Sis kahwin dengan tentera. Sis asal dari pantai timur dan En. Husband dari utara. Both of us tak bermastautin di tempat asal masing-masing. Tapi kami nak buat majlis akad nikah buat di KL. So, jarak ialah dugaan paling besar sepanjang buat urusan nak kahwin termasuklah urusan borang. Bapak la stressnya.
By the way apa-apa hal pun pastikan kita ambil kursus kahwin awal-awal ye. Mudah urusan kita nanti. Saya buat di Masjid Al-Akram Dato Keramat KL. Best sangat panel-panel penceramah kat situ!
Dan sis juga dah buat HIV test sebelum key in SPPIM. Untuk sis, borang tu download dari laman web JAWI. Bawa borang tu ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan (sahaja! Tak boleh swasta). Urusan test sangat mudah. Dalam 10 minit je semua selesai. Doktor yang buat test pun sangat ceria masa tu, siap nyanyi lagu "Amalina".
NOTA
Sila baca tentang HIV as pengetahuan am/ambil tahu. Sis ada terbaca kat mana tah ada orang yang kena tanya pasal jangkitan HIV masa ambil test.
Permohonan Kebenaran Nikah Tentera
Sama macam dalam permohonan nikah orang lain, sis kena sediakan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan supaya En.Husband boleh lengkapkan permohonan. Antaranya:-
1) Salinan kad pengenalan 2 keping (yang disahkan)
2) Salinan sijil kursus praperkahwinan 2 salinan (yang disahkan)
3) Gambar bertudung ukuran passport 3 keping
4) Salinan sijil kahwin ibu bapa (kalau anak sulung perempuan, which applicable kepada sis) Kalau bukan anak sulung perempuan tak payah.
|
kembang macam pinggan muka kakak |
Haaa...cam gitu le rupa borang permohonan untuk berkahwin tentera. By the way dalam borang tentera ni ada satu part yang wali kena sign ye. So, borang ni kena bagi pada wali kita, sebab kat situ tertulis yang wali kita mengesahkan dia memberi kebenaran untuk si askar bakal suami kita ni berkahwin dengan kita.
Dan, En.Askar boleh la submit borang pada yang berkenaan, apply cuti dan tunggu sesi temuduga. Haaa nak kahwin pun ada temuduga tau dalam askar. Then bila dah dapat kelulusan boleh la urus borang pejabat agama pulak.
Macam kami ni, kena dapatkan kebenaran berkahwin di luar negeri dari pejabat agama tempat En. Suami bermastautin. Once pejabat agama bagi kelulusan bolehlah borang-borang tu diserah kepada kita untuk kita proceed part kita pulak.
SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)
Untuk yang kena buat permohonan nikah secara online macam sis, korang boleh masuk laman web SPPIM. Klik "BENAR NIKAH ONLINE". Kategori mereka yang dikehendaki buat permohonan menggunakan sistem SSPIM ada dinyatakan di situ dan bolehlah daftar sebagai pengguna baru.
Laman yang pertama selepas daftar adalah "PEMOHON LELAKI". So, kena key in la semua yang patut di key in. Kalau tak lengkap tak boleh gerak ke laman seterusnya ye.
NOTA
Kariah ni tempat kita bermastautin ye. Jadi boleh semak dengan pejabat agama terdekat la kita ni kariah mana based on alamat kita.
Laman yang seterusnya ialah "PEMOHON PEREMPUAN". Part yang ni sis kena masukkan semua particular tentang diri sendiri la. Sama macam laman sebelumnya, kat sini pun mesti kena key in lengkap baru boleh gerak ke laman seterusnya.
NOTA
Semak dengan pejabat agama terdekat la kita ni kariah mana based on alamat kita. Then boleh hubungi masjid tersebut dan aturkan perjumpaan dengan Penolong Pendaftar.
Laman seterusnya ialah "MAKLUMAT KEBENARAN". Kat sini kena key in maklumat tempat nikah dan juga maklumat HIV test
Laman berikutnya ialah "MAKLUMAT WALI". Yang ni dah tentu penting ye. Masukkan butir-butir tentang wali kita.
Dan yang akhir sekali selepas berjaya key in semua laman akan sampai di laman ni iaitu "STATUS". Kalau kita dah yakin semua maklumat yang diberikan betul dan tepat boleh la kita print out dan print juga senarai semak.
NOTA
Alert password SPPIM, jangan hilangkan, incase untuk buat semakan dan pindaan.
NOTA
1) Untuk memudahkan diri saya sendiri, saya memang letak semua dokumen dalam file berfolder. Mudah. Tersusun. Teratur.
2) Guna file/bag warna striking mudah nak beza dengan file/bag lain.
Langkah yang seterusnya, borang lengkap dari pihak lelaki pun dah terima maka boleh la bawa borang dari belah lelaki dan borang yang kita dah print out tu (bersama-sama dokumen yang diminta dalam senarai semak), berjumpa dengan Penolong Pendaftar Perkahwinan Kariah.
Saya sendiri kariah Setiawangsa, jadi saya ke Masjid Muad'z Bin Jabal, Taman Setiawangsa, bertemu dengan Haji Amran, Ketua Imam juga Penolong Pendaftar Perkahwinan Kariah.
NOTA
Sila datang dengan ayah/wali.
Masa sesi berjumpaan, Haji Amran memang semak betul-betul borang dan susun semula ikut urutan. Abah saya kena turunkan tandatangan depan Haji Amran.
NOTA
Sediakan juga salinan sijil kelahiran, walaupun status kita tak perlu lampirkan surat beranak, Penolong Pendaftar mungkin ingin buat semakan. Macam saya sendiri, Haji Amran memang minta nak tengok sijil kelahiran.
Alhamdulillah semua in order dan Haji Amran sahkan boleh proceed untuk hantar ke JAWI. Esoknya terus saya ke JAWI di Jalan Perdana untuk submit borang. Di JAWI, terus pergi ke bangunan bahagian Perkahwinan, dapatkan nombor giliran. Pegawai bertugas akan semak borang-borang kita, dan kalau dah lengkap kita akan tunggu pula untuk urusan bayaran. Bayaran sebanyak RM25 dan kemudiannya ada pegawai lain yang akan buat semakan akhir pada borang-borang kita, sebelum diminta kita semak nama dan nombor kad pengenalan. Bila dah okey, dokumen akan dikembalikan pada kita untuk di hantar kepada jurunikah.
Macam saya, sebab bernikah di Masjid Wilayah, maka terus je la dari JAWI ke Masjid Wilayah hantar borang kepada jurunikah masjid. Alhamdulillah leganya perasaan Tuhan aje la tahu bila dapat submit selengkapnya.