Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Covid-19. Show all posts

Pelangi Beach Resort & Spa


Last year pergi ni dah nak habis tahun baru nak hapdet? Lantakkan. Kakak busy-bee. Wey, RM550 sekepala untuk 3 hari dua malam termasuk tiket flight murah ke idok korang? Wajib la murahhhh. Duduk resort 5 stars pulak tu! Kalau tak pandemik tak merasa. Kalau pergi famili pun parak juga kosnya. Jadi dapat pergi dengan kawan kira kepala sendiri je barulah dapat merasa.

Pelangi Beach Resort & Spa
Pantai Chenang
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
No Tel : 04-952 8888 


Since kami check in lambat, dapat bilik hujung tanjung uols. Antara yang dah hujung-hujung dah. Sabo aje. Memang tak larat le jalan kaki. Panggil buggy sokmo yahhh. Boleh kurus kalau pergi balik jalan kaki. Nampak sangat malas nak bersenam. Moh tengok bilik.


Lepas tu bilik airnya kemain la sebesar alam. Ye la di situ la almari baju dan tempat nak iron pun. 

Disebabkan resort ni cantik, makanya kakak spend time berjalan-jalan dan bergambar dalam resort. Rasa macam bukan di Langkawi je ye. Resort ni ada private beach yang terjaga cantik sangat uols. Puas hati lepak kat sini.


Btw korang, kakak frust betul ye bab breakfast. Hari pertama tu kakak ambik roti canai. Sedap nak mati korang. SEDAP SANGAT. Lembut, rangup, perfect la. Kuah dhal dia pun sedap. Ya Rabbi sabo je la kakak teringat-ingat. Biasanya kalau roti sedap kuah dhal pulak out, kalau dhal sedap roti tak power. Yang ni memang bergabung meletop dalam mulut! Hari kedua mencari lagi roti canai dah tak de. Tosei pulak...Hmmm kecewa sangat.

kira kanan tempat makan, tengah lobi

Tak kan nak datang lagi semata-mata demi roti canai? Siapa tahu ada rezeki in future.



Erti Merdeka 2021

Kakak raikan merdeka kali ini dengan mengenakan tudung-tudung bertema Malaysia. Kakak juga berniat nak buat makeup bertema Jalur Gemilang. Tapi malas, wakakaka.

Merdeka kali ini membawa erti berbeza untuk kakak. Kakak ingin hidup normal seperti dahulu. Merdeka untuk balik kampung berjumpa mak abah.  Merdeka tanpa perlu menggenakan pelitup muka. Merdeka untuk makan di restoren, merdeka untuk melancong sana-sini.

Jambatan Pulau Pinang
KLCC
Melaka

Kalau generasi terdahulu berjuang demi merdeka dari penjajah, generasi kita kali ini berjuang mengejar kemerdekaan dari pandemik. Demi hidup normal seperti dahulu, merdeka dari ancaman virus, bebas untuk membina kembali ekonomi negara. Mari kita berganding bahu (pastikan jaga jarak heheh), jalankan tanggungjawab masing-masing, patuh SOP, jangan pentingkan diri sendiri, tak perlu keluar apatah lagi berjoging sana sini kalau dah positif tu. Tolonglah.



Covid-19 Vaccine 2nd Dose


Disebabkan En Suami jatuh sakit, kakak telah tangguhkan pengambilan vaksin dos dua. Dan tarikh baru ditetapkan semula 3 hari selepas  hari yang sepatutnya kakak ambik vaksin. Again, dalam MySejahtera tidak ada update tarikh baru tapi nama kakak sebagai penerima vaksin di tarikh baru telah diserahkan kepada En Suami. 


En. Suami dalam pada sakit-sakit tu sempat juga arrange pengangkutan untuk kakak, memandang dia sendiri ada appointment dengan hospital hari yang sama kakak kena vaksin. Alhamdulillah, dua pemandu datang jemput kakak di rumah untuk di bawa ke Kuala Lumpur. Merasala kakak jadi VIP sekejap. 


Syukur adik kakak sudi ambik cuti untuk hantar kakak ke PPV. Kalau tak boleh pun tak pe, kakak boleh ambik Grab Car je tak de masalah kalau kat bandar ni. Sebelum tu kami ke Polecats Coffee untuk tapau breakfast. Smoke salmon sandwich dengan cappucino gula melaka.


Tak tahu kenapa kali ni kakak berdebar lain macam. Makan sandwich pun kesat rasa masuk tekak. Makan pun tak habis. Tempat vaksin sama je dengan masa ambil dos pertama hari tu, iaitu di Dewan Desa Setia Wira. Kakak sampai lambat sikit berbanding dulu. Penerima-penerima vaksin dah mula beratur masuk dewan.


Kali ni hampir 40 minit menunggu turn dalam barisan untuk masuk ke dalam dewan. Keutamaan diberikan kepada ibu hamil, ibu yang sedang menyusukan dan warga emas.


Masuk sahaja dalam dewan instead of terus tandatangan borang kehadiran di kaunter, kami perlu duduk di zone menunggu tandatangan borang. Baru kakak sedar betapa ramainya penerima vaksin kali ini berbanding masa dos pertama dulu.  


Selesai tandatangan borang, kakak ke ruang menunggu suntikan. Di sini sangat obvious ramai penerima vaksin bila kakak kena duduk di baris belakang sekali, sedangkan sesi dos pertama seat hanya separuh dari ini je yang penuh.

masa ni dah anjak ke depan sikit, yg orang belakang tu line last, yang lagi lambat duduk belakang lepas tali kuning huhu

Kali ini juga ada zone menunggu berasingan untuk ibu hamil, ibu menyusu dan warga emas. Dan, jika ada penerima vaksin yang duduk di zon ini mereka akan diberi keutamaan untuk dapat suntikan terlebih dahulu. Sama seperti dahulu , terdapat 7 kaunter suntikan. Empat di luar, tiga dalam bilik.


Kakak dapat vaksin pukul 10.28 pagi. Lama weyh tunggu. Proses suntiknya sekejap je. Paling best kakak dapat kaunter suntikan yang sama dengan dos pertama dulu. Tukang inject je lain. Maaf tak ingat nama. Tapi semua loreng la hahaha of course.



Siap inject terus ke kaunter MyVas untuk update status MySejahtera. Tak payah menunggu kali ni, sebab tak ramai pulak yang perlu update MyVas ke? Entah. Dan seterusnya ke zon rehat. Masa ni adik kakak dah WA tanya kakak pengsan ke apa, lama nau dia tunggu.


Happening ye tempat posing lepas vaksin kali ni. Kakak pandang kiri kanan nak tengok sesiapa yang dipercayai mempunyai skil yang waras untuk ambik gambar. Haaa ada adik ni tengah nak buat boomerang tapi mak dia tak reti, kakak apa lagi, masuk jarum offer diri tolong boomerang-kan. Lepas tu kakak pulak posing. Settled!


Balik vaksin, kakak cari cool fever sebelum balik rumah my sister dan order lunch. Sambil tu kakak hubungi assigned driver untuk deal waktu gerak balik. Kakak nak balik rumah sendiri before vaccine's effect hit kakak. Balik, kakak dihantar seorang driver je. Perempuan tau. Mesti la En.Suami request perempuan.

Kakak demam dua hari weyh. Start malam lepas vaksin. Hari ketiga lapar memanjang walaupun lepas makan nasi! Adoi..sabo aje la. Sakit dari segi fizikalnya, lenguh lengan, tengkuk dan belakang side kiri since kakak inject belah kiri. Kepala pun asik ting tong aje memanjang. Badan lemau giler minggu pertama ye. Balik kerja macam habis semua tenaga dah. Tidur pun lagi lama dari biasa. Semoga kakak cepat sihat dan membantu bina herd imunity bersama orang lain.

 

Mimpi Ngeri


Perkara yang paling menakutkan dalam musim pandemik ni ialah jatuh sakit. Kalau demam takut itu adalah simptom awal covid-19. Kalau penyakit lain takut kena admit ke hospital, berjangkit covid pulak ke. Serba tak kena dibuatnya.

Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menetukan. Out of the blue tiba-tiba En.Suami sakit kepala. Ingatkan kena heat stroke sebab tempat kami ni panas melampau-lampau yang luar biasa. En.Suami telan panadol dan bagitahu dia nak tidur, badan dia rasa panas. Sebelum tidur dia pesan minta kakak cari Covid-19 home test kit. Allahu Akbar. Kakak start panik. Dah la kawasan kami ni tengah PKPD. Terus hubungi farmasi terdekat dan kakak order bermacam-macam ubat sebagai langkah berjaga-jaga. Mujurla staff farmasi sudi hantar walaupun selepas waktu bekerja mereka.


Menjelang malam, suhu badan suami yang teramat tinggi mencecah 39c-40c. Kakak basahkan towel letak di kepala dan badan dia. Cepatnya la haba badan serap. Ya Tuhan. Kakak panik yang teramat sangat sampai lupa jiran sebelah kakak kakitangan hospital. Macam tu la paniknya. Mujur geng-geng Ahli Kelab tak tidur lagi. Dia orang la melayan kakak meluah rasa dan suruh buat itu ini, selain keluarga kakak sendiri yang pesan macam-macam.

Malam tu juga kakak mandi di tengah malam, salin baju dan pakai mask. Sambil mandi meleleh juga air mata ni. Takut dan tertekan perasaan, hanya Tuhan je yang tahu. Setiap setengah jam cek suhu En Suami. Test covid tak dapat nak buat lagi. En. Suami memang macam tak sedar aje. Bercakap pun tak dengan kakak. Bangun betul-betul untuk ke toilet terhuyung-hayang macam zombie. Merasa malam tu kakak tidur sambil pakai mask. Lemas ye korang. Puas pujuk hati sendiri, nak tidur pakai mask ke nak tidur pakai tube. Baru la boleh lena. 


Hari esoknya, paksa juga En Suami buat home covid test tu. Negatif, kakak paksa suami bangun untuk kakak bawa ke hospital sebab keadaannya teruk sangat, kalau tak bangun juga kakak nak panggil ambulan. Kami ke hospital, terus ke bahagian kecemasan. Allahu doktor pun....cuma buat test covid je! Sah negatif. 
 

Hari ketiga, sepatutnya kakak vaksin hari ni. Kakak dah tangguhkan je. Waktu pagi ni suhu macam turun sikit. Tapi menjelang tengahari suhu naik semula dan En. Suami start cirit-birit. Kakak suruh En.Suami bersiap dan pergi ke hospital semula. Again kami ke kecemasan, dan En. Suami dimasukkan ke bilik kritikal. Hari ni juga, suami dah nak bercakap dan dia bagitahu dia sangat stress sebab sakit/demam masa musim pandemik.


Doktor mengarahkan En Suami untuk dimasukkan ke ward. Tapi En Suami refuse. Berulang kali doktor suruh masuk. Berulang kali juga En Suami tolak. Akhirnya, doktor benarkan dengan syarat kena hadir appoinment. Setelah lebih kurang 4 jam di hospital, hasil pemeriksaan, En.Suami di diagnos mengidap Viral Fever with Dengue Symptom.  Syukur. Bukannya bersyukur suami sakit, kakak bersyukur memang sekali lagi disahkan bukan Covid 19. 

Balik dari hospital, En. Suami masih enggan makan makanan solid tapi dia request nak sup kosong. Kakak buatkan, lepas tu dia masih cirit-birit dan selepas je minum air garam hospital dia muntah. Yang bagusnya, lepas muntah, kurang sikit sakit kepala katanya.


Hari keempat kakak ikhtiar cari air kelapa muda. Ya Rabbi, masa kita berkehendak masa tu la takde. Padahal biasanya depan rumah ada gerai air kelapa muda. Disebabkan PKPD tak beroperasi la gerainya. Kakak tahap pergi kedai coconut shake minta beli air kelapa. Tak dapat juga. Akhirnya setelah puas memusing, rupanya tak jauh dari hospital ada gerai jual kelapa muda. Makanya hari-harilah kami jadi pelanggan tetap di situ. 

Hari kelima En Suami kena ke hospital lagi untuk further check up dan ambik darah lagi. Suhu badannya dah turun tapi, suhu kepala dan leher masih tinggi. Balik dari hospital, En Suami suruh kakak kemas barang, dia arrange orang datang ambik kakak untuk urusan vaksin dos kedua since esoknya juga dia kena datang semula ke hospital. Serius sebak. Macam tu punya lunyai sakit pun masih sempat uruskan hal ehwal bininya ni ha. 

Hari keenam, lepas vaksin kakak cepat-cepat minta driver of the day hantar balik ke rumah sebelum effect vaksin dan tak sabar nak tengok keadaan En Suami. Alhamdulillah, doktor tetap sahkan keadaan suami sama macam diagnos asal. Suhu badan dan kepala dah normal tapi badan suami pulak naik ruam-ruam merah macam demam campak. Kakak juga check dalam mulut En Suami, rupanya ulser pada anak tekak dan lelangit. Patut la tak nak makan solid food.

Hari ketujuh, tanda-tanda merah masih ada tapi tak pedih or tak gatal. Mak suruh cari daun semambu, tapi since En. Suami kata tak rasa apa-apa harapnya bisa panas yang keluar sebab non stop minum air kelapa muda. Dia still tak nak makan solid food since still tak selesa tekak. 

Hari kelapan badan dia dah hampir clear dari tanda-tanda merah. Syukur Alhamdulillah. Seminggu yang sangat stress dan sangat menakutkan kami berdua. En. Suami ni jenis yang sangat menjaga SOP, sangat menitik beratkan kesihatan. Selalu ingatkan kakak supaya bersenam dan keep fit terutama musim pandemik. Tapi, kalau nak sakit tu sakit juga. Walaupun keadaannya teruk seminggu ni, masih selamat dari bahaya covid itu satu kesyukuran yang teramat sangat. Since, MC pun dah habis, lebih baik En. Suami balik ke tempat beliau bertugas dan dapatkan rawatan lanjut dengan RSAT.

tanda-tanda merah masih banyak pada tangan dia, tapi MC dah habis, kena la balik


NOTA
Ini barang-barang yang kakak standby di rumah

Medical Supply

1) Panadol
2) Ubat batuk
3) Ubat selsema
4) Air kumur
5) Vit C
6) Imune booster
7) Ubat kemam untuk sakit tekak
8) Cool fever

Covid-19 Kit

1) Mask
2) Sanitizer
3) Thermometer
4) Covid-19 home test kit
5) Oxymeter


Impak pada emosi dan mental sangat dasyat ye bila sakit time pandemik ni. Lagi pulak sakit yang mempunyai tanda-tanda awal seperti Covid. Tak dapat bayangkan emosi orang yang terkena Covid atau ahli keluarga yang kena Covid. Jaga diri ye korang, ikut SOP.


7 Days, 7 Favourites