena order dua pinggan. Satu midin goreng belacan, satu lagi goreng bawang putih. Nyum nyum!


midin goreng belacan
midin goreng bawang putih

Kami juga order siakap sambal bbq. Tak sempat ambil gambar. Sedap juga sambalnya tapi tak banyak diletakkan pada ikan. Isi ikan siakap rasa manis menunjukkan masih segar. Dan ini la hasilnya. Licin. Total damage di sini, termasuk nasi dan air untuk 6 orang adalah RM180.

licin!


Mom's Laksa Kafe, Jalan Merdeka


Mom's Laksa Kafe
65 KTLD 
Jalan Merdeka (off Jalan Tun Abdul Rahman Yakub) 
93100 Kuching

Restoren ini di buka setiap hari bermula pukul 7 pagi. Terdapat juga Mom's Laksa di cawangan lain seperti Jalan Semarak dan Gita.

deko dalam restoren
LAKSA penegasan

Khabarnya restoren ni menghidangkan laksa sarawak yang paling sedap in town. Jom kita cuba.

le famili in green

Well, nak bagitau laksa sarawak ni lain tau berbanding dengan laksa lemak dan laksa penang. Ada iras-iras laksa pekan dan laksa johor. Laksa sarawak ni menggunakan bihun sebagai laksanya. Bahan lain ialah udang, ayam, telur dadar yang di hiris serta daun ketumbar. Yang paling istimewa haruslah kuahnya. Rupanya seakan kari tapi bukan. Memang enak. Memang patut dikata restoren ini menghidangkan laksa sarawak terbaik di Kuching.


signature dish di restoren ni. Laksa Sarawak

Kami juga teringin nak mencuba satey di sini. Tapi kuahnya agak cair dan satey dagingnya agak liat. Satey ayam biasa-biasa je.

satey


Bing! Coffee

Kepada penggemar kopi mungkin boleh pertimbangkan untuk memilih Bing! Coffee. Only in Sarawak tau. Kebetulan pula salah satu outletnya terletak di Hills Shopping Mall di bawah tempat kami menginap. Bing! Coffee ada 4 lagi outlet lain selain di sini.

Bing! Coffee
Hills Shopping Mall
at Interhill Place
Lot 27, 270 & 276
Section 47 at Jalan Mathies KTLD
Kuching


kaunter

sudut bahagian dalam cafe

Since baru balik dari rumah kenduri , saya pilih untuk take away aje. Boleh minum sambil rehat di bilik. Pilihan saya ialah White Mocha Latte. Rasanya? macam tak de rasa mocha langsung. Rasa kopi aje lebih. So agak kureng la untuk tekak saya.

White Mocha Latte

Tak tau la nape lately ni suka sangat dengan carrot cake. Makanya terliur la juga nak rasa carrot cake di sini. Rasa? Biasa aje. Boleh la buat lepas gian. Nampaknya kena hunting for another carrot cake la sampai jumpa yang paling sedap biar hilang rasa teringin.


Carrot Cake

Malam terakhir singgah lagi di sini. Kali ni saya memilih Mochaccino panas. Wahhhh memang sedap sebagaimana yang digemari taste bud saya. Highly recommended untuk siapa yang suka kopi ada rasa coklat.

Mochaccino


My Village Barok Bistro

Makan malam kali ini di seberang sungai pula iaitu di Kampung Boyan. Walaupun seberang sungai tapi kita boleh sampai ke sini melalui jalan darat tau.

My Village Barok Bistro
No7, Jalan Brooke
Kampung Boyan
93050 Kuching

depan bistro
deco dalam, dapur lama tu buat teringat rumah lama arwah nenek
ruang dalam
pandangan dari beranda

Barok tu menurut kata Rossi (our driver) maksudnya beranda dalam bahasa salah satu suku di Sarawak. Kami juga pilih untuk makan di beranda walaupun tak de meja besar untuk semua dapat duduk. Tapi di beranda dapat hidup udara segar berbanding duduk di dalam. Perlu buat tempahan awal tau. Bistro ni sentiasa penuh.

kami semua pilih makan di beranda, selesa sikit

Minuman di sini macam biasa saja. Saya pilih air limau asam boi je, memandangkan untuk makan saya pilih nasi scallop bakar bimbang pula rasa muak. Rasa boleh tahan. Sambal memang win. Menu lain yang kami pilih ialah nasi ayam ketuk, nasi kambing ketuk (abah kata sedap sangat rasa kambingnya), nasi mussel bakar, midin goreng bawang putih, ayam pansoh dan linut.

air limau asam boi
Aryan makan Nasi Ayam Ketuk
Nasi Mussel Bakar RM20
Nasi Scallop Bakar RM20

Sayur midin di sini rasa biasa aje. Sedap lagi rasa masakan midin di Topspot. Nasib baik order satu pinggan je. 

midin goreng bawang putih

Ayam pansoh adalah sejenis masakan ayam yang di masak di dalam buluh. Dicampur dengan daun herba (lupa nama) bagi menghilangkan rasa hamis ayam. Untuk rasa boleh la, untuk kata masakan ini sebagai makanan yang paling saya gemari di sini, tidak.

ayam pansuh dalam pembikinan
ayam pansuh RM15

Adik saya memilih untuk makan linut. Kanji sagu yang di makan bersama kuah/cicah. Kanji sagu ni tak de rasa, sebab tu kena makan dengan kuah/cicah. Biasanya kalau tengok homemade linut, mereka makan dengan beberapa jenis kuah/cicah. Malah ada yang makan dengan kuah lodeh. Di sini ringkas dengan satu kuah sahaja. 

linut


Mi Kolok Haji Salleh

Ini yang dinanti-nantikan. Sarapan pagi mi kolok Haji Salleh. Keluar dari hotel seawal 7 pagi tau. Punya la semangat. Bukan apa kalau lambat orang terlalu ramai dan susah nak dapat tempat duduk. Maklum la, sangat popular di kalangan warga tempatan mahupun yang datang melancong ke Kuching.

alamat tempat kejadian
senarai harga
sibuk menyediakan mi kolok & mi sapi
suasana dalam kedai
us!

Mi yang di gunakan untuk mi kolok ni rupanya lebih kurang megi yang tak kembang. Kerinting gitu. Kalau tengok di kedai-kedai, mi ni bukan la jenis mi indomi tanpa perisa yang kita beli di Jaya Jusco tu, tapi memang dilabelkan dengan mi kolok.

mi kolok special
Mi kolok special letak daging dan jugak urat memang terangkat! Supnya memang pekat rasa daging dan sambal memang sedap. Letak sikit-sikit dalam mi. Fuhhhh, telan air liur sambil taip ni huhu

close up sket. nyum nyum

NOTA
Makan mi kolok versi kering lagi umph. Mi kolok boleh request kering (sup asing) atau berkuah.


Medan Niaga Ria, Kg.Telaga Air

Terima kasih kepada grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Info tentang tempat makan ni saya dapat dari grup BBM. Dari Kuching, Kampung Telaga Air, Padawan ni lebih kurang dalam setengah jam naik kereta. Perjalanan ke sana feeling macam perjalanan di Janda Baik pulak. 

Sampai di medan niaga hanya ada beberapa buah kedai sahaja yang di buka. Samada yang lain buka waktu malam atau pun tutup cuti. Menurut Haikal (driver), kedai yang paling top di situ tak buka. Jadi kami pilih je kedai No 14, ramai juga pelanggan lain makan di kedai ni.

kedai pilihan kami
macam-macam ada

Masa mula-mula sampai di kedai ni tengok dalam tempat letak food tak de sangat makanan yang tinggal, lepas tu baru diberitahu bahawa made to order. Wahhh gitu. Just pilih, mereka akan masakkan. 

semua tengah teruja

Masa tengah tunggu lauk-pauk semua sampai, terperasan ada balang jeruk atas meja. Satu jeruk kedondong, satu jeruk kelubi, satu lagi tak dapat dikenal pasti. Kami minta yang tak dapat dikenal pasti tu hehe. Rasanya sedap, dalam dia ada 3 biji besar seakan-akan buah rambai. Tak ingat apa namanya. Yang ingat hujung perkataan tu ada nama "bersegi".

jeruk tak tau nama

Kami order udang rebus, sotong goreng tepung, ikan kerisi stim, ketam sambal, sayur peria, sayur bayam dan tempe. Kalau di Topspot masakan ala cina, di sini masakan cara melayu.


ketam sambal

First time makan udang rebus. Selalu jumpa sotong rebus. Memang sedap walaupun masakan yang sangat ringkas. Dah la udang pun segar dan manis.

udang rebus

Saiz sotong kecil-kecil, senang nak kunyah. Saduran tepung dia memang rangup habis. Yang unik untuk cicah dengan sotong ni, instead of sos cili, dia bagi sambal kicap. Sedap ehh... Nasi belum sampai sotong dah nak habis.

sotong goreng tepung
sambal kicap
kerisi stim
tempe yang rangup walaupun dah bersira. sedap pulak tu
sayur peria

Gigihkan nak letak gambar air sirap bandung. Macam la kat Semenanjung tak de. Tapi nak bagitau yang best datang Sarawak ni orang kat sini buat air kurang manis banding dengan Semenanjung. Tak payah dah asyik nak mintak air itu ini kurang manis. Ni la air bandung minum kat kedai paling sedap penah rasa sebab kurang manis hehehe 

sirap bandung


Ais Krim Gula Apong

Excited sangat datang Kuching nak cuba ais krim ni. Selalu tengok dalam instagram je orang upload gambar heheh. Baca blog sana sini ada yang kata cawangan di bawah Kapit Hotel, Jalan Padungan paling sedap. Alhamdulillah tak payah susah-susah nak cari memang dekat aje dengan hotel. Hari-hari memang lalu depan kedai ais krim ni.

dalam kedai
Kapit Hotel
banner depan kedai
cawangan lain dan juga harga

Rasanya? Biasa-biasa je kot, dah makan kat situ bungkus pulak nak makan kat hotel. Eh? hehe serius sedap tau! Gula apong ialah gula kabung. Memang sedap sangat. Lemak manis. Lepas tu tabur pula dengan nestum, oreo dan kacang. Makan pula time panas. Laju aje.

saiz kecil RM2

Kedai ni memang simple. Hanya ada dua meja dan ada satu bangku panjang untuk pelanggan yang nak makan di tempat kejadian. Ramai juga yang datang bungkus. Kira tak putus pelanggan datang untuk menikmati ais krim ni.

enjoy!



Warung Kak Bedah

Kalau ikut kata Haikal, mi kolok dan mi sapi Warung Kak Bedah ni lebih sedap berbanding mi kolok haji Salleh. Tak pe, jom kita cuba. Warung Kak Bedah ni ada dua. Satu beroperasi waktu pagi iaitu Kak Bedah Cafe. Since kami nak makan malam, jadi kita ke Warung Kak Bedah yang terletak di Matang, yang beroperasi pada waktu malam. Sebelum ni dah pernah makan mi kolok, apa kata cuba mi sapi pula.

waktu operasi
suasana warung
gambar wajib

Wehhh sedapnya mi sapi kat sini ya ampun! Walaupun rupa paras mi ni lebih kurang dengan mi kolok, tapi bancuhan kicap pada mi tu yang beri kelainan. Betul la cakap si Haikal makan di sini lagi sedap. Sup dia memang kaw cukup rasa. Yang paling sedap sambal tu. Tak tau berapa banyak kali saya gaulkan dengan mi, sampai gelap la mi tu jadinya. Si Aryan yang memilih makan tu pun makan habis semangkuk sampai berkilat pipi. 

Mi Sapi Special RM7

Slurppp kecur plak tengok gambar ni. Teringat-ingat keenakan mi sapi Kak Bedah. Haikal siap berseloroh suruh bungkus aje Kak Bedah tu bawak balik Semenanjung hahahah. Mi kolok di sini pun sedap tau. Kami satu keluarga setuju mi kolok/mi sapi Kak Bedah lebih enak berbanding mi kolok/mi sapi Haji Salleh.

close up sket


Mom's Laksa @ Gita

Hari terakhir di Kuching Haikal mencadangkan kami ke Mom's Laksa sekali lagi untuk bersarapan tapi di cawangan Gita. Katanya dalam banyak-banyak cawangan, laksa sarawak di cawangan ini yang paling sedap.

Dari segi luaran, di Gita penyediaan laksa lebih pemurah dengan udang. Dari segi lain nampak sama. TAPI, dari segi rasa, kuah laksa di sini memang lebih umph berbanding yang kami makan sebelum ini. Kuahnya lebih pekat. Mak sampai berangan balik nanti nak masak laksa sarawak la disebabkan makan laksa di sini.

laksa sarawak

Selain laksa saya teringin pula nak cuba roti telur butter. Tak tahulah kalau ada yang jual di Semenanjung, saya je yang belum pernah rasa. Tapi roti ni memang terbaiklah, bau butter yang harum, rotinya yang garing tapi lembut, pehhhh tak payah cicah kuah dah. Memang tak cicah langsung. So tak boleh nak review rasa kuah dal.

roti telur butter RM2.80


NOTA
1) Ikut ranking peribadi saya lebih suka makan mi sapi diikuti mi kolok dan last laksa sarawak.
2)Makanan laut di Kuching segar-segar seperti di Kuantan.
3)Orang Kuching tak kuat minum manis, kalau korang memang jenis kurang suka air yang manis, memang gembira tau kat sini.
4) Teh C di Kuching adalah 3 Layer Tea di Semenanjung. Teh C di Semenanjung adalah teh yang dibancuh dengan susu cair dan sedikit gula.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites