Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kuching [part 1] : Catnap



Untuk trip keluarga ke Kuching adik saya berjaya mendapatkan harga bilik yang agak murah bagi penginapan di Hotel Pullman, Kuching di Matta Fair iaitu RM184.18 satu malam. Penginapan di sini di kira sangat selesa dengan harga yang sangat murah dari rate biasa.




Hotel Pullman
1a Jalan Mathies
93100 Kuching, Sarawak

foyer hotel yang sangat luas

Kedudukan hotel ini sangat stategik berada di tengah Bandar Kuching. Berdekatan dengan pelbagai hotel lain seperti Hilton. Hotel ini juga terletak di atas gedung beli belah yang baru di buka iaitu The Hills. Maka di bawah hotel terdapat pelbagai pilihan kedai makan selain boleh makan di restoren hotel. Kedai serbaneka 7-Eleven juga terletak di seberang jalan sahaja. Malah terdapat kedai makan beroperasi 24 jam di belakang hotel iaitu Warung Nusantara. Tempat makan popular Top Spot juga terletak berdekatan. 



lukisan pada dinding
fridge dan kelengkapan minum di dalam kabinet bawah tv
no filter. pemandangan Kuching dari bilik

Selain daripada barang kemudahan asas, ada kelengkapan lain turut di berikan seperti alat timbang, tikar yoga, sepasang dumb bell, seterika, lampu suluh dan pengering rambut. Walaubagaimanapun antara 4 bilik kami semua, tiada satu bilik pun yang dapat kemudahan ini secara lengkap. Bilik saya hanya dapat alat timbang, satu dumb bell, tikar yoga, lampu suluh dan hanya muncung pengering rambut hahahah




timbang kot-kot terlebih makan mee kolok hehe


Hotel ini juga menyediakan kolam renang di tingkat 2 hotel. Malah terdapat perkhidmatan sauna, jakuzi dan massage ditawarkan kepada pelanggan.  


dekorasi hari gawai dari pihak hotel

Terdapat 2 restoren dan sebuah cafe berdekatan dengan receptionist. Restoren Puzzle, Restoren Nu Er Hong (chinese) dan Cafe Chat (kopi & kek). Kami sempat mencuba manisan sagu gula apong (gula kabung) dari Restoren Puzzle. Errrr bukan cuba lagi dah kalau sampai tiga kali buat room service untuk manisan yang sama kan?



i'm so sexy & i know it!
close up sket sebelum curah dengan gula apong dan santan yang pekat. nyummmsss


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites