[travel 2011]
Madame Tussaud
Kali ini kami ingin ke Madame Tussauds pulak. Dari apartment kami menaiki tube dan berhenti di Baker Street Tube Station dan jalan kaki sahaja dari situ. Part paling kelakar ketika pemeriksaan beg di Madame Tussaud bila pekerja tu (yang sah-sah bukan orang asia) nampak muka kami semua muka melayu, terus aje dia cakap "buka beg". Nampak sangat orang melayu ramai di London (Malaysia, Indonesia, Brunei)
aktiviti harian |
Madame Tussaud
Dibuka setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 5.30 petang. Manakala di hujung minggu dari pukul p pagi hingga 6 petang.
Madame Tussaud
Marylebone Road
London NW1 5LR
United Kingdom
Harga tiket untuk Madame Tussaud ni kami beli combine dengan The London Dungeon dapat la harga £37 untuk 2 tempat. Sekarang ni £39 untuk tiket combine ni. Boleh jugak combine dengan tempat lain macam Eye of London
Muzium ini disusun dalam beberapa bahagian. Bahagian yang punyai paling ramai pengunjung pastilah di zon selebriti Hollywood.
Will Smith - Johny Deep |
Kate Moss - Nicole Kidman |
Justin Bieber - Michael Jackson |
Amy Winehouse - The Beckham - James Dean |
Queen Elizabeth II - Prince William |
Pelbagai patung lilin menyerupai golongan pemimpin di seluruh dunia juga diletakkan di sini.
Bill Clinton - Saddam Hussain |
Dekat area atlet paling saya fail. Memang boleh katakan hampir semua la saya tak kenal. Yang tau David Beckham je.
Sebenarnya banyak sangat koleksi patung lilin yang diletakkan di Madame Tussaud ni. Di zon artis Bollywood ada patung pelakon popular seperti Salman Khan dan Aishwarya Rai, di zon watak Disney ada Shrek, Tinkerbell dan lain-lain. Ada juga patung lilin ikon yang berjaya dalam hidup seperti Richard Branson, pemilik Syarikat Virgin. Memang kena spend time nak tengok satu persatu.
The London Dungeon
signboard |
Pada pendapat saya The Lundon Dungeon ni adalah daya tarikan yang mesti dirasai oleh peminat kisah sihir, seram, pembunuhan dan misteri. Harga tiket jauh lebih murah bila dibeli combine dengan Madame Tussaud.
The London Dungeon
Riverside Building
Country Hall
Westminster Bridge Road
SE1 7PB London
Ianya di buka setiap hari dari pukul 10 pagi-5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dari pukul 10 pagi-6 petang untuk hari Sabtu dan Ahad. Station Tube terdekat adalah Waterloo.
di pintu masuk |
Jack the Ripper, salah satu show yang ada |
Masuk dalam London Dungeon ni umpama masuk dalam cerita Harry Potter campur Merlin. Haaaa gitu la perumpamaannya. Ianya melibatkan pelakon-pelakon yang bertutur dalam loghat British yang pekat, lengkap berpakaian mengikut era jalan cerita yang di sampaikan. Kisah-kisah benar serta mitos dan lagenda dari dahulu kala termasuk Jack the Ripper, Sweeney Todd dan The Judge.
Suasana dalam London Dungeon ni memang gelap, dengan audio dan set umpama berada di lorong-lorong lama di pekan London zaman dahulu kala memang sangat menyeramkan. Pada kebanyakan masa saya pejamkan mata dan pegang baju orang depan.
Part paling takut saya rasa di zon Jack the Ripper kot, dengan gelapnya, ada orang lalu di belakang kita, dan mendengar bunyi seperti orang berbisik-bisik. Memang menaikkan bulu roma. Mata fokus di depan melihat lakonan, tiba-tiba ada pula pintu di belakang yang terbuka, dengan watak pembunuh terkeluar dari pintu tu, memang saya menjerit sekuat hati. Mohon datang ke sini ye!
By the way, tidak boleh bergambar di dalam London Dungeon. Bagus juga, dapat kita fokus pada setiap persembahan dan watak-watak bagi setiap jalan cerita. So, kami bergambar di tempat yang disediakan sahaja. Beli aje la buat kenangan.
tak boleh ambik gambar sendiri, kena bergambar kat tempat yang disediakan |
Kedai cenderahati juga ada di sini untuk sesiapa yang berminat membuat koleksi. Untuk saya sendiri, memadailah dengan pengalaman dan kenangan.
kedai cenderahati |
More London
Restoren The Shipwreck |
More London yang terletak di Tooley Street merupakan sebuah kawasan membangun yang terletak di kawasan selatan tebing Sungai Thames.
Di kawasan ini juga terletaknya banyak pejabat dalam bidang profesional serta firma kewangan termasuk headquarters bagi Erns & Young.
bangunan pejabat |
Di sini juga terletaknya City Hall, amfiteater, restoren-restoren, air pancur, kawasan pejalan kaki dan pelbagai bentuk sculpture.
sculpture berbentuk bola besar |
Kadangkala terdapat juga pameran di kawasan terbuka yang biasanya berkaitan dengan City Hall.
City Hall |
Berdekatan dengan City Hall ini terdapatnya sebuah amfiteater yang di reka menurun ke bawah (sunken amphitheater) yang lebih dikenali sebagai The Scoop. Kalau tengok pada gambar kami di depan City Hall tu, amfiteater tersebut tidak kelihatan pun, kerana rekaannya.
Dari More London ini juga kita boleh menyaksikan pemandangan indah, bangunan-bangunan yang menjadi kebanggaan dan mercu tanda di London. Paling popular pastilah Tower Bridge.
Tower Bridge |
Antara bangunan pencakar langit yang mencuri perhatian ialah 30 St Mary Axe yang lebih dikenali dengan nama timangannya iaitu "The Gherkin". Rekaan berciri neo-futuristic, bangunan pejabat ini mudah dikenali kerana rekaannya yang unik.
The Gherkin dari Sungai Thames |
Selain dari itu, kita juga dapat melihat The Tower of London dari More London ini. The Tower of London ialah sebuah kubu yang juga pernah menjadi istana di Raja. Masa kini, bangunan bersejarah ini menjadi salah satu tarikan popular pelancong di Kota London.
Tower Bridge
Antara hentian tube terdekat dengan London Tower |
"London Bridge is falling down, falling down, falling downLondon bridge is falling down, my fair lady
Masa kecik dulu punya popular lagu ni. Apa? tak pernah dengar? Hahaha nampak sangat kita lahir era berbeza. Masa nak datang London punya la teruja nak tengok sangat camne la rupa London bridge tu. Tapi bila tanya orang semua bagitau takde apa yang nak di tengok, jambatan biasa laluan kenderaan sahaja berbeza dengan Tower Bridge.
Tower Bridge |
Tower Bridge adalah jambatan gantung yang boleh dinaikkan bila kapal melalui bawahnya. Jambatan ini juga boleh dilalui oleh kenderaan biasa jika tidak dinaikkan.
pandangan dekat sket |
Tower Bridge Exhibition
tunjuk arah ke pameran |
Ketika kami melawat pameran ini, harga tiket adalah £7 (2011), dan kini tiketnya berharga £9. Di pameran ini, pelbagai gambar, filem dan pameran menarik ditunjukkan bagi menerangkan kenapa dan juga bagaimana Tower Bridge ini di bina.
Kita juga akan naik ke tingkat 4 menara untuk melalui walkaway (terkini bukan sahaja dindingnya gelas malah laluan kaki juga transparent!). Gambar dan maklumat berkaitan diletakkan di sepanjang laluan sambil menikmati pemandangan sekitar bandar London dan Sungai Thames melalui dinding gelas.
mujur orang tak ramai, boleh la posing |
Dari atas menara ini ternampak HMS Belfast yang asalnya merupakan kapal Tentera Laut DiRaja. Kini menjadi sebuah muzium.
HMS Belfast di Sungai Thames |
Selepas melalui walkaway kita akan melalui bilik enjin yang mana kita boleh melihat sendiri enjin stim yang asal.
Di penghujung pameran terdapat kedai cenderahati untuk sesiapa yang ingin menambah koleksi, malah kita boleh beli gambar kenangan yang diambil oleh jurugambar yang bertugas.
Piccadilly Circus
Lewat petang kami ke Piccadilly Circus, hentian tube menggunakan nama yang sama. Apa yang menarik di sini?
Prince of Wales Theater |
Tempat tumpuan paling popular pastilah Shaftesbury Memorial Fountain yang menjadi tempat pengunjung duduk menikmati malam di sini sambil berhibur dengan ramai pemuzik juga artis jalanan yang mencari rezeki.
Shaftesbury Memorial Fountain yang nampak separuh je tu |
Di sini juga popular di kalangan pelancong kerana suasananya yang sibuk dan dipenuhi dengan warna warni lampu neon serta tayangan video.
Tak ketinggalan di sini juga terletaknya Ripley's Believe It or Not! yang terkenal menyimpan serta mempamerkan pelbagai koleksi pelik dari serata dunia. Kami tak masuk pun.
bangunan Ripley's Believe It or Not! |
Untuk mereka yang gemarkan suasana bising dan happening, Piccadilly Circus adalah sebuah tempat yang menarik tetapi bukan tempat yang saya suka. Dari sini kami balik semula ke apartment menaiki bas. Bas dua tingkat, duduk di tingkat atas sambil menikmati pemandangan malam.
No comments:
Post a Comment